pss:kawan-kawan tolong vote/ UNDI saya di sini dan share / kongsikan di Facebook dan Twitter anda... jasamu dikenang....KLIK SINI
Saturday, April 28, 2012
KEMPEN BERSIH 3.0
pss:kawan-kawan tolong vote/ UNDI saya di sini dan share / kongsikan di Facebook dan Twitter anda... jasamu dikenang....KLIK SINI
Wednesday, April 25, 2012
WW# TANPA KATA
Posted by Mohd Sukur Ibrahim at 1:03 PM 1 comments
Thursday, April 19, 2012
NASI ARAB TERBAIK - HARGA BERPATUTAN
Assalamualaikum semua...
Aku dengan makanan memang lah sahabat baik sebab itu lah badan aku seperti di pam-pam dengan kelajuan maksima.. tapi cute jadi tade hal lah kan....haha
Sebenarnya dah lama dah nak update pasal perkara ni tapi tak sempat-sempat sebab aku kan sibuk tak kan la korang semua tak tahu..sibuk dengan apa aku pun kadang-kadang confius. Apeda...
Okey, beberapa minggu lepas aku pergi makan nasi arab kat Restoran Saba, Cyberjaya yang dah banyak kali aku pergi cuma istimewanya kali ini aku bawa adik aku, Ijon dan kawan dia serta kawan-kawan aku yang pertama kali datang untuk makan Nasi Arab.....
Serius sedap sungguh....makan nasi sahaja pun dah cukup sedap...inikan pula di makan dengan daging ayam mahupun kambing......
Yang penting harga dia berpatutan....tu yang paling disukai hehehehe...
Selain dari untuk mengisi perut, makan-makan ni pun sempena salah seorang kawan aku yang akan berangkat ke Australia tak lama lagi untuk sambung PhD*jeles* Semoga urusan beliau dipermudahkan. Jadi sebelum beliau berangkat kena lah jumpa untuk bergosip-gosip apa-apa yang patut dulu. Ye tak?
Aktiviti makan-makan bagi aku antara cara nak eratkan silaturahim hehehehe.... Jom layan gambar ok!
Posted by Mohd Sukur Ibrahim at 12:30 AM 3 comments
Labels: jalanjalan, tempat makan best
Wednesday, April 18, 2012
TEATER UPIN DAN IPIN THE MUZIKAL - ISTANA BUDAYA
Assalamualaikum semua....
Hari Ahad lepas aku sempat pergi menonton teater Upin dan Ipin The Muzikal yang berlangsung di Istana Budaya. Abang aku dari Melaka, Abang Epol yang beria nak tengok bersama anak-anak beliau. Aku pun haruslah join sekali kan?
Sebagai review:
Teater ini memang dituju dan dipentaskan khas untuk kanak-kanak. Banyak pengajaran yang ditonjolkan..... Ermm aku sebagai bekas kanak-kanak memang agak sedikit bosan hehehehehe... Tapi tengok anak-anak buah aku dieorang seronok je.... Jadi memang kalau nak tengok datanglah dengan anak-anak, anak buah atau anak jiran yang masih kanak-kanak.....
Interaksi dua hala juga turut diselitkan untuk sentiasa menyegarkan keadaan....aksi-aksi gimik tidak keterlaluan juga ada..... Memang mampu menggembirakan anak-anak kita semua.
Sedikit mengecewakan aku adalah suara Upin dan Ipin memang terlalu berbeza dengan suara yang di televisyen... Intonasi pun berbeza.....Banyak faktor la kan yang menyumbang....Nak buat teater ingat senang ke hoi! Jadi terimalah seadanya kerana aku percaya pihak produksi sedang memberikan yang terbaik dari mereka untuk peminat Upin dan Ipin.....
Tapi suara Ihsan adalah hampir sama........Mei Mei dan Jarjit juga sama la....maka terubatlah kekecewaan di atas.....
Kanak-kanak berlakon teater memang awesome ya tuan-tuan dan puan..... sangat mampu membawa watak yang diberikan dan sangat berstamina
Dari segi props dan latar belakang pulak memang terbaik dan mengujakan....aku sangat kagum! Terbaikkkkk...
Posted by Mohd Sukur Ibrahim at 12:42 PM 1 comments
Labels: jalanjalan, keluarga, teater, wayang
Friday, April 13, 2012
PERKONGSIAN JUMAAT#3 - HIDUP INI PILIHAN
Assalamualaikum semua...
