Sunday, October 31, 2010
Makna kekalahan Negeri Sembilan dalam perlawanan akhir Piala Malaysia 2010
Posted by Mohd Sukur Ibrahim at 1:53 AM 1 comments
Saturday, October 30, 2010
JAWATAN KOSONG KERAJAAN
Posted by Mohd Sukur Ibrahim at 7:10 PM 0 comments
bukit broga..aku cabar kau!!!
kat sini de pesanan k...
kpd semua yg da cnfrm, korg byr la kpd ajk bazar sesapa pn rm15 sorg k...(termasuk mkn.minum,minyak keta, tol, parking keta, msuk sg tekala)
Tentatif nya :
4.00 PAGI: Berkumpul di 12th
4.20 PAGI: Bertolak ke Semenyih ( spe lambat kena tgal k)
5.40 pg: sampai di semenyih utk solat subuh..( so korg pkai la pakaian
tuk g solat dlu k...lpas solat bru pkai baju daki bukit..hehe)
6.00 Pg: bertolak utk naik bukit broga...( kena naik sblm 6.50am coz
nk amik gmbr mse sunrise..)
8.30 Pg: trun dr bukit..(agak2 je ni)
9.00 Pg : mkn sarapan di pekan semenyh ( nasi lemak disediakan
termasuk dlm pakej)
11.00 Pg: Bertolak ke Sg Tekala
11.30 Pg : sampai di Sg Tekala...
11.30 - sampai korg nk blik...: mandi sg, bbq, makan2, minum2, dll
*brg yg diperlukan bwk:
1. ubat korg msing2 lau sakit..
2. torchlight (share 2-3org satu torchlight pn ok n spe de lebih bwk je
bg sesapa yg lain..)
3. air utk korg minum semasa naik bukit tu...
4. tu je kot...yg lain brg basic..mcm baju mandi, tuala lap peluh ker, mknn ringan ckit2 ker n dll)
* Nasi grg kg jugk disediakan mse bbq...
* tlgla tag kpd yg pergi tp aku tlupa nk tag k...anyway mari rami2 doa supaya isnin tu xhujan...hehe
* jgn lupa bwk Torchlight n kopok ckit2 tuk mkn2 tau...hehe
Posted by Mohd Sukur Ibrahim at 4:53 PM 5 comments
aku dilantik ahli inteam yang baru...
Posted by Mohd Sukur Ibrahim at 3:07 PM 2 comments
Thursday, October 28, 2010
ada apa pada exam PTD akan datang??
Posted by Mohd Sukur Ibrahim at 5:42 PM 5 comments
Monday, October 25, 2010
makcik aku ibu mithali 2010...bangga...
UMPAMA bertulang besi, berurat dawai. Itulah kudrat seorang ibu diperah sepenuhnya setiap hari semata-mata ingin membesarkan sembilan anak lelaki meskipun, pada hakikatnya berapa kuatlah tenaga sebenar dimiliki seorang wanita yang sering kali juga dianggap lemah.
Bagaimanapun, Awiah Awi adalah wanita yang memiliki semangat juang sangat tinggi dan demi membantu suami menyara keluarga, dia tidak pernah melihat kelemahan itu wujud dalam dirinya. Lalu, ketika usia mudanya beliau sedaya upaya melakukan pelbagai pekerjaan seperti menjual kuih dan menjahit serta kerja berat lain yang boleh mendatangkan rezeki halal.
Beliau tidak pernah lelah mahu pun mengeluh, semata-mata mahu memberikan yang terbaik untuk anak-anak. Berkat kegigihan dan ketulusan hati seorang ibu, Awiah dinobatkan sebagai Ibu Mithali ke-10 dan boleh berbangga kerana semua ‘hero’ dididik dengan tegas tetapi penuh kasih sayang kini meniti kejayaan hidup masing-masing.
