Saturday, March 5, 2011

Aku Terpilih sebagai Blog Pilihan BEN ASHAARI hari ini ..sukanyeeee.....


hai korang...(sambil melambai tangan ke skrin..ala2 buat vblog la konon)haha.. hari ni macam kurang biasa lak..kena lepak kat rumah je..sebab kenderaan takde.jadi budak baik saya seketika..hehe..

bila balik dari makan tengahari dengan ousmate tercinta (kitorg naik motor berpelukan tau) jangan jeles..hehe..
aku dapat satu notification dari seorang blogger hebat..

dalam hati aku, apahal pulak ben ashaari ni paste link dia kat aku ni?? selalu nye aku je yang sangat menyibuk paste link kt fb dia..almaklumlaa curi traffic..hehe..aku relax je..tp tertanya2 juga..

takkan ben ashaari nak cakap pasal 500 blog dalam segmen ben ashaari yang pernah aku join dulu????

tak pun segmen Kenangan Ramadhan bersam Ben Ashaari dulu..dah lama sangat kut..bulan ramadhan tu...


ke sebab aku Jatuh Cinta Pandang pertama dengan Blog Ben Ashaari ni...



tiba-tiba!!!!!


~


~


~



aku klik la link tu..mana tahu kisah blogger giler traffic lagi ke..
tak pun tiru gaya blogger poste ke..ben kan macam2..hahaha






tiba - tiba

~

~

~

~




blog aku menjadi blog pilihan ben harini...waaaahhhh...tak ku sangka...ben sudi terjah blog aku yang xseberapa ni..yerla..ben ashaari kan hebat..ala2 abg sasa gitu..sekali pukul aku terus penyek...hahaha

pengsan sebab ben sudi pilih blog aku sebagai blog pilihan harini..


hasil dari terjahan dari pembaca2 ben ashaari..

pengsan 2kali..hehe ..
banyak x org komen..??



pengsan 3kali...
ben ashaari sudi komen kat blog aku beb...
tak sangka ben ashaari ni baik orangnya...
tq ben..luv u..muah2..gahahaah




pengsan 8kali..tq ben..


Friday, March 4, 2011

Kisah Aku anak seorang Tentera Darat

walaupun saya OKU, sejak dari kecil lagi abah dah terapkan cara dan disiplin ala ketenteraan dalam kehidupan. tak suka, terseksa dan memberontak..bila dah besar dan berjaya, baru sedar pentingnya disiplin. terima kasih abah.abah bersara daripada tentera pada 1993 sebagai Pegawai Waren 2..


muka garang abah.

kalau korang nak tahu abah aku ni memang seorang yang garang dan tegas. yerla..seorang pegawai tentera kan? ada karisma dan disiplin yang perlu diterapkan. oleh kerana aku ni anak askar, kehidupan kitorg memang la selalu pindah randah. dari satu kem ke satu kem yang lain. dan bila dah jadi askar ni, tidak lari daripada mengikuti latihan dan kursus yang lama. terpaksa meninggalkan keluarga.

aku pun di mengandungkan di Kem di Kuching Sarawak. tapi di lahirkan di Muar, Johor. dibesarkan dan di beri didikan di Kem Terendak Melaka. mak aku cakap pun, masa aku lahir pun, abah aku ni takde di sisi. pergi kursus. nasib la mak aku ni seorang yang tabah dan kuat semangat.

secara jujurnya, didikan awal ala tentera komando dan askar melayu memang tak boleh lari dari kehidupan aku. pening gak. dari cara bangun pagi.pemakaian ke sekolah mesti kemas dan bersih, cara belajar di sekolah, lepas balik rumah kena buat apa. serta malam hari perlu buat apa.semuanye berjadual.


dan benda paling aku gerunkan adalah peringatan abah aku ni, setiap tahun peperiksaan mesti dapat no 1. mesti ok! kalau tak dapat no 1 walaupun no 2, abah aku takkan datang ke sekolah untuk menandatangani buku rekod. ganas kan??sedih kan kalau mak abah tak datang ke sekolah kalau cikgu panggil. tu yang setiap tahun dapat no 1 kat kelas tu..hehe

merasa la juga pergi sekolah naik trak askar. naik land rover askar. buka boot kasut abah dan sebagainye..


Selamat Ulangtahun Tentera Darat Malaysia.teruskan berjuang! tengah tengok MHI TV3 live at Dataran Merdeka.

sempena dengan Hari Tentera Darat yang di sambut pada 1 Mac setiap tahun, mari kita sama2 memperingati pahlawan2 negara dalam menumpaskan komunis seterusnya memerdekakan negara kita.

aku bangga menjadi rakyat Malaysia yang aman damai dan bangga menjadi anak abah.hehehe.

** banyak aturcara telah disediakan sempena Hari Tentera Darat ni.korang datangla ke Dataran Merdeka k.