Selamat hari Jumaat kawan-kawan. Sebenarnya dalam proses untuk menghabiskan buku yang dah lama dibeli setiap kali ada pesta buku hehe... Best baca buku ni, selain rasa tenang dan aman aku pun dapatlah menambahkan ilmu dan motivasi di dada. Baca buku memang aktiviti santai yang sangat bermanfaat kan? So far ade 4 buah buku yang aku harap mampu aku habiskan pembacaan sehingga hujung bulan ni.... mudah-mudahan
Penting untuk aku baca buku sekarang terutamanya buku motivasi:
Mungkin bila anda seorang pelajar ada cikgu ataupun pensyarah yang akan memberi peringatan kepada anda-belajar rajin-rajin, siapkan homework dan tugasan dan lain-lain yang sememangnya positif untuk korang semua
Mungkin bila anda seorang pekerja ada bos yang akan memantau anda dan memastikan ada melakukan kerja dengan sebaik mungkin dan memastikan prestatsi kerja anda adalah terbaik untuk produktiviti syarikat atau organisasi *ewah*
Untuk aku yang bekerja sendiri, siapalah yang nak bagi motivasi, nasihat, panduan dan tunjuk ajar aku melakukan yang terbaik untuk perniagaan aku, kehidupan aku?
Selain mak dan abah mestilah diri sendiri. Aku pun manusia biasa lagilah serba kekurangan. Bila baca buku barulah rasa bersemanangat dan lebih berilmu untuk menghadapi hidup yang indah.....rugi bila hidup yang indah ini kita sia-siakan dengan emosi tak terkawal.
Hidup ini Pilihan. Apa yang kita pilih untuk makan, untuk pakai, apa yang kita pilih untuk bercakap untuk bersuara, apa yang kita pilih untuk mengisi masa terluang.....
Banyak pilihan dalam hidup yang penting bagi diri aku sendiri aku nak peluang sebuah kehidupan yang aku ada sekarang dilalui dengan bahagia bersama orang sekeliling dunia dan akhirat...
Posted by Mohd Sukur Ibrahim at 10:49 AM 2 comments
Labels: motivasi
Thursday, April 12, 2012
PENCERAMAH JEMPUTAN- INSTITUT KESIHATAN UMUM IKU
Assalamualaikum semua....
Minggu lepas punya cerita okey.... alhamdulillah 4/4/2012 yang lepas, telah dijemput untuk mengisi slot ceramah jemputan Institut Kesihatan Umum, Kementerian Kesihatan Malaysia yang diadakan di Port Dickson....
Boleh dikatakan sekarang kebanyakan ceramah yang aku terima jika untuk penjawat awam pasti hari bekerja jadi memang akan sedikit menghuru-harakan diri aku*over* Haha... yela nak tinggalkan cik DSS itu satu pengorbanan besar untuk aku. Cik DSS antara sebahagian jiwa aku.PANG!
Jadi apabila dah pergi memberikan ceramah aku pasti akan memastikan segalanya berbaloi-baloi untuk aku dan juga pendengar. Juga, bila aku pergi memberikan ceramah aku amat berharap walaupun cuma satu perkongsian aku memberi kesan buat pendengar...
Sebenarnya hari yang aku nak pergi tu entah macam mana aku dan dua orang staff aku boleh tertinggal kunci dalam pejabat kiteorang, panjang ceritanya. Memang kelam kabut la aku pergi Port Dickson dengan kamera blogger nya tertinggal dan macam-macam lagi. Namun alhamdulillah segalanya berjalan lancar apabila dah tiba di sana.
Marilah layan gambar-gambar guna kamera Kodak.
Kalau anda yang diluar nak menjemput saya untuk sesi perkongsian boleh hubungi saya. sukuribrahim@gmail.com
Posted by Mohd Sukur Ibrahim at 11:49 AM 1 comments
Friday, April 6, 2012
TAHNIAH BEN ASHAARI
Assalamualaikum semua...
Salam Jumaat...
Wah...sebenarnya memang ketinggalan kereta api pun entry ini. Hahaha...tapi nak jugak buat entry khas buat Ben Ashaari dan isteri beliau atas kelahiran baby yang sangat comel. TAHNIAH!
Baby boy yang diberi nama MUHAMMAD QHALIFF IMAN BIN SALBANI.
Nak datang melawat boleh tak? hehehe
Walaupun baru je dapat baby, Ben masih kerap lagi update blog..memang superb la beliau yang memang sangat konsisten dalam dunia blog.
Suka bau baby.... Ada sorang kawan tu (lelaki) pergi kerja siap bawa lampin anak sebab bila rindu kat anak boleh cium kain lampin yang memang melekat bau baby... Pergi kerja yang 8jam tu je pun nak rindu-rindu... hehehehe..
Posted by Mohd Sukur Ibrahim at 4:59 PM 2 comments
Labels: rakan blogger