Pemilihan Awiah, 64, pada majlis Penganugerahan Ibu Mithali ke-10 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), baru-baru ini amat tepat lebih-lebih lagi jika mengambil kira kejayaan dicapai, sumbangannya kepada masyarakat, tanggung jawab dan pengorbanan mahu pun kejayaan anak-anaknya.
Awiah yang berasal daripada Muar, Johor Bahru berkata, membuatnya berasa lebih gembira dan bahagia ialah apabila semua anak-anak walaupun sudah berjaya di dunia, mereka tidak pernah lupa untuk memberi sumbang bakti dalam kerja kebajikan masyarakat dan aktiviti keagamaan.
Awiah yang turut memiliki 42 orang cucu dan seorang cicit berkata, semua kejayaan keluarganya sekarang adalah hasil didikan tegas bersama arwah suaminya, Hamid Samad, seorang bekas tentera yang meninggal dunia empat tahun lalu kerana sakit tua.
Mengimbas kehidupannya, Awiah berkata beliau berkahwin muda ketika berusia sembilan tahun bersama pasangan hidupnya yang juga pilihan keluarganya tetapi hanya memulakan hidup sebagai suami isteri ketika beliau berusia 13 tahun tanpa sebarang pengalaman untuk menjadi seorang ibu muda.
Namun, hari ini, hampir semua anaknya yang berusia antara 20 tahun dan 48 tahun berjaya dicorakkan menjadi insan berguna sehingga berjaya menggenggam ijazah serta mempunyai kerjaya baik seperti pengurus, doktor, pengetua dan ahli perniagaan.
Ditanya apakah, cabaran besar mendidik anak ramai, apatah lagi semuanya lelaki, Awiah berpendapat tidak adil untuknya membuatkan perbandingan kerana tidak berkesempatan dan berpengalaman membesarkan anak perempuan. Dia hanya sempat membesarkan anak perempuan selama lapan bulan kerana satu-satunya anak perempuannya, anak kedua dalam keluarga meninggal dunia ketika berusia lapan bulan.
Tidak kira anak perempuan atau lelaki, sebagai seorang ibu sudah menjadi tanggung jawabnya untuk memberikan kasih sayang dan didikan sempurna kepada mereka supaya menjadi insan berguna dan mempunyai bekalan di dunia dan akhirat.
“Saya tidak dikurniakan anak perempuan, jadi anak-anak lelaki saya perlulah belajar membuat kerja rumah seperti menyapu, membantu di dapur, membasuh pinggan, mengemas, lap tingkap dan sebagainya. Tetapi, anak yang bakal menduduki peperiksaan perlu menumpukan perhatian terhadap pelajaran masing-masing manakala yang lain meneruskan tanggung jawab membantu saya. Arwah bapa mereka pula akan memberi hadiah jika mereka cemerlang dalam pendidikan,” katanya ketika ditemui selepas majlis penganugerahan itu.
Sebagai tokoh Ibu Mithali ke-10, Awiah membawa pulang wang tunai RM25,000, pakej umrah bagi tiga orang, kerongsang berlian, sepasang jubah dan selendang, al-Quran digital, trofi dan sijil penghargaan yang disampaikan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.
Awiah memberitahu, kehidupan mereka sekeluarga sebelum ini selalu berpindah-randah kerana mengikut suami bertugas. Oleh itu, hampir semua urusan keluarga dan anak terletak di bahunya. Memikul tanggungjawab itu, Awiah perlu memastikan anak berdisiplin dan saling membantu.
Sebagai ibu sudah tentu perasaan risau sentiasa wujud dalam diri, andai ada anak terjebak gejala tidak sihat apatah lagi semua anaknya lelaki. Justeru, dalam senyap, Awiah sentiasa memeriksa beg sekolah anak-anak untuk memastikan mereka tidak terbabit dengan perkara negatif, malah dia melarang anak-anak merokok.
