Friday, March 30, 2012

FOLLOWER BUKAN PEMBACA BLOG SAYA

Assalamualaikum semua....

Arghhh kenapa lah kena letak tajuk untuk entry..tak tahu lah nak letak tajuk apa....Bukan setakat tajuk kadang-kadang pun tak tahu nak tulis pasal apa...tu yang seminggu sekali baru muncul di alam maya ni. Hahaha..sangat tidak bernas.

Semalam sempat jugak jengah blog sendiri..terperasan dah ada 1234 follower... Hahaha orang lain dah ada 12345 follower tak heboh pun...Bukan nak heboh just nak cakap terima kasih sudi follow blog saya. Harap  tulisan dan isi di blog saya sedikit sebanyak memberi inspirasi ataupun ilmu dengan semua....


terima kasih semua!



Kenapa tajuk kat atas yang aku jadi kan tajuk bukan -> Nombor cantik , Terima kasih follower dan lain-lain tajuk?

Sejujurnya aku sangat berterima kasih kepada semua yang sudi untuk klik butang follow menjadi follower aku... walaupun dah cecah 4 angka follower UV aku memang hampes... nak capai 20% dari jumlah follower untuk setiap hari adalah perit hahahaha...Down...

Mungkin antara faktor penyumbang aku sangat jarang dan tidak konsisten update entry...Serius kehidupan yang aku lalui sekarang sangat terhad masanya... Alhamdulillah, perniagaan boleh dikategorikan semakin stabil, jemputan ceramah juga memang sentiasa ada setiap minggu.... bila ada masa mood pulak takda. merepek


Selain itu, aku bukanlah siapa-siapa yang setiap hari ada orang nak bukak blog aku.

Kehidupan aku pun biasa-biasa je...

Setiap hari nak cerita pasal kecomelan aku pun parah jugak...

Ok...jom solat maghrib kawan-kawan..... Terima kasih buat semua follower dan pembaca blog ini... Saya sayang kamu!

pss: ada sesiapa nak request apa-apa entry dari saya ke?nanti saya usahakan jika berkenan di hati dan dijari yang menaip ni hehehhe

5 comments:

insan marhaen said...

IM pun cuma buka blog mereka yang komen entri IM. Bila mereka komen blog IM maka IM tahu mereka ada baca dan rensponsif.

Untuk hargai dan jaga kesetiaan mereka, IM baca dan komen pula blog mereka.

Bak kata orang: seperti aur dengan tebing! saling perlu memerlukan.

Unknown said...

Saya follower Dan saya juga pembaca blog awak... Jom Maghrib..

LadyBird said...

salam saudara aku tetap aku..

pernah dgr sal OKU Bangkit?

bagaimana kalau saudara buat ulasan tetang tu.. tp sesimple mungkin spy org mudh fhm dan mendalami.. just tuk buka mata hati pembaca tentang permasalah OKU yang tidak pernah org lain tahu.. hanya yg menjaga dan OKU sendiri memahaminya..

Mun said...

btol... semua follower tu.. bukanlah pembaca blog kita sepenuhnya..

maka jumlah follower bukanlah menunjukkan blog kita tu bagus.. :)

Syira Rara said...

baru follow blog awak..kalau ada masa lapang, singgah la blog sy..kalau sudi follow la sekali..wink (^_-)v