Assalamualaikum....
Macam "Istanbul... Aku Datang" lah kekonon tajuk entry hahahha... Excited sangat dengan percutian kali ni sebab dah terlalu lama tak ke negara orang.
Bila ke luar negara, selain dapat meningkatkan semangat untuk terus berjaya dan terus berjaya, aku juga akan pulang dengan penuh semangat kecintaan kepada Malaysia.. Sesungguhnya, Malaysia awesome!
Percutian ni ala-ala diuruskan oleh kak ngah pada awalnya, dia yang tolong book kan tiket flight lebih kurang 5 bulan sebelum 12/10/2012 yang lepas..... masa tu ada promo Air Asia, haruslah berbaloi-baloi...
Kami pergi adik beradik bersama kak Ngah Ijon dan abang Zul.. Ijon paling excited sebab ni kali pertama naik flight, hehehe....
Disebabkan masing-masing busy dengan kerja masing-masing kami memang tak sempat pun berbincang ataupun terfikir nak cari travel agent, main redah je book tiket hotel kat Agoda dan pasrah lah kekonon ada pak cik sedara kat sana boleh bawak jalan2 ...
Lagi beberapa hari nak pergi barulah kiteorang terhegeh-hegeh dan risau tentang percutian kiteorang ni... Alhamdulillah dan nasib baik bila ada kawan yang baru balik dari Vietnam.. memang bertalu-talu soklan aku tanya.. Memang tahap melampau lah aku tanya kawan aku tu macam dia pulak travel agent..hehhehe... So acara redah ke Vietnam memang agak berjaya di sana hehehe.. Terbaik!
Kami pergi 3 hari sahaja.. More kepada bersantai dan melihat negara orang... Jom layan gambar....
Banyak sangat lagi gambar... Tapi cukuplah sampai sini.. Hehehe.. Selain kekangan masa nak menaip dan upload gambar, saya juga taknak nanti kalau Abah terbaca Abah marah sebab menabur duit di negara orang hahahaha. Abah siap sound, kumpul duit pergi umrah lagi bagus. Ok baiklah! Jom berusaha keras dan gigih!




