Sunday, May 15, 2011

GURU, CIKGU, SIFU.. yang pernah mendidik ku menjadi orang...

BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979


cikgu yang mengajar aku masa aku darjah 1..
cikgu yang mula2 mendidik aku untuk jadi insan berguna..

ni cikgu Talib..cikgu Matematik aku masa aku tingkatan 3 merangkap warden asrama aku selama 5tahun aku tinggal di asrama..
beliau pernah rotan bontot aku sampai lebam..terima kasih cikgu...haha

aku pernah buat entri pasal beliau tahun lepas..ENTRI..
beliau adalah guru penolong kanan sekolah menengah aku dulu..merangkap mak angkat aku..jaga aku dengan baik dulu..terima kasih cikgu..

pakai tudung pink tu adalah cikgu aku yang paling comeyl dan baik..sempoi abis beliau.. beliau yang berjaya membuatkan aku meminati subjek KIMIA masa matrikulasi dulu..almaklumla KIMIA tu satu subjek yang susah..sampai skrg still keep in touch dengan beliau..







1 comments:

SuhaimiKassim@teruna9752 said...

best le ada banyak gmbr kenangan dgn cikgu..mcm saya dh lama tinggalkan dunia persekolahan dh tak jumpa cari gmbar dulu2..