Sunday, November 13, 2011

TEATER JUTA-JUTA

Selamat berhujung minggu semua! Korang buat apa hari ini. Di sini aku nak bagi cadangan untuk korang semua pergi menonton sebuah teater yang cukup menghiburkan hati dan memberi pelbagai maksud mendalam untuk kita selami. Teater Juta-juta. Malam ini adalah tayangan terakhir pada jam 8.00 malam okeh. Jadi jangan lepas kan peluang!




Mari kita cekidaut apa yang aku boleh kongsikan dengan kamu-kamu semua:

Aku pergi masa hari pementasan pertama di Putrajaya. Haruslah paling bersemangat sebab aku ni memang minat teater dan antara pelakon dalam Teater Juta-juta tu adalah kenalan aku masa bergiat dengan teater di UKM dulu. Support kawan tau!

Tiket pula hanya berharga RM20. Sungguh berbaloi-baloi untuk aku yang siap belanja kawan lagi tau. Memang sangat terhibur dan puas hati dengan pementasan tersebut.


Sampai je terus ambil gambar dengan barisan pelakon yang memang awesome dan terbaikkk.


Pada pendapat aku, teater ini ada aura tersendiri, hanya 3 pelakon tapi ada 12 watak. Pementasan yang nampak simple tapi padat dengan input. Yang penting sungguh menghiburkan hati dan memberi pesanan buat kita agar tidak menjadi zombi kah kah kah. Ayat dia makan dalam......



Tukar baju semua atas pentas, prop semua pelakon yang aturkan sendiri


watak yang selalunya menjadi watak sampingan, dalam teater ini adalah watak utama



sesi soal jawab yang ada kejutan



kenalan sejak dari UKM, kak dek aka Fazleena dan Fasyali selaku pengarah


sebelum balik mestilah bergambar dengan banting yang turut menelan kos kekeke


dalam banyak-banyak blogger yang hadir, Bro sorang je sudi bergambar dengan saya. Muahh!

untuk tempahan tiket, boleh menghubungi Hilal : 019-3572093


2 comments:

aloy_paradoks said...

terima kasih banyak..

Bro Framestone said...

Dalam banyak-banyak gambar di atas nie...

Gambar last sekali memang menarik...