Saturday, September 18, 2010

kisah motivasi Sylvester Stallone



Saya sangat pasti anda kenal dengan gambar yang ada di atas. Jika tidak kenal sekalipun anda tahu bahawa dia adalah salah seorang pelakon hollowood yang cukup terkenal. Filem lakonannya seperti Rambo, First Blood, Rocky dan lain-lain telah membawa nama pelakon ini ke pentas dunia glamour. Dia menjadi buah mulut ramai orang yang memuji lakonannya yang cukup mantap dan realistik dan disebabkan itulah, dia merupakan antara aktor hollywood yang mendapat bayaran tertinggi dalam sejarah iaitu 20juta USD untuk sebuah filem!

Sangat mengujakan! Dia seolah-olah sudah mencapai satu titik nasib yang cukup sempurna dari kaca mata orang yang memandang. Dengan bayaran yang begitu tinggi, kemewahan adalah sesuatu yang pasti.

Namun,adakah dia pelakon yang memiliki bakat semula jadi? Tidak! Adakah kehidupannya sebelum bergelar pelakon adalah kehidupan yang hebat dan penuh dengan kemewahan? Tidak!

Tidak ramai yang mengetahui kisah silam pelakon mahsyur yang di beri nama Sylvester Stallone ini.

Lahirnya cacat

Sylvester Stallone dilahirkan dalam keluarga yang cukup daif. Sewaktu kelahirannya, ibunya telah melahirkannya di tangga sekolah dan di sebabkan itu, Stallone mengalami kecacatan di bahagian muka dan menyebabkan beliau tidak dapat bertutur dengan baik.

Dengan menidakkan kecacatan diri sebagai penghalang, Stallone akhirnya mengambil keputusan yang sangat janggal dan langsung tidak masuk akal! Apakah matlamatnya? Stallone mahu menjadi seorang pelakon hollywood!

Langkah pertama yang di ambil adalah dengan mendaftar di sebuah sekolah lakonan dan selepas itu, Stallone mengikuti salah satu sesi ujibakat. Percubaan pertamanya tidak berjaya! Masakan tidak. Dengan cara pertuturan yang tidak jelas dan rupa paras yang tidak menawan, tiada siapa yang mahu mengambilnya sebagai pelakon.

Berpegang kepada matlamat, dia WAJIB menjadi pelakon, Stallone telah melakukan satu tindakan yang gila! Di dalam bilik uji bakat, dia tidak mahu berganjak selagi dia tidak di ambil sebagai pelakon! Akhirnya, setelah di pertimbang dan melihat kepada kesungguhan Stallone, dia akhirnya di ambil sebagai pelakon tambahan. Walaupun scene yang di lakonkan tidak lah lama, ia cukup untuk memberi satu peluang baru dalam hidupnya.

Malangnya, selepas itu, dia gagal mendapat peluang untuk mana-mana syarikat produksi filem.Dengan kehidupan yang daif, Stallone terpaksa menjual anjing kesayangannya dengan harga 50 dollar.

Tidak lama selepas itu, Stallone berpeluang untuk menonton satu perlawanan tinju di antara Muhammad Ali dan Chuck. Ramai yang mengatakan bahawa Chuck tidak mampu bertahan walau 2 pusingan. Menakjubkan! Chuck berusaha sehingga 15 pusingan! Semangat yang di tunjukkan oleh chuck pada masa itu memberi inspirasi kepada Stallone.

Stallone akhirnya mendapat satu idea untuk menghasilkan sebuah filem daripada perlawanan yang baru sahaja di tontonya. Dia pulang ke rumah dan mula menghasilkan skrip pertamanya tanpa henti selama 84jam! Sesudah siap, Stallone cuba menjual skrip tersebut namun gagal! Tiada seorang pun berminat untuk membeli.

Tanpa ada rasa kecewa, dia berusaha keras lagi untuk mencari sekurang-kurang nya satu syarikat untuk membeli skrip tulisan nya. Akhirnya dia berjaya dan syarikat filem tersebut menawarkan harga 75 ribu USD kepada Stallone. Dia seharusnya gembira. Tetapi masih belum dapat memenuhi hasratnya. Bukan kewangan yang dia inginkan. Yang di inginkan adalah menjadi pelakon!

Dia hanya bersedia menjual skrip itu dengan syarat dia yang melakonkan watak utama. Stallone memang sudah di rasuk IMPIANNYA untuk menjadi pelakon agaknya!.

Ganjaran di naikkan sehingga 1 juta USD. Namun jawapan Stallone masih lagi tidak! Akhirnya, syarikat itu mengalah dan bersedia mengambil Stallone sebagai pelakon. Dan dari hasil lakonan itulah terhasil filem Rocky yang membawa Stallone menjadi salah seorang bintang hollywood terkenal.Keuntungan daripada filem itu mencecah sehinnga 170 juta usd dan ia menjadi salah satu pemenang bagi ketegori filem terbaik.

Kenapa semua ini terjadi? Adakah Stallone seorang yang berbakat dalam lakonan? Adakah dia seorang yang kacak dan mampu bertutur dengan baik? Adakah dia boleh menulis skrip dengan hebat? Kesemuanya tidak!

Ia hanya bermula dari sebuah IMPIAN!



***aku ada impian..cuku besar, kuat dan bermakna tapi aku tak cukup nekad untuk mencapai nya..adakah ini di namakan impian????

1 comments:

Anonymous said...

mesti capai impian anda!!sentiasa ada utk menyokong n membantu anda!bersemangat!!