Friday, September 30, 2011
~MALAM JUMAAT~
Posted by Mohd Sukur Ibrahim at 12:17 AM 1 comments
Saturday, September 24, 2011
TERFIKIR TAK BAGAIMANA AKU MENULIS??
Posted by Mohd Sukur Ibrahim at 8:41 PM 11 comments
Labels: motivasi
Wednesday, September 21, 2011
BERDOALAH KETIKA HUJAN...
Kekadang terdengar bebelan orang-orang di sekeliling Kita, “Cuaca buruk je akhir-akhir in ye..” Soalnya, kenapa hujan dikatakan cuaca buruk?
Berapa ramai di kalangan Kita yang mengeluh bila Hari hujan? - Iskk, tak kering la baju kalau asyik hujan je.. - Alahai, hujan laaagiiii - Tiap-tiap Hari hujan…susah la mcm in - Payah nak buat apa2 kalau Hujan - Tak boleh balik lagi, hujan!
Bukankah bebelan-bebelan itu lebih baik digantikan dengan DOA : “Allahumma syaiyiban nafi’a” (Ya Allah, Ya Tuhan kami! Jadikan hujan ini bermanfaat buat kami).
Hakikatnya, hujan itu rahmat dan kita juga patut bersyukur dengan apa yang Allah kurniakan.
“Dan Dia lah (Allah) yang menghantarkan angin sebagai pembawa berita yang menggembirakan sebelum kedatangan rahmatnya (iaitu hujan), hingga apabila angin itu membawa awan mendung, Kami halakan dia ke negeri yang mati (ke daerah yang kering kontang), lalu Kami turunkan hujan dengan awan itu, kemudian Kami keluarkan dengan air hujan itu berbagai-bagai jenis buah-buahan. Demikianlah pula Kami mengeluarkan (menghidupkan semula) orang-orang yang telah mati, supaya kamu beringat (mengambil pelajaran daripadanya) .” (Al-A’raf : 57)
Sedarkah Kita? Bila hujan turun, rahmat dilimpahkan buat manusia. Sebab itu, Nabi pun pernah pesan, bila hujan turun, DOA mustajab.
Sekarang ini, di tempat Kita hampir tiap-tiap Hari hujan. Tiap-tiap Hari Ada masa untuk DOA menjadi mustajab. Kenapa lepaskan peluang dengan keluhan sia-sia di saat pintu-pintu langit sedang terbuka?
“Maka Kami bukakan pintu-pintu langit, dengan menurunkan hujan yang mencurah-curah” (al-Qamar : 11)
Maka, BERDOALAH. Semoga Hari ini lebih baik dari semalam. Dan semoga, Hari esok akan lebih baik. Dalam ilmu tasawwuf Dan ilmu-ilmu fardhu Ain lain pun Ada juga mengingatkan Kita tentang kebijaksanaan Allah.
Lihatlah firman Allah yg bermaksud : “Dan Kami turunkan hujan dari langit dengan sukatan yang tertentu, serta Kami tempatkan dia tersimpan di bumi; Dan sesungguhnya Kami sudah tentu berkuasa melenyapkannya.” (Al-Mukminun : 18)
Rupa-rupanya Allah turunkan hujan ADA SUKATAN. Baru Hari ini Kita tahu, bahawa Allah turunkan hujan lebat kepada Kita sekarang ini Ada sebabnya, Ada sukatannya. Kemudian, air itu akan disimpan di bumi. Selama mana? Itu semua rahsia Allah.
“Dan Kami hantarkan angin sebagai pembawa air Dan pemindah benih; maka dengan itu Kami menurunkan air (hujan) dari langit, kemudian kami berikan kamu meminumnya; Dan bukanlah kamu yang (berkuasa menurunkannya atau) menyimpannya.” (al-Hijr : 22)
“Dan Allah jualah yang mengetahui rahsia langit Dan bumi Dan kepadaNyalah dikembalikan segala urusan. Oleh itu, sembahlah akan Dia serta berserahlah kepadaNya. Dan (ingatlah), Tuhanmu tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu lakukan.” (Surah Hud : 123)
Posted by Mohd Sukur Ibrahim at 2:29 PM 2 comments
Thursday, September 15, 2011
RM100K LESAP
apa perasaan korang kalau dirompak hampir RM100k aka RM100ribu? perghhh kalo aku tak tau la nak cakap berapa tempayan airmata habis . kejadian ni berlaku ke atas kenalan yang memang rapat pun dengan aku, sepasang suami isteri
Posted by Mohd Sukur Ibrahim at 9:38 PM 0 comments
Labels: motivasi
Monday, September 12, 2011
PROGRAM MOTIVASI UiTM JOHOR
Alhamdulillah, selesai sudah tanggungjawab memberikan ceramah motivasi di UiTM Segamat, Johor. Jom aku kongsi kan sedikit sebanyak tentang itu.
Posted by Mohd Sukur Ibrahim at 5:41 PM 8 comments
Thursday, September 8, 2011
PRABAYAR DIKENAKAN CUKAI 6%
bersumber di sini mulai 15 September cukai perkhidmatan 6% akan dikenakan untuk pengguna prabayar aka prepaid seperti aku. hahahaha. kata bisnessman sangat tapi guna prepaid.
Posted by Mohd Sukur Ibrahim at 10:00 PM 3 comments
Wednesday, September 7, 2011
SEKILAS RAMADHAN & SYAWAL
Penat dek kesibukan dunia yang tak terkejar *insaf* alhamdulillah, untuk segala rezeki, semoga rezeki itu penuh keberkatan dari Nya
Posted by Mohd Sukur Ibrahim at 2:15 AM 5 comments
Saturday, September 3, 2011
Jurukamera bernamaTV maut ditembak di Somalia
KUALA LUMPUR, (Bernama) - Jurukamera BernamaTV Noramfaizul Mohd Nor, 41, meninggal dunia setelah terkena tembakan curi semasa membuat liputan Misi Kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia dan BAKTI di Mogadishu, Somalia malam ini.
Wartawan BernamaTV Khairulanuar Yahaya yang turut serta dalam misi itu berkata kejadian itu berlaku semasa Noramfaizul bersama rakan media elektronik yang sedang menaiki trak dalam perjalanan ke sebuah pusat komersil untuk menghantar berita telah terkena tembakan curi yang mengenai bahunya dan menembusi parunya.
Kejadian itu berlaku pada pukul 10.30 malam waktu Malaysia, dan Noramfaizul meninggal dunia semasa menerima rawatan pada pukul 11.07 malam waktu Malaysia (Malaysia lima jam lebih awal dari Mogadishu), katanya.
Khairulanuar berkata tembakan itu ditujukan kepada trak tentera kerajaan yang mengiringi pasukan media dalam liputan berita telah tersasar dan mengena Noramfaizul yang duduk berdekatan tingkap.
Misi tersebut yang berlepas pada 28 Ogos dari Kuala Lumpur, dijangka pulang 8 Sept ini.
#takziah dari kami seluruh rakyat Malaysia..bersyukur sangat dengan keamanan Malaysia..
Posted by Mohd Sukur Ibrahim at 2:33 PM 1 comments