Tuesday, February 7, 2012

MEE BANDUNG MUAR TERBAIK

Assalamualaikum semua....


Ini entry secara spontan sementara nak tunggu pergi site pasang karpet pukul 10 malam ini di Damansara. Pasang karpet needle punch untuk booth client. Carpet needle punch  pun dikenali sebagai karpet event. Ni contoh karpet needle punch.Karpet paling murah la dalam jenis-jenis karpet.



pelbagai pilihan warna.

~~~~~setel iklan kejap je hehehe~~~~~



Sementara ada sedikit kelapangan, aku update blog dengan ringkas tentang mee bandung muar yang terbaik. Maklumlah baru-baru ni pergi ke Muar, sempat la merasa mee bandung muar yang agak sedap bagi aku hehehe. Makan kat tanjung.

Kenapa AGAK sedap je aku rate? sebab aku memang dah ada tempat favourite mee bandung muar paling sedap untuk saya! Kat mana lagi kalau bukan kat umah saya buatan Mak Esah, ibu Mohd Sukur Ibrahim. Heheheheheh..Mak aku orang Muar. I love u mak!

Em, sekarang memang agak susah nak cari tempat mee bandung muar yang betul2 sedap. Tapi kat Muar memang banyak lah! Antaranya kata Abu Bakar Hanifah, Bentayan dan banyak lagi...

Kalau kat KL cuba rasa di kedai Sri Muar kat The Mall. ecececececce, promote kedai sedara nampak! haruslah!

Ramai juga mengeluh mengatakan mee bandung sekarang manis disebabkan faktor tukang masak adalah orang Kelantan yang manissssss...hehehe...

Jadi, anak jati Muar semua kenalah belajar resepi Mee Bandung muar supaya rasanya kekal asli lagi menyelerakan....


ni mee bandung yang saya makan hari tu....


Ok, jumpa lagi di entry seterusnya. Terima kasih sudi singgah di blog saya!

Sunday, February 5, 2012

SEBENTAR DI MADRASAH AN-NUUR

Assalamualaikum....

Selamat Maulidur Rasul semua...jom sama-sama banyakkan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW. 

~ ~ ~



Hari Rabu yang lepas, 1/2/2012  aku berkesempatan untuk berkongsi sedikit sebanyak pengalaman diri dengan warga di Madrasah An Nuur yang terletak di Kesang Laut, Johor. Memang satu pengalaman yang awesome! 

Pertama kali berhadapan dengan ratusan adik-adik comel yang lengkap berjubah dan berserban bagi lelaki, adik-adik perempuan pulak semua nya lengkap menutup aurat siap berpurdah...jadi mestilah comel juga kan? hehehehe... Sejuk mata memandang.

Satu pengalaman yang pasti terpahat di hati aku.
Perasaan bercampur baur yang sukar untuk aku kongsikan.....biarlah rahsia . Ececece....Yang pasti memang menyeronokkan bagi aku.


Pengetua Madrasah yang berwibawa lagi hebat.


adik-adik dan tenaga pengajar

Rasa amat terharu apabila melihat adik-adik malahan tenaga pengajar turut memberikan tumpuan semasa aku berkongsi pengalaman. Terima kasih.

Aku harap segala yang aku kongsikan sekurang-kurangnya satu semangat yang ada pada diri aku mampu membekas dalam diri adik-adik di sana yang merupakan insan terpilih berada di situ untuk menjadi muslim muslimat sejati. Mampu menyuntik semangat untuk mereka bersungguh-sungguh mencari ilmu di sana untuk bekalan hari mendatang yang pastinya semakin mencabar...


semua pun comel macam saya..eh apakah? hehe


hensem kan pengetua? saya pun sama.ok diam.


Selesai memberi ceramah, aku berkesempatan makan tengah hari bersama-sama pengetua madrasah dan ustaz-ustaz tenaga pengajar di sana. Kagum...sangat kagum.....Tutur kata yang sangat sopan yang turut diselitkan dengan jenaka memang meninggalkan kesan buat aku sendiri. Ok aku sangat over, tengok mereka makan, licin..takde sebutir nasi pun tertinggal dalam pinggan!

 Aku macam malu je tengok pinggan aku yang bersepah-sepah dengan nasi tak habis. Bukan tak habis ~ ~ alasan...alasan
eh betul....aku memang boleh licin kan tapi ambil masa yang sangat lama sebab guna sudu~ ~ alasan...dan alasan lagi..ok jom berubah! habiskan makanan, jangan membazir walau sebutir nasi, makan sebelum lapar berhenti sebelum kenyang!

InsyaAllah jika ada kesempatan nak ke sana lagi berbual dengan ustaz-ustaz di sana. Ada banyak yang ingin dibualkan tapi tidak berkesempatan pada hari tu sebab tiba-tiba kena pergi Kluang. Tenaga pengajar di madrasah ini siap dari luar Malaysia..khas buat mendidik anak-anak di sini.


wajah suci anak-anak kecil.....


Balik dari madrasah tu rasa macam bersemangat nak usahakan D Strike Solution bersungguh-sungguh dan seterusnya maju macam salah seorang penyumbang dana kepada madrash tersebut kaya dunia dan mampu membuat amal jariah untuk bekalan hari akhirat..InsyaAllah..  nak jadi umat Islam yang lebih baik, amalkan cara hidup Islam...walaupun sekejap je kat sana tapi memang rasa ada satu  aura menusuk hati...

Aku nak berterima kasih kepada Pengetua Madrasah An Nuur kerana sudi menjemput aku untuk berkongsi di situ...Buat adik-adik yang memberikan perhatian semasa aku berkongsi rasa, bersalam penuh hormat, juga pelukan-pelukan semangat dari adik-adik semua. Terima kasih dari saya insan picisan...


bersalaman....

aksi ini touching dan comel.thanx!


masa ambil gambar ni aku memang tahan je nak gelak sebab: adik-adik ni excited sungguh nak ambil gambar siap ramai cakap "jangan hadang, tepilah muka saya tak nampak". ok dan aku pun selalu dan memang akan cakap macam tu time nak ambil gambar ramai-ramai. hehe... aku mmg over. budak2 sungguh aku.



 oppppssss....untuk pengetahuan semua aku siap dipaksa oleh pengetua madrasah untuk menyanyi lagu nasyid diiringi alat muzik! kelas kau Maria! Lupa lirik itu kepastian. 


Suara memang sedap pun apa salahnya kita alunkan: Iman adalah mutiara di di dalam hati manusia..

kalau sedap dah lama buat album..apa kan daya album gambar je ada.hahahahha...


pss: Jutaan terima kasih atas jemputan ini Tuan Pengetua! Juga merupakan pembaca blog saya *blushing* hehe