Penekanan terhadap agama Islam sentiasa diutamakan Awiah pada anak-anak, menunaikan solat fardu dan sunat serta mengikuti kelas agama. Mereka sekeluarga juga selalu sembahyang berjemaah dan lazimnya, selepas solat Awiah akan membacakan hadis kepada anak-anak sekali gus ia banyak memberi pengajaran dan membantu membentuk keperibadian positif anak-anak.
Anak-anak turut dididik supaya sentiasa bersabar dalam semua urusan, di samping menghormati orang tua dan mengamalkan akhlak yang mulia.
“Dulu, ketika anak-anak masih kecil, saya selalu ketuk pintu untuk bangunkan mereka mengerjakan solat, malah hingga ke hari ini, saya masih mengingatkan mereka supaya tidak mengabaikan agama,” katanya sambil ketawa kecil.
Menyedari kesusahan hidup dan tidak mempunyai banyak duit, Awiah juga mengajar dan memupuk anak budaya menabung. Malah, berkat kerja keras dan jimat cermat, Awiah dapat membantu suami membeli tanah dan rumah.
Kejayaan anak-anak dan kehidupan keluarga Awiah sering menjadi rujukan atau contoh kepada masyarakat di kampung mereka. Misalnya, anak sulung, Saudi adalah anak kampung yang pertama masuk universiti manakala anak kelima, Mohd Fadzli berjaya menjadi doktor pertama dalam kampung mereka.
Kehidupan senang dan stabil dinikmati selepas anak-anak berjaya dalam kerjaya masing-masing, ternyata tidak pernah mengaburi mata Awiah. Walaupun mampu melancong jauh ke luar negara, membeli banglo mewah dan memakai barangan berjenama, Awiah dengan tulus ikhlas mewakafkan tanah dan sebahagian rumah untuk pembinaan Madrasah Tahfiz Al-Quran An-Nuur serta membiayai sebahagian pelajar miskin. Bukan setakat itu, dua bilik rumahnya dikhususkan untuk guru yang mengajar agama dan al-Quran untuk masyarakat setempat.
Mengharungi hidup selepas bergelar balu, Awiah kini banyak menghabiskan masa menguruskan dusun tinggalan arwah selain memberi tumpuan kepada pengurusan tahfiz dengan dibantu anak kelapannya, Norafendi, yang juga guru tahfiz di situ. Apa yang pasti Awiah sentiasa menjadi inspirasi kepada anak-anaknya.
Nama: Awiah Awi
Umur:64 tahun
Tarikh lahir: 1 Mac 1946
Asal: Kesang Laut, Muar, Johor
Nama suami: Allahyarham Hamid Samad (pesara tentera)
Pendidikan formal: Darjah 6
Pendidikan tidak formal: Kelas Hadis
Anak 9 orang (semua lelaki)
1. Saudi - Usahawan (lulusan bidang fizik)
2. Roslan - Jurutera Kanan Petronas (lulusan kejuruteraan kimia)
3. Abdul Fatah - Pembantu perubatan, lulusan Diploma Psikiatri
4. Mohd Fauzi - Pengurus Maxis (lulusan pengurusan rangkaian & telekomunikasi)
5. Mohd Fadzli - Doktor (klinik sendiri), lulusan perubatan
6. Mohd Fadzil - Penolong Pengurus MMU Cyberjaya (graduan universiti)
7. Norhisham _ Pengurus Felda (lulusan biologi gunaan)
8. Norafendi - Pengetua Tahfiz (graduan universiti)
9. Mohd Farid - sedang mengikuti pengajian peringkat ijazah
**bila pulak aku nak dinobatkan sebagai ayah mithali??
Posted by Mohd Sukur Ibrahim at 9:43 PM 2 comments
Saturday, October 23, 2010
realistik dalam kehidupan
Setiap kesusahan, pasti ada kesenangan menanti. Tuhan menduga anda dengan kesukaran dan kesulitan untuk menguji iman anda terhadap-Nya, Jika anda lulus, pasti ada ganjaran dan nikmat yang tak terkira banyaknya.
