Assalamualaikum...
Tiru tajuk entry Ben Ashaari, buat yang selalu baca blog aku,mesti tahu aku memang ada masalah nak letak tajuk entry! Apa punya masalah entah haha...
Sememangnya aku sangat lah excited dapat jumpa Ben. Serius... Tak sangka Ben sempat meluangkan masa untuk berjumpa dengan aku... Banyak kali sangat dah planning nak jumpa, ada sahaja aral melintang... Masa nak jumpa ni macam senang je... dah jodoh untuk berjumpa kan... Best!
Qhaliff pun ada... memang comel macam aku jugak. haha kata rakan sebaya
Banyak ilmu yang Ben kongsikan, tidak lupa nasihat-nasihat makan dalam untuk aku yang terlalu rajin update blog ni hahaha... Ye la, Ben setiap hari sekurang-kurangnya ada 3 entry, aku ni 3 minggu sekali pun belum tentu ada satu entry. Wahaha! Jadi Ben ada bagi tips macam mana nak atasi kelembapan aku menghasilkan entry untuk bacaan semua...
Sebenarnya bila difikirkan balik aku bukan lah 24jam sehari tu betul betul bekerja keras, ada juga masa meroyan di twitter mahupun menjadi stalker di FB keh keh keh! Jadi memang betullah apa yang Ben bagitahu semalam... Kata Ben aku punya aura tersendiri untuk terus menyerlah dalam dunia blogger cuma aku yang mensia-siakan peluang tu huhu...
Sungguh rasa berbesar hati dapat jumpa Ben, Qhaliff dan Isteri nya.. dasyat juga penangan menjadi isteri Blogger popular...Dapat ambil gambar kerusi wife Ben duduk je hehehe...
Memang aku berharap penulisan aku ni memberi faedah kepada semua. Bila korang rasa perlukan motivasi, bukak je mana-mana entry aku. Harap-harap korang dapat sesuatu.. Aku selalu pesan setiap kali dalam ceramah jangan fikir macam mana aku dapatkan ijazah dulu, macam mana aku uruskan perniagaan aku sekarang, cukuplah korang fikir macam mana aku uruskan diri aku sehari-hari. Nak duduk atas kerusi pun aku kena berusaha bersungguh-sungguh untuk duduk atas kerusi. Siapa peduli masa umur aku 28 tahun ni masih lagi jatuh semasa cubaan nak panjat atas kerusi. Alah bisa, tegal biasa! Itu je. Setiap hari kita semua akan berdepan cabaran, yang berbeza hanyalah apa cabarannya! Yakinlah Allah beri atas apa yang termampu untuk kita hadapi okey....
Hehehehe....
Aku memang sangat terhutang budi dengan Ben sebab beliaulah aku mula dikenali dalam dunia blog ni hampir 2 tahun yang dulu... Masa tu blog aku terpilih sebagai blog pilihan Ben Ashaari.. Memang follower naik kebabom... Cuma aku tak guna kan peluang tu sebetulnya untuk terus dikenali. huhu.. Tapi alhamdulillah, dari situ banyak kawan alam maya yang aku kenal dan masih ramai antara mereka yang jadi pembaca setia blog aku. TQ Ben!
Nak harapkan penulisan aku semata-mata memang nan hado. Lagi-lagi sekarang ni aku kurang sangat blogwalking, tak sempat sungguh! Yer la sepanjang wujudnya blog ni, pelbagai fasa kehidupan yang aku dah lalui, sekarang memang dalam fasa untuk stabilkan perniagaan yang aku bina sendiri. Jadi boleh dikatakan perniagaan aku memang memiliki diri aku sekarang. Kawan-kawan semua doakan perniagaan saya bertambah maju dan lebih diyakini oleh semua orang.
Okey semua...jangan ingat aku pergi jumpa Ben tanpa sebarang persediaan, aku siap masuk gym tau supaya Ben nampak usaha aku di ketulan-ketulan otot tangan aku baru lah sama macam Ben.. berketak-ketak gitu!
Memang khas demi untuk jumpa Ben:
Tengok muka bersungguh-sungguh tu dan pipi kekembongan.. hoi! 25kg tu... (Ben gelak je 25kg ni)
mujurlah ada perut hahahaha.... boleh tumpang landing kannnnn....
benda alah ni ko kena tolak ke bawah buka ke atas..nampak benor menipunya hahahhaha...
hehehe.. yerp tipu sebenarnya saya pergi pasang karpet kat gym je pun. Apa lagi bergambar sakan lah kan... hehehe..
TQ Ben, semoga perkenalan kita membawa kebaikan yang berterusan! Sememangnya ramai sangat blogger naik dan fofular dengan segmen Ben Ashaari! Memang superb la usaha beliau.. Jadi pastikan anda terjah blog beliau setiap hari. Santai ok!
12 comments:
Terima kasih sukur ! Sememangnya blogger beraura dasyat seperti bro amat diperlukan dlm dunia maya ni .. Bukan apa , ada manusia mampu disuntik semangatnya hanya dgn kata kata saja .. dan org yg mampu buat gitu tak ramai ..
Apa pun sukur, semoga terus sukses yer ..
besttnya dapat jmpa dia..
smga maju jaya ..amin
wah bestnya dapat jumpa abg ben .. heheh .. bw sini .. #1318 :)
salam sahabt, dtg ziarah dn follow sahabat..
wah..dapat jumpa ben :)
mesti banyak tips kan ..
wow ~ best2.. teringin gak nk jumpa bro ben ngan bro sukur... bila la agaknya kan...
salam ziarah, seronok dpt jumpa Ben sekeluarga kan, mmng baik hati dan bnyk membantu dlm dunia blogging ni...akak terhutang budi dngn Ben, beliau tak lokek ilmu...banyak ilmu yg di kongsikan bersama...moga M.Sukur terus sukses...salam maal hijrah 1434H..
bakat yg ade perlu diketengahkan.. untunglaaa..haha
Salam,
lama tak jenguk ATA.
IM pernah kalah dengan Ben dalam pertandingan blogger suami pilihan anjuran blogger Malaysia.
IM dapat tempat ke 4 jer...
Tapi IM jarang baca blog Ben. tak tau kenapa..
wahh terbaiklah dpt jumpa blgger hebat 👍
Huhu salam kenal.. terharu je entry ni.. teruskn berblog.. penulisan pon xdepon boring.. semoga lbh maju n dimudahkan.. btw part puncline terakhir tu berjya..:D lucu
Post a Comment