Saturday, September 24, 2011

TERFIKIR TAK BAGAIMANA AKU MENULIS??

selamat berhujung minggu kawan-kawan sekalian..minggu ni adalah minggu terakhir kita berhari raya kan?hehe..almaklumla..puasa sebulan, raya kena la sebulan juga..tul x?

selalu kalau aku pergi mana2 'talk' motivasi ataupun berjumpa dengan orang baru, mereka akan tertanya-tanya macamane la agaknye aku menulis..adakah aku mempunyai setiausaha yang cukup cantik, seksi lagi menarik (poyo giler ayat ni..hehe)untuk menulis apa jua yang aku nak tuliskan...mesti la tak..sebab aku selalu bersama seorang lelaki..bukan perempuan..:)

mesti korang yang baca blog ni pun terfikir juga kan..cmne la agaknye aku menulis..?ke korang tak terfikir langsung..hehee..takpe..lepas korang baca entri ni..mesti korang baru tahu...
jom2..rahsia yang bukan lagi rahsia...sebab biasa kalau dalam 'talk' motivasi aku, aku akan minta diorang kutip sorang RM1.00 untuk tengok macamne aku menulis...almaklumla..tulisan cantik sangat..hehe..

korang boleh bayangkan tak kalau aku menulis menggunakan kaki...
macam dia...



mesti la tak boleh kan?sebab kaki dia panjang..boleh letak atas meja..pastu kaki dia cantik..kaki aku?hahaha..jangan mengutuk ok...:p



adakah aku menulis menggunakan mulut seperti orang ni...



wuish...memang lagi susah..silap2..tak dapat aku bayangkan cmne menulis menggunakan mulut tu..


~~~~~~~~~~~~~~~~~

masa sekolah sampai ke universiti..dari menyalin nota yang diberikan oleh cikgu atau pensyarah, dari membuat latihan dalam kelas mahupun exam akhir tahun, dari UPSR sampai SPM..dari Matrikulasi sampai Final Year kat UKM..aku tak pernah minta masa tambahan untuk menulis..

setakat soalan subjektif ataupun esei, aku berlatih untuk menulis sepantas manusia normal..soalan Matematik Moden atau Matematik Tambahan, aku menyediakan jalan kerja secepat manusia normal..aku tak nak dibezakan..nanti diorang cakap tak adil..tul x?
nanti kalau markah aku lebih2 sangat..mesti diorg cakap.

"boleh la..masa banyak, boleh buat relax2" ..

tu kalau markah lebih..kalau markah kurang pulak..mesti dok kena kutuk..

"masa lebih pun tak boleh score ke?"

ehehhe...tu anggapan aku je kut...so aku pun tak la amik apa2 kesempatan dalam kekurangan ku ni..puas fikir masa mula2 masuk sekolah dulu, macamane aku nak menulis..

terima kasih yang tak terhingga kepada ayah aku terutama kerana menjumpai formula untuk aku menulis...bukan setakat pantas..malahan teramat la cantik tulisan tangan ku ini..hahaha..(mesti korang loya kan?) :)







nak tengok tak ni? macam tak serius je...























betul ni nak tengok????





















kalau betul kasi angguk itu kepala...

















aku menulis menggunakan kedua belah tangan aku...




unik tak???



bukan setakat korang je akan merasa hairan, kapten Tentera ni pun kagum ok....hehe
nampak tak cmne aku menulis...?

tak nampak juga...


ok yang ni lebih jelas....




nampak tak sekarang?? macam tu la lebih kurang aku menulis...so lepas ni korang dah tak tertanya-tanya lagi k..hehe..

nak tengok tak hasil tulisan tangan aku macamne...?cakap cantik sangat...betulx?





tadaaaaaaa......




dah2...aku tahu korang nak puji...:)

sebelum korang komen puji2 tulisan tangan aku..aku terlebih dahulu nak ucapkan ribuan terima kasih...hehe..

perasan tak?mesti memang cantik tul x?

PALING PENTING HARGAI APA YANG KITA ADA K..



11 comments:

! AzzaAzman @ Chempaka Sari ! said...

tulisan kamu lagi cantik dari tulisan saya... sob sob sob...

PeRmAtA bIrU said...

cantiknya tulisan...

Cahaya Qaseh said...

hargai apa yg kt ada.. tul tu.. thx 4 remember me that..

yup, tulisan kamu sgt cantik.. sgt kagum... ^_^

Oh Oeya said...

Kagum dengan awak Sukur :)
Semoga berjaya!

Oh Oeya said...

Choooopppp!!
Kawin jemput eikkk ;)

Cik NurulZaty said...

aah la..tulisan bro sukur lagi cantik n kemas...

Niena Pengembara Ilahi said...

terharu..tulisan sy pn xsecantik itu :)

NasZ said...

tulisan saya tak secantik awak nyer tulisan.

MOHD NASER.com

[sutera kasih] said...

kagum dgn awk :)
betul tu, bersyukur dgn apa yg kita ada..

Mizfantagiro said...

kagum dgn awk! siyess..tulisan awk cantik..kemas.

melody ungu said...

ye..mmg cantek tulisan awk..terbaek lahh.i'm very proud of u :)