Thursday, March 22, 2012

PROGRAM MOTIVASI SMA NILAI & TAMAN NEGARA JOHOR

Assalamualaikum semua...

Alhamdulillah, sekarang dah selamat sampai di KL semula. Semalam dalam pukul 2.00 petang bergerak ke Nilai, Negeri Sembilan memenuhi jemputan ceramah motivasi untuk pelajar Sekolah Menengah Agama Nilai seramai 200 orang, habis program dalam pukul 5.30 petang terus memecut ke Taman Negara Johor, Ledang untuk berkongsi sedikit semangat diri bersama kakitangan kerajaan dari Negeri Johor yang berkursus di sana. Pagi tadi terus gerak ke KL semula sebab pukul 2 petang nanti ada temujanji untuk DSS pula. Semoga usaha saya diberkati.

Terima kasih saya ucapkan kepada Puan Rashidah dan Cikgu Suria, yang sudi menjemput saya untuk berkongsi bersama pelajar-pelajar di sana. Jom layan gambar-gambar di sana




 
 

Okey, dalam pukul 8.30 malam pula sampai di Taman Negara Johor. Terlajak sampai ke Segamat kemudian kena patah balik memang lah awesome apabila jalan yang dilalui adalah berliku lekok*over* Takpe, itu semua adalah journey you know..hahahaha.

Sampai je di lokasi terus siap-siap dan menyegarkan diri di chalet yang disediakan. Masa untuk beraksi... Aku kalau buat sesuatu pasti akan buat yang terbaik... Setakat suam-suam kuku tak mau lah hehehe. Terus terang... aku boleh dikatakan terlalu baru dalam bidang sebagai seorang penceramah ni, perasaan berdebar dup dap dup dap kebabommmm tu memang wujud. Alhamdulillah segala nya berjalan lancar dan peserta pun sangat supportive. Terima kasih!
Korang semua pernah pergi Taman Negara? Aku baru pertama kali. Wah...dah memasang angan-angan nak ke Taman Negara Endau Rompin pulak selepas dengar cerita yang di sana sangat best jugak..... Best wooo kawasan hutan ni.....sejuk, tenang aman damai dan sgt awesome. 

Tapi tak bergambar pun kat kawasan sekitar, ada sedikit kekangan hehe....Jom layan gambar semasa sesi perkongsian aku......






*rushing

1 comments:

LadyBird said...

lady patut contohi awk.. bersemangat waja.. cekal.. :)..