Sunday, October 31, 2010

Makna kekalahan Negeri Sembilan dalam perlawanan akhir Piala Malaysia 2010

KELANTAN memang layak menang..itulah kata2 yang keluar dari hati aku bila menyaksikan perlawanan akhir Piala Malaysia kat umah td..walaupun jauh dilubuk sanubari aku menyokong pasukan Negeri Sembilan tapi aku kena mengakui bahawa semangat juang pasukan Kelantan memang harus dipuji...

Kedua-dua pasukan harus diberi pujian sebab memberi persembahan yang menarik..kira berbaloi la kedua-dua penyokong berhabis duit utk ke Stadium Putra Bukit Jalil tu walaupun tgk kat umah depan TV lebih best dan selesa..heheh..

kata2 untuk pasukan Negeri Sembilan

Berikanlah makna pada setiap kekalahan, dan transformasikan menjadi sesuatu yang lebih berharga. Pertumbuhan kepribadian kita seharusnya adalah proses merespon setiap masalah, kesulitan, kekalahan dan perubahan secara positif. Evaluasi kekalahan yang kita terima, kemudian lakukan perubahan melalui cara-cara yang lebih baik untuk meraih kemenangan. Persiapkan diri anda menghadapi masa depan yang lebih berarti.

Bukankah mempersiapkan diri dari sekarang akan lebih baik dari pada hanya menunggu datangnya masa-masa sulit dalam kehidupan kita ?. teruslah berjuang untuk meraih kemenangan.

HOBIN JANG HOBIN...

1 comments:

Oh Oeya said...

mokcik stuju dgn Sukur :)
tahniah atas semangat kesukanan semua :)