Pernahkah anda mendengar kisah-kisah kehidupan orang yang berjaya? Bukankah di setiap kemanisan kisah kejayaan yang di kecapi tersulam kepahitan sebuah kehidupan. Penderitaan yang pernah ditanggung dahulu kini telah terbayar dengan kejayaan bergenerasi.
Hmm... Saya teringat, anda pasti sukakan hiburan! Pernahkah anda mendengar pepatah dunia hiburan ini "Cantik itu menyakitkan". Cantik adalah kejayaan kerana itu matlamat mereka, tetapi untuk mendapatkan kecantikan itu mereka perlu merasa kesakitan dahulu..
Kesimpulannya, jika anda mengalami kesusahan dalam perniagaan anda, percayalah anda sudahpun berada fasa pertama orang berjaya iaitu fasa susah kerana itulah asam garam dunia perniagaan. Tanpa asam dan garam makanan mana sedap... bagaimana jika anda makan sayur yang sentiasa rasa manis setiap hari? Saya rasa saya akan muntah kot...
Jadi, kesusahan dan kesulitan adalah bagus untuk anda dalam perniagaan. Ia dapat membuatkan anda sentiasa sedar dan realistik dalam kehidupan. Berbanding orang yang bekerja, mereka sentiasa selesa dengan kehidupan mereka sehinggakan minda bawah sedar mereka menjadi pasif dan lembam.
Apabila tiba masanya untuk mereka bangun dari tidur yang panjang itu, mereka berkata "Kenapalah aku tak buat itu dan ini dulu". Malangnya pada waktu itu mereka telah terlewat... Hayatilah maksud surah berikut..
Demi masa, sesungguhnya manusia di dalam kerugian,
Kecuali mereka-mereka yang beriman dan beramal soleh,
Yakni mereka-mereka yang berpesan-pesan dengan kebenaran,
Dan berpesan-pesan dengan kesabaran..
-Surah Al-As-
Posted by Mohd Sukur Ibrahim at 8:27 PM 1 comments
Thursday, October 21, 2010
Maher Zain - For The Rest Of My Life with Lyrics
I praise Allah for sending me you my love
You found me home and sail with me
And I`m here with you
Now let me let you know
You`ve opened my heart
I was always thinking that love was wrong
But everything was changed when you came along
OOOOO
And theres a couple words I want to say
For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you. loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I`ll be there for you
I know that deep in my heart
I feel so blessed when I think of you
And I ask Allah to bless all we do
You`re my wife and my friend and my strength
And I pray we`re together eternally
Now I find myself so strong
Everything changed when you came along
OOOO
And theres a couple word I want to say
For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you. loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I`ll be there for you
I know that deep in my heart now that you`re here
Infront of me I strongly feel love
And I have no doubt
And I`m singing loud that I`ll love you eternally
For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you.loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I`ll be there for you
I know that deep in my heart
Posted by Mohd Sukur Ibrahim at 10:34 AM 3 comments
Tuesday, October 19, 2010
suka duka gi interview...aku pasrah...
tu kata2 pertama yang keluar dari mulut aku apabila keluar dari bilik interview tadi..memang mendebarkan dan rasa seperti melahirkan anak pertama..haha..pengalaman pergi interview ni memang membuatkan aku tak senang duduk..percayalah..dah la memang aku jenis debar terlebih..
persiapan sebelum pergi interview..
1) pergi beli kasut kulit hitam..yang mana kasut aku yg lama dah lama koyak..biasa la aku pakai kasut memang xlama..so sapa2 nak bagi aku hadiah..pastikan belikan kasut..mesti i like..hehe
2)teringin nak pakai perisai (kot hitam) aku yang dah lama aku simpan dalam beg..apalagi..gi hantar drycleaning kot aku..
3)pergi fotostat sijil2 aku yang xpernah aku guna selama ni..
