Friday, November 16, 2012

PERCUTIAN PENDEK DAN JIMAT!

Assalamualaikum...

Masa cuti Deepavali yang lepas, aku berkesempatan lah pergi bercuti ke Genting Highland. Memang last minute punya planning.

Masa tu ingatkan nak ke tempat-tempat yang mendamaikan dan yang paling penting dekat dengan KL, aku memang taknak habiskan masa utk perjalanan sahaja.

At last, aku pilih ke Genting Highland atas 2 SEBAB UTAMA selain tempat tu sejuk! Aku suka sejukkk!

1. DEKAT (45 minit je dari KL Sentral ke Genting Skyway)
2. JIMAT (RM21.60 tambang pergi balik naik bas dan SKYWAY/pax)


Disebabkan saat-saat akhir punya perancangan ditambah pula dengan cuti umum sempena Deepavali memang terbaiklah jugak bila aku pilih nak naik pengangkutan awam...

Ada di komuter Serdang pukul 830pagi, dapat naik komuter pukul 930 pagi.. Walaupun gerabak dah baru dan interior nya cantik dan awesome sungguh, jadual perjalanan masih sama macam 4 tahun aku naik dulu. Saya doakan pengangkutan awam di Malaysia ditambah baikkan dengan sewajarnya... Sejam membazir masa menunggu komuter, sebab tu ramai lebih rela bersesak dalam jam dijalanraya dari bersesak dan sakit hati tunggu komuter yang diluar kawalan kita...


Sampai je KL Sentral, terus ke kaunter Go Genting. Tiket pergi yang paling awal hanya ada pukul 1230 tengahhari..Masa tu baru pukul 1030 pagi.. Jadi kami tunggu je kat KL Sentral sambil melahap Brunch kami hehe..

Oh jangan lupa, tiket balik kami dari Genting ke KL Sentral pula pukul 6.00 petang. Masa terlalu singkat tapi kami redah je sebab memang nak bercuti suka-suka!

Sampai je kat Lower Skyway tu memang ya ampun apabila ada selautan manusia tengah beratur... Huaaa.. 30 minit beratur dan sejam diruang menunggu! Terima kasih atas keprihatinan anda.

saya di ruangan menunggu... sejam okey....



ni tourist dari India.. Dia Muslim, masa naik tu dia banyak sangat sebut Alhamdulillah dan Subhanallah.. 


Best sungguh perasaan naik Cable Car ni! Memang gayat.. paling gayat masa nak turun lah... Hehehe..memang kecut la apa-apa yang boleh kecut!

Sampai je Genting Highland memang takde apa yang mampu aku main sebab masa memang tak cukup, jadi hanya pergi masuk Snow World RM25/pax. Murah dan memuaskan hati. Best bila dapat main gelongsor dalam tayar tu dalam Snow World tu... biasanya jarang aku dapat main atas sebab keselamatan... Memang awesome!


hirup udara Genting... sonot nyerw!

manusia pelik macam aku memang akan jadi perhatian, kata comel sangat!



Dalam Snow World pun lebih kurang 30 minit je lepas tu amik gambar kat kawasan sekitar. Pukul 5.00 petang dah pergi Skyway nak turun ke bas pulak...


hanya tengok dari kejauhannnn huuuuuuu

tanda GEnting!


Walaupun sekejap sangat tapi seronok sangat! Yelah pergi bercuti dan bergembira! Jadi sempena cuti sekolah ni, ramai-ramailah memