Tuesday, May 31, 2011

Gambar Majlis Perkahwinan Ahmad Fedtri Yahya dan Nurul Anati Ismail


kalau sebelum ni aku ada siarkan gambar Nurul Anati Ismail..bakal isteri Ahmad Fedtri Yahya..pengacara MHI tidak asing lagi tu..skrg alhamdulillah Nurul Anati dah sah menjadi isteri Fedtri dengan sekali lafaz..

sempat belek2 website Beautifulnara.com untuk tengok2 gambar di bawah ni...dan juga FB odisi Studio untuk tengok2 gambar sepenuhnya..semua ada disana..






















apa2 pun tahniah utk abg fedtri...

Sunday, May 29, 2011

Persamaan Juara Mentor 5 Salma dan aku..

aku pernah menulis dalam entri sebelum ni..
betul ke masuk Mentor ni boleh mengubah nasib keluarga??
korang baca disini...MENTOR 5

tapi harini dah terbukti..
mereka yang layak saje boleh masuk Mentor seterusnya menang..
dan paling penting duit yang menang tu memang boleh mengubah nasib keluarga..

TAHNIAH BUAT SALMA..

dah agak dari awal pusingan lagi salma memang mempunyai vokal yang mantap..

dapat RM 100,000 dan kereta..

tahniah juga kepada erra fazira yang mendidik salma dengan penuh kasih sayang..
depan tv la aku nampak..belakang xthu..hehe

dan aku nampak persamaan antara Salma dan aku..
cuba korang tengok gambar ni..


cara dia menyanyi dan menghayati lagu tu...

tengok betul2 tau gambar tu..



















dah tengok betul2 ke belum ni???























jangan lepaskan setiap pixel...












sama tak dengan cara aku menyanyi dan menghayati lagu..??



samakan???hehehe..



Review Filem Nur Kasih The Movie | Menonton bersama Tiz

walaupun cerita ni dah keluar berkurun lama di pawagam..aku baru sempat menonton nya minggu lepas..hehe..rasa macam ketinggalan lak bila membaca banyak review orang2 yang dah menontonnya..xper..walaupun ada yang komen positif ataupun negatif aku tetap nak tengok..

impian nak mengumpul sejuta belia, bukan2..seramai mungkin orang untuk menonton bersama Filem Nur Kasih The Movie tidak kesampaian..xper..
lagi pun masa tu pun aku agak busy...
maaf semua..


anyway...review aku pasal Filem Nur Kasih The Movie memang terbaik..terbaik yang macamane??terbaik utk aku yang menontonnya..aku pandang dari sudut positif je..sebab aku menonton untuk berhibur dan mencari sesuatu yang baik di dalamnya..yerla kan..xde benda yang sempurna kat alam semesta ni selain Yang Maha Esa..

pelik gak kadang2 ada orang komen filem xsebagus drama..bagi aku pengarah dan pelakon dah melakukan yang terbaik..diorg berjaya membawa watak dengan jayanya yang membuatkan air mata ini berlinangan di dalam mata..lagipun ini kan industri filem MaLAysia..memang tahap dia macamtu kan..so kena terima seadanya..:)

jalan cerita dia kadang kala buat aku terfikir, kalau lah aku yang menerima dugaan dan cabaran seperti mana yang Nur Aminah lalui, adakah aku dapat melaluinya dengan sabar dan redha??huhu..tepuk dada tanya iman k..

scene yang paling touching bagi aku la time Nur Aminah keguguran..darah menitik2 turun ke kaki..dan time Adam serahkan cincin perkahwinan mereka balik setelah Nur Aminah berjumpai Adam semula yang terselamat dari ribut taufan..yer..aku akui aku memang hati tisu..;)



terima kasih kepada pelakon2 yang sudi bergambar bersama..:p


anyway.. memang kita hak sebagai seorang penonton utk menilai karya yang kita tontonkan..tapi kita pun ada pilihan utk tidak menontonnya kalau kita rasa kita nak cari kelemahan je..


Friday, May 27, 2011

Gambar Nurul Anati Ismail | Bakal Isteri kepada Ahmad Fedtri Yahya

sejak aku berkenalan dengan abg fedtri..korang boleh baca titik2 perkenalan aku dengan bag fedrti yahya ***disini....kitorang selalu keep in touch melalui handphone ataupun mesej di FB..page FB abg fedtri memang wajib buka hari2..untuk membaca status2 beliau yang selalu mengingatkan aku pada Allah dan kekuasaanNya..

sebulan yang lepas..aku mendapat sms dari beliau yang menjemput aku dan keluarga ke majlis perkahwinan beliau.Alhamdulillah..tak sangka diam2 abg fedtri dah nak kawin..aku bila lagi kan?sapa la wanita bertuah yang akan menjadi tamu sehidup semati abg fedtri..?


Selepas enam bulan berkenalan sejak bertemu di sebuah masjid, pengacara Malaysia Hari Ini dan penulis lirik Fedtri Yahya, 30, bakal menamatkan zaman bujang dengan seorang guru, Nurul Anati Ismail, 26, pada 28 Mei ini. Majlis akad nikah akan diadakan di rumah pengantin perempuan di Pengkalan Machang, Pasir Mas, Kelantan.Kedua-dua bakal mempelai akan diraikan pada dua majlis sederhana bertemakan tradisional pada tarikh berkenaan di sebelah perempuan manakala pada 11 Jun depan di Arena Square, Pengkalan Baru, Pantai Remis, Perak. Menurut Fedtri Yahya..


Majlis akan diadakan secara sederhana sahaja dengan tema Sekolah Pondok di Kelantan, manakala sebelah saya bertemakan Manisnya Ukhwah. “Kedua-dua majlis akan dibantu oleh keluarga dan sahabat handai sahaja dan saya mahu mengekalkan identiti orang kampung dalam majlis tersebut,” katanya ketika dihubungi mStar Online. Menurut Fedtri, mereka tidak melakukan acara pertunangan mengikut adat sebaliknya terus melangsungkan acara ijab kabul. “Secara adat memang kami tidak melakukan sebarang acara pertunangan, tapi jika dihayati dengan betul pertunangan adalah ikatan perjanjian antara dua pihak “Saya sebenarnya tidak terfikir untuk berkahwin pada tahun ini tapi selepas berjumpa Nurul enam bulan lalu hati saya terus terbuka untuk berumah tangga. “Saya mengenali dia di Masjid Taman Tun Dr Ismail ketika penggambaran program Dari Masjid ke Masjid. Dia antara peserta yang menyertai program yang kami anjurkan di masjid tersebut,” katanya. Tambah Fedtri, perjalanan proses perkahwinannya berjalan dengan lancar dan dipermudahkan Allah. Katanya, Nurul merupakan wanita yang memenuhi ciri-ciri gadis pilihannya dan memahami kerjayanya dalam bidang ini. “Dia sangat memahami kerjaya saya dan tidak pernah mendesak atau merimaskan saya dengan persoalan yang remeh temeh,”



Bercerita tentang perkenalan pasangan ini, Fedtri memberitahu dia terpikat dengan perwatakan dan ciri wanita


##aku insya allah akan ke Pantai Remis untuk menghadiri majlis perkahwinan abg fedtri...

Sunday, May 15, 2011

GURU, CIKGU, SIFU.. yang pernah mendidik ku menjadi orang...

BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979


cikgu yang mengajar aku masa aku darjah 1..
cikgu yang mula2 mendidik aku untuk jadi insan berguna..

ni cikgu Talib..cikgu Matematik aku masa aku tingkatan 3 merangkap warden asrama aku selama 5tahun aku tinggal di asrama..
beliau pernah rotan bontot aku sampai lebam..terima kasih cikgu...haha

aku pernah buat entri pasal beliau tahun lepas..ENTRI..
beliau adalah guru penolong kanan sekolah menengah aku dulu..merangkap mak angkat aku..jaga aku dengan baik dulu..terima kasih cikgu..

pakai tudung pink tu adalah cikgu aku yang paling comeyl dan baik..sempoi abis beliau.. beliau yang berjaya membuatkan aku meminati subjek KIMIA masa matrikulasi dulu..almaklumla KIMIA tu satu subjek yang susah..sampai skrg still keep in touch dengan beliau..







Friday, May 6, 2011

HOTFM BERSAMA PERDANA MENTERI MALAYSIA



satu pantun yang saya cipta khas untuk diri saya..

EMAK BAPA PERGI KE PASAR,
HENDAK MEMBELI SAYUR DAN IKAN KELI,
SUKUR CACAT CITA-CITA BESAR,
INGIN MENJADI PERDANA MENTERI.



Hari ni YAB PM Najib Razak keudara di HOT FM dari jam 7.30am - 8.30am bersama Realfafau, Faizal B Ismail (FBI) dan Kieran Hot FM. aku tengok di 8TV.
memang aku tunggu2 juga kehadiran PM bersama Hotfm..
yerla selama ini kita dengar DJ2 Hotfm ni memang giler2 dalam mengendalikan rancangan AMKREW kan..suka sangat kenakan pendengar dengan PANGGILAN HANGIT dan juga kenakan sesama diorg..hehehe..

last2 tadi tengok
almaklumla..PM datang kuttt...gile ko...

best sgt tgk PM kat konti hot fm di 8 tv...walaupun bnyak masalah yang berlaku PM tetap happy dan riang....love pm love 1 malaysia...

PM memang frendly ....terbaik punya....harap harap PM terus membela semua golongan rakyat ya.......kalau lah dapat bercakap dengan PM alangkah bahagianya.....harap harap dicontohi la pemimpin lain ekh.....

PM sya bangga bila PM masuk konti HOT FM.. Memang berjiwa rakyat. PM boleh lah selalu masuk konti ni sebab bolehlah dengar luahan rakyat. HOT FM pula kene buka ruangan luahan rakyat di konti ni. Masa tu PM kita kene ada. HIDUP PM!!cewahhh...

apa2 pun apa yang aku boleh contohi PM harini adalah bagaimana dia handle masa seharian dia..berapa lama dia tido..berapa lama dia makan, berapa lama dia bersosial.. cmne dia handle setiap masalah negara..masalah sendiri mesti xsempat nak fikir kan PM..

AKU SAYANG PM DAN AKU SAYANG MALAYSIA!!!


korang..paling best PM minat pasukan MANCHESTER UNITED..
Muah2 PM..sayang kamu ketat2...


Wednesday, May 4, 2011

NURKASIH THE MOVIE | "MOVIE DAY BERSAMA SUKUR"


"Aku kembali kerana masih, Mencari yang hakiki
Sinar pasti, Janji suci yang abadi
Nur Kasih (3x)"

waaahhhh...rasa sangat teruja pulak nak buat entri ni..sebab apa yer...tunggguuuu...serius satu benda yang best..so korang kena baca entri ni sampai abis ok?boleh ke xboleh?hehehe

NURKASIH THE MOVIE
cerita yang di adaptasi dari sebuah drama yang pernah di tayangkan di TV3..pastu di ulang tayang semula di TV9 dengan konsep tanpa iklan..

dengar kata, 19 juta orang menyaksikan drama ni dulu kat TV..perghh..
memang satu fenomena drama yang kita xpernah alami..setiap minggu semua orang akan mengadap depan tv duk tgk cerita ni..

aku semestinya salah seorang dari peminat dia..
bila dengar lagu Nurkasih nyanyian Yassin tu memang rasa teruja..
sekarang untuk Nurkasih The Movie ni..Yassin berduet dengan Tiz Zakyah lagi best..suara Tiz boleh tahan la..actually dengar suara Tiz bercakap dan berlakon pun memang suara dia dah best.ada tone yang berbeza..hehehe..

dah abis entri ni..:)

*********************************

so sempena dengan filem Nurkasih The Movie yang akan di tayangkan di seluruh negara, aku nak anjurkan satu

"MOVIE DAY BERSAMA SUKUR"

hehee..eh eh..bukan free la..aku kurang mampu nak belanja semua..jangan buli aku ok..hehe..nuffnang nye income pun seciput je..

aku nak ajak korang tengok wayang sama2..impian aku nak booking satu hall panggung wayang tu untuk kita semua..best x??


korang bayangkan hall GSC sebesar ini dipenuhi oleh orang2 yang kita kenal..memang terbaik..aku sangat teruja dan harap benda ni dapat support oleh kawan2..

macam xlogik?? logik..think positif ok..
actually pernah buat dulu.bukan satu panggung aku dapat booking..tapi 2 panggung.
meriah gilerrr...

harap2 benda ni dapat sokongan dari abg otai kita BEN ASHAARI, blogger comeyl kita YUYU ZULAIKHA, tukang masak paling hebat alaf ini MAT GEBU..dan blogger2 yang lain..

kalau bukan blogger pun boleh join gak..bawa rakan taulan..suami, isteri dan anak2 pun xper..biar ramai plus meriah...kita kasi gegar panggung tu..boleh ke??hehe..

bila nak tengok??dalam perancangan nya sabtu 21hb Mei..
kat mana?? i ada kawan yang keje di GSC Mid Valley..merangkap pangkat besar juga la kat situ..nanti aku tanya tengok cmne..
cmne nak booking??owhh tu senang saje..tunggu entri aku selepas ni..akan aku update kan dari masa ke semasa..insya allah..

hope projek aku ni menjadi dengan sokongan kawan2 sekalian...
lagi ok kalau kawan2 dpt buat satu entri untuk hebohkan perkara ni..
tq...


Monday, May 2, 2011

OSAMA LADEN MATI - REKAAN KAFIR


Osama bin Laden is dead and his body has been recovered by U.S. authorities, U.S. President Barack Obama said Sunday night



ni nak jadi alasan untuk suatu kejayaan yang direka oleh Amerika .. Alasan untuk berundur dari afghan tanpa tangan kosong ...

kematian Osama tdk akan bawa keamanan sejagat tetapi kehancuran Israel yg akan membawa keamanan dunia...

kalau benar Osama- seorang Islam yang terbunuh, seronokkah kita melihat kafir berpesta ria merayakan kemenangan menundukkan 'Pengganas Islam'???

entah2 osama tu tak wujud pun..rekaan kafir

mereka berani membunuh 1 muslim beerti mereka juga berani membunuh muslim lainnya.

Disebutkan oleh hadith Rasulullah bahawa sepuluh org yg mayatnya TIDAK BUSUK & TIDAK REPUT & akan bangkit dalam tubuh asal diwaktu mati

1. Para Nabi
2. Ahli Jihad
3. Alim Ulama
4. Para Syuhada
5. Para Penghafal Al Quran
6.Imam/Pemimpin yang Adil
7.Tukang Azan
8.Wanita yg mati beranak
9.Og mati dibunuh atau dianiaya
10. Org yg mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka itu beriman.

renung-renungkan...

Sunday, May 1, 2011

SELAMAT HARI PEKERJA..

SELAMAT HARI PEKERJA
aku nak ucapkan Selamat Hari Pekerja kepada semua kawan2 yang tengah bekerja sekarang..tak kisah la kerja kerajaan ataupun swasta..xkisah la kerja susah ataupun senang..xkisah la kerja di tempat berhawa dingin ataupun di tengah panas..asalkan kerja tu adalah kerja yang halal..jgn cari kerja yang haram ok...

Selamat Hari Pekerja kepada abang ku, kakakku, adikku dan juga kawan2 ku terutama nya WANI...kerja elok2 yer korang...jadi lah pekerja yang baik dan berguna terhadap bos masing2..tunaikan tanggungjawab anda sebaik mungkin untuk pembangunan syarikat anda..hehehe...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

sapa kata aku xpernah bekerja??
aku pernah menjadi Software Ingeneer di salah sebuah syarikat di Subang Jaya..tepi Federal Highway pun boleh nampak..ala MESINIAGA la..




masa tu aku Latihan Industri di sana..6 bulan lagi tu..memang satu pengalaman yang teruja.. setiap pagi bangun pagi2...pergi kerja naik Komuter ok.bukan dekat2..dari Komuter Bandar Tasik Selatan. dari BTS sampai Subang Jaya tu berapa lama pulak..siap kena tukar train lagi kat Kl sentral..huhu..memang memenatkan..



naik train pulak tu..kalau pagi2 jarang dapat tempat duduk..semua orang buat tak tahu nak bagi aku duduk sedangkan tempat diorg duduk tu memang di khaskan utk Warga OKU ataupun orang tua2..

biarla..apa2 pun bekerja tu memang best kalau kita rasakan ia best..tapi kalau tak best pun buat2 la best ek..sebab hujung bulan mesti best..dapat gaji..hehee..