Friday, May 27, 2011

Gambar Nurul Anati Ismail | Bakal Isteri kepada Ahmad Fedtri Yahya

sejak aku berkenalan dengan abg fedtri..korang boleh baca titik2 perkenalan aku dengan bag fedrti yahya ***disini....kitorang selalu keep in touch melalui handphone ataupun mesej di FB..page FB abg fedtri memang wajib buka hari2..untuk membaca status2 beliau yang selalu mengingatkan aku pada Allah dan kekuasaanNya..

sebulan yang lepas..aku mendapat sms dari beliau yang menjemput aku dan keluarga ke majlis perkahwinan beliau.Alhamdulillah..tak sangka diam2 abg fedtri dah nak kawin..aku bila lagi kan?sapa la wanita bertuah yang akan menjadi tamu sehidup semati abg fedtri..?


Selepas enam bulan berkenalan sejak bertemu di sebuah masjid, pengacara Malaysia Hari Ini dan penulis lirik Fedtri Yahya, 30, bakal menamatkan zaman bujang dengan seorang guru, Nurul Anati Ismail, 26, pada 28 Mei ini. Majlis akad nikah akan diadakan di rumah pengantin perempuan di Pengkalan Machang, Pasir Mas, Kelantan.Kedua-dua bakal mempelai akan diraikan pada dua majlis sederhana bertemakan tradisional pada tarikh berkenaan di sebelah perempuan manakala pada 11 Jun depan di Arena Square, Pengkalan Baru, Pantai Remis, Perak. Menurut Fedtri Yahya..


Majlis akan diadakan secara sederhana sahaja dengan tema Sekolah Pondok di Kelantan, manakala sebelah saya bertemakan Manisnya Ukhwah. “Kedua-dua majlis akan dibantu oleh keluarga dan sahabat handai sahaja dan saya mahu mengekalkan identiti orang kampung dalam majlis tersebut,” katanya ketika dihubungi mStar Online. Menurut Fedtri, mereka tidak melakukan acara pertunangan mengikut adat sebaliknya terus melangsungkan acara ijab kabul. “Secara adat memang kami tidak melakukan sebarang acara pertunangan, tapi jika dihayati dengan betul pertunangan adalah ikatan perjanjian antara dua pihak “Saya sebenarnya tidak terfikir untuk berkahwin pada tahun ini tapi selepas berjumpa Nurul enam bulan lalu hati saya terus terbuka untuk berumah tangga. “Saya mengenali dia di Masjid Taman Tun Dr Ismail ketika penggambaran program Dari Masjid ke Masjid. Dia antara peserta yang menyertai program yang kami anjurkan di masjid tersebut,” katanya. Tambah Fedtri, perjalanan proses perkahwinannya berjalan dengan lancar dan dipermudahkan Allah. Katanya, Nurul merupakan wanita yang memenuhi ciri-ciri gadis pilihannya dan memahami kerjayanya dalam bidang ini. “Dia sangat memahami kerjaya saya dan tidak pernah mendesak atau merimaskan saya dengan persoalan yang remeh temeh,”



Bercerita tentang perkenalan pasangan ini, Fedtri memberitahu dia terpikat dengan perwatakan dan ciri wanita


##aku insya allah akan ke Pantai Remis untuk menghadiri majlis perkahwinan abg fedtri...

4 comments:

MiSs NoRmaLa NorFiqZ said...

wah..bestnye dapat berkenalan ngan abg fedtri...

Ros Anisza said...

abg fedtri dah nak kahwin..

leyzajamil said...

bertuahnya gadis ni dapat memiliki fedtri my idola..semoga urusan mereka dipermudahkanNya..

d_tieah said...

Banyak jugak yang buat post pasal Fadtri Yahya nak kawen tapi tak tunjuk plak mana gambar bakal isteri dia.. Hehehe.. Kat sini akhirnya dapat jugak tengok wajah gadis itu..

*Semoga perkahwinan mereka berpanjangan hingga akhir hayat..

Entry Terbaru : Maharaja Lawak Nabil ; Peserta Solo Terhebat