Tuesday, November 22, 2011

IBU SEGALA EMAS MILIK HARIMAU MUDA

Terima kasih...terima kasih...terima kasih....


itulah kata-kata yang mampu aku ungkapkan selepas menyaksikan kemenangan Malaysia ke atas Indonesia pada perlawanan akhir bola sepak Sukan Sea ke 26..

Perlawanan akhir ni memang ditunggu-tunggu oleh aku dari petang..almaklumla..aku ni memang salah seorang peminat sukan tanahair..nak jadi atlet xcukup kudrat..haha..jadi penyokong setia dah cukup bermakna bagi aku...

korang tengok bola kat mana eh?memang banyak tempat yang siarkan live dengan skrin besar..kalau perlawanan akhir ni kat Malaysia terutama kat Stadium Sukan Bukit Jalil..confirm aku akan pergi..macam aku pernah pergi masa kelayakan Piala Dunia Malaysia vs Singapura..


kali ni aku ambil keputusan tengok bola kat rumah je..malas nak keluar mana2...sebelum perlawanan memang dah kecoh perang psikologi pasukan Malaysia..isu Baracuda la, isu jurulatih Malaysia Ong Kim Swee kena buang padang dan tidak dibenarkan menggunakan walkie talkie la..malahan Ong Kim Swee tak dibenarkan langsung meraikan kejayaan bersama anak-anak buahnye ketika Malaysia menang menentang pasukan Myanmar masa separuh akhir..


perlawanan bermula dengan semangatnya...walaupun Dato' Haji hasbullah Awang menjadi komentar di tv, aku juga sibuk menjadi komentar di rumah..hahaa...banyak la komen itu dan ini..terutama awal-awal lagi pada minit ke 6 Indonesia dah dapat gol..perghhh...luluh gak hati ni..dapat rasakan Harimau Muda ni akan di belasah Indonesia..kurang 5-6 gol..itu pandangan aku sebagai penyokong negatif Malaysia..haaha..

alhamdulillah..Harimau Muda dapat menyamakan kedudukan 1-1 selang beberapa minit kemudian..terlalu banyak peluang yang dicipta pasukan Malaysia..kecederaan yang di alami oleh pemain pilihan seperti Izzaq, Wan Zaharul, Sharul Azwari mencacatkan sedikit strategi pasukan Malaysia..

positif tetap positif..memang permainan pemain Malaysia aku rasa lain mcm malam ni..mereka bermain sangat tenang..mencipta banyak peluang, barisan pertahanan sangat kukuh, dan paling penting penjaga gol pujaan Malaya Khairul Fahmi memang tangkas walaupun timbul banyak kontroversi sebelum2 ni..hehe..sian dia..

yang aku nampak, pemain yang harus diberi pujian semestinya kapten pasukan Harimau Muda Baddrol Bakhtiar yang mencipta jaringan, Irfan Fazail yang menjadi midfielder terbaik, banyak melakukan hantaran cantik kepada penyerang, Zubir Azmi dan Mahali Jassuri. dan paling penting 'Apek' yang menjaga gawang Malaysia dengan baik...luv u all 18 kali..ehhe

Apa2 pun sekalung tahniah buat semua pemain Harimau muda atau Harimau Malaya..kekalkan prestasi yang memberangsangkan ini sampai bila2..selamat tinggal bola sepak EPL, Serie A, ataupun segala liga luar negara. selamat tinggal rooney, messi ataupun christiano ronaldo sebab pemain tempatan dah jadi kegilaan peminat bola sepak Malaysia..hehe..

pemain simpanan skuad Harimau Muda tertinggal ke Jakarta menunggu untuk dikalungkan pingat emas juga..heheh

menyanyi bersama2 lagu Negaraku



KESIMPULAN; TEAM Malaysia Hebat.. namun rahsianya ..kerana MALAYSIA ade seorang

MUSLIM, ade seorang TAMIL, ade seorang pula GURU, dan yg penting Team MALAYSIA ade

khairul fahmi che mat yg sentiasa cermat menangkap bola, dan MALAYSIA juga ade baddrol

bakhtiar yg sentiasa berikhtiar menjaringkn gol dari jarak jauh :) kekekeekekee dan yg paling

Hebat ialah kerana MALAYSIA ade ONG ( Ong Kim swee )!!!!!! Hahah....just a joke..Tahniah

Malaysia....Tahniah seluruh rakyat Malaysia..:)



4 comments:

D'ya Marshmello said...

yeah,akhirnya usaha skuad kebangsann membuahkan hasil, go go Malaysia!

JOM SINGGAH & KOMEN : Bila Facebook Jadi Platform Untuk Tunjuk Poyo

kak ina kl said...

tahniah..seronok tenguk gelagat penyokong malaysia.

Azekzk said...

terbaiklh pasukan malaysia.

SumeSakan said...

sokong kesimpulan...Malaysia mmg terbaek lahhh...hehehehe