4)pergi sahkan sijil2 aku..biasa kalau kat kampung jumpa ketua kampung je senang..tapi kat kl ni mana nak cari ketua kampung..last2 amik keputusan gi jumpa suruhanjaya sumpah kat hentian kajang..igt murah dapatkan cop pengesahan..hampir RM20 gak ..mahal.
5)beli kemeja baru..almaklumlah..aku kan dah gemuk..byk baju yg dah mengecut..haha
6)gi amik gambar pasport..kedai gambar tu mesti ada pakej utk edit gambar..leh touchup muka aku ni..haha
7)last but not least..buat resume..yang memang aku xpernah ada sebelum ni..hahaha..memang mencabar gak la..
malam sebelum gi interview memang tak dapat tido.melakukan beberapa revision tentang dunia IT yang memang aku dah tinggalkan utk beberapa lama..memang susah wo..otak ni dah karat..
xleh tido la..risau..pagi2 dah bangun..pukul 5 pagi dah sedar..bangun terus gi gosok baju..ingat nak suruh yazid gosokkan..tapi nak kejut dia tido macam menunggu mayat bangun..susah giler..
so kena la berdikari sendiri..
pukul 7 dah bertolak keluar..kul 7.30 sampai..masuk bangunan SPA tingkat 6 memang mendebarkan..staf2 kat situ siap tlg setlekan pendaftaran aku..n paling special aku mendapat calon pertama utk di interview..giler..cuak kut..
memang ramai yg datang..yang hadir lebih kurang 60 org tapi yang nak dipilih hanya 2 org je..
pada pendapat aku, aku rasa aku mcm susah nak dapat la..huhu...
Posted by Mohd Sukur Ibrahim at 12:04 PM 12 comments
Saturday, October 16, 2010
semangat nak interview..mencari soalan bocor
Di sini saya ingin kongsikan beberapa contoh soalan temuduga PTM yang mungkin akan ditanya. Contoh-contoh soalan ini saya kumpulkan daripada beberapa soal jawab di dalam forum dan juga melalui pertanyaan lisan dengan kenalan yang berpengalaman ditemuduga.
Pada kebiasaannya, soalan temuduga PTM dibahagikan kepada dua bahagian iaitu soalan umum dan khusus.
Contoh Soalan Umum:
1. Apakah nama sistem pentadbiran Malaysia?
2. Apakah komponen yang terdapat di dalam Sistem Parlimen?
3. Siapakah ketua negara? Siapa ketua kerajaan?
4. Ceritakan pengalaman kerja sebelum ini.
5. Please introduce yourself?
6. Apakah maksud Integriti dan Akauntabiliti?
7. Apa yang anda faham mengenai Cyber Law Act?
8. Jelaskan mengenai MSC.
9. Apa itu e-Government?Berikan contoh.
10. What would you do to improve government services?
11. Apakah peranan IT dalam bidang pertanian? (Mungkin akan tanya dalam bidang lain e.g: perikanan)
12. Berikan alasan kenapa anda ingin berkhidmat dengan kerajaan.
13. Apakah cabaran dan tindakan yg diambil oleh kerajaan dalam meningkatkan penggunaan ICT di seluruh negara?
14. Can you please hightlight the best point about you and convince us why we shuld take you?15. Sanggupkah anda ditempatkan di tempat-tempat terpencil seperti di Bario (tempat Nuri terhempas)?
16. Berikan kesan sekiranya sesebuah projek gagal disiapkan dalam masa yg ditentukan?
17. Jelaskan tentang Perolehan komputer, Pembelian komputer, dan Spesifikasinya.
18. Ceritakan mengenai K-Economy.
Contoh Soalan Khusus:
1. Apa yang anda tahu mengenai Wireless LAN?
2. Apakah perbezaan Backbone dan Star Topology?
3. Bagaimana hendak setup wireless LAN di sesebuah pejabat?
4. Apakah tugas seorang PTM
5. Apakah jenis-jenis network topology?
6. Berikan 2 contoh network topology dan nyatakan perbezaannya.
7. Apakah pangkalan data apa yang baik?
8. Terangkan maksud “normalization”.
9. Nyatakan peringkat-peringkat normalization.
10. Apakah fasa pembangunan sistem
11. Apakah perkakasan untuk ke internet di dalam sesebuah pejabat dan nyatakan fungsi-fungsinya.
12. Apabila sistem telah dibangunkan, apakah perkara yang penting bagi memastikan sistem berjaya.
13. Jelaskan tentang black box dan white box,
14. Berikan contoh-contoh format image. (Mungkin akan tanya format lain e.g: movie, music, office etc).
15. Bezakan format-format image.
16. Apakah perbezaan Prisma dan LCD?
17. Nyatakan perbezaan antara MIS dan EIS.
18. Nyatakan jenis-jenis Modem
19. Apakah yang faham mengenai LAN dan WAN?
20. Apa itu PCMCIA?
21. Apakah perbezaan antara IMAP dan POP3?
22. Adakah anda pernah mengoperasikan server? nyatakan platformnya?
23. Adakah bahasa pengaturcaraan yang anda tahu?
24. Terangkan perbezaan antara website dan portal.
25. Terangkan apa itu wireless dan jenis-jenisnya.
26. Mengapa siaran astro tidak jelas sewaktu hujan tetapi siaran tv lain seperti tv1, tv2, dan tv3 yang menggunakan analog jelas.
27. Apa itu SDLC dan berikan contoh-contohnya.
28. Apakah Virus yang terkini?
Posted by Mohd Sukur Ibrahim at 8:21 PM 2 comments
Thursday, October 14, 2010
aku ditawarkan temuduga kerja..
Posted by Mohd Sukur Ibrahim at 8:18 PM 11 comments
Monday, October 11, 2010
Kemalangan maut di tol simpang ampat..alfatehah..
SEREMBAN 10 Okt. – Seramai 12 orang maut, manakala lebih 40 lagi cedera termasuk parah apabila dua buah bas, dua buah kereta dan sebuah van terbabit dalam kemalangan di Kilometer 223, Lebuhraya Utara-Selatan, berdekatan Plaza Tol Simpang Ampat dekat Rembau, petang ini.
Nahas berlaku apabila sebuah bas ekspres Delima yang dipercayai dipandu laju dari arah selatan gagal dikawal lalu terbabas dan melanggar pembahagi lebuh raya sebelum melambung ke laluan bertentangan.
Bas ekspres itu yang dalam perjalanan dari Melaka ke Kuala Lumpur kemudian melanggar sebuah van dan kereta sebelum menghempap dua buah kereta lain dalam kejadian pada 6.50 petang itu.
Pada masa yang sama, sebuah bas Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang dinaiki ahli Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) turut gagal mengelak dan melanggar bas ekspres itu.
Tragedi Oktober itu mengakibatkan puluhan ribu kenderaan terperangkap
dalam kesesakan lalu lintas sehingga lewat malam ini apabila pihak berkuasa terpaksa menutup laluan di kedua-dua arah untuk kerja-kerja menyelamat.
Sehingga pukul 11 malam ini, pasukan penyelamat sedang berusaha mengeluarkan mayat mangsa termasuk penumpang bas dan kenderaan yang dihempap oleh bas itu.
Difahamkan, mangsa yang maut adalah pemandu bas dan penumpang serta penumpang dua buah kereta yang terhimpit dihempap bas tersebut.
Pengarah Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) di sini, Dr. Jaafar Che Mat pada sidang akhbar lewat malam ini memaklumkan, pihaknya menerima 24 orang mangsa yang cedera terdiri daripada lapan lelaki dan 16 wanita, kesemuanya dewasa.
Katanya, seorang daripada mangsa telah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) setelah dilaporkan dalam keadaan kritikal.
Menurut beliau, kesemua mayat dihantar ke
Hospital Melaka untuk bedah siasat, manakala mereka yang cedera menerima rawatan di HTJ.
Antara yang dilihat menerima rawatan termasuk seorang pelancong warga Jepun.
Berikutan kemalangan itu, pihak polis telah menutup laluan masuk ke lebuh raya arah selatan di Plaza Tol Pedas, Linggi di Rembau.
Kebanyakan kenderaan yang memasuki lebuh raya dinasihatkan oleh Plus Expressways Berhad (PLUS) untuk menggunakan laluan alternatif.
Sementara itu, Pegawai Turus Trafik negeri, Asisten Supritendan Abd. Halil Hamzah ketika dihubungi malam ini mengesahkan kejadian tersebut dan menurutnya, ketika ini, identiti mangsa yang cedera dan meninggal dunia masih belum diketahui.
Operasi menyelamat masih dijalankan oleh pasukan bomba dan penyelamat, polis, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) serta bantuan pihak paramedik dari hospital yang berdekatan.
Dalam pada itu, salah seorang penumpang bas Ekspres Delima yang terselamat, Nur Najlaa Aqilah Mohd. Ghazali, 19, berkata, dia tiba-tiba terasa bas yang dinaikinya berpusing lalu menghempap sebuah kereta selepas melambung ke laluan bertentangan.
“Ketika kejadian, saya sedang tidur. Saya tersedar apabila bas itu berpusing dan menghempap kenderaan di laluan bertentangan. Tidak lama kemudian, bas yang kami naiki dirempuh beberapa kenderaan lain termasuk sebuah bas (membawa ahli PBTM),” kata pelajar Universiti Malaya itu yang kini dirawat di HTJ setelah mengalami kecederaan di tangan dan muka.
Difahamkan, bas JKM membawa peserta yang menghadiri Perhimpunan Raksasa PBTM, turut dinaiki Exco Kerajaan Melaka, Datuk Karim Sulaiman. Bagaimanapun, kesemua penumpang bas itu dilaporkan selamat.
**ayah aku juga pesara tentera yang pergi ke perhimpunan besar PBTM di bukit jalil.
alhamdulillah bas dia takde apa2..semoga roh2 arwah dirahmati..amin
Posted by Mohd Sukur Ibrahim at 2:31 PM 1 comments
Sunday, October 10, 2010
edisi terjah KLCC
Posted by Mohd Sukur Ibrahim at 8:20 AM 1 comments
Saturday, October 2, 2010
motivasi dan semangat untuk berjaya!!!
tidak seindah apa yang ada,
aku dilahirkan begini,
aku tetapkan berusaha.
aku bernasib malang
aku dihina dan dikeji
oleh sebahagian insan
namun, ku tabahkan hati,
ku kuatkan semangat
untuk mengejar cita-cita
berat mata memandang,
berat lagi bahu ku memikul,
bantuan mu ku harapkan,
untuk mengurangkan beban seharian.
wahai insan-insan mulia,
jasa baktimu ku sanjung tinggi
bantu aku sekadar apa
moga Allah kan berkati..
nukilan: Ibrahim Samad (1990)
**sajak ini di karang oleh ayah aku sendiri khas untuk aku sampaikan pada majlis Makan malam Kanak-kanak Istimewa..
Posted by Mohd Sukur Ibrahim at 1:07 PM 8 comments
Magika magik sangat ka????
movie day kini kembali..yeha!!!tapi ditegaskan disini..movie day hanya akan berlaku pada hari rabu yer..sekali lg..hari rabu..hehe..sebab apa?sebab of course la murah..tulx?nak berlibur pun kena berpada2 juga..jgn sampai membazir..
so event organizer of course la aku..membuat beberapa panggilan telefon utk mengajak beberapa org kwn utk sama2 menonton..tgk sorg2 mana best woo..mula2 plan nak tengok kat GSC alamanda..tapi xjadi sebab tiket nak booking melalui online abis..
Posted by Mohd Sukur Ibrahim at 12:54 PM 1 comments