Assalamualaikum semua....
Arghhh kenapa lah kena letak tajuk untuk entry..tak tahu lah nak letak tajuk apa....Bukan setakat tajuk kadang-kadang pun tak tahu nak tulis pasal apa...tu yang seminggu sekali baru muncul di alam maya ni. Hahaha..sangat tidak bernas.
Semalam sempat jugak jengah blog sendiri..terperasan dah ada 1234 follower... Hahaha orang lain dah ada 12345 follower tak heboh pun...Bukan nak heboh just nak cakap terima kasih sudi follow blog saya. Harap tulisan dan isi di blog saya sedikit sebanyak memberi inspirasi ataupun ilmu dengan semua....
Kenapa tajuk kat atas yang aku jadi kan tajuk bukan -> Nombor cantik , Terima kasih follower dan lain-lain tajuk?
Sejujurnya aku sangat berterima kasih kepada semua yang sudi untuk klik butang follow menjadi follower aku... walaupun dah cecah 4 angka follower UV aku memang hampes... nak capai 20% dari jumlah follower untuk setiap hari adalah perit hahahaha...Down...
Mungkin antara faktor penyumbang aku sangat jarang dan tidak konsisten update entry...Serius kehidupan yang aku lalui sekarang sangat terhad masanya... Alhamdulillah, perniagaan boleh dikategorikan semakin stabil, jemputan ceramah juga memang sentiasa ada setiap minggu....
Selain itu, aku bukanlah siapa-siapa yang setiap hari ada orang nak bukak blog aku.
Kehidupan aku pun biasa-biasa je...
Setiap hari nak cerita pasal
pss: ada sesiapa nak request apa-apa entry dari saya ke?nanti saya usahakan jika berkenan di hati dan dijari yang menaip ni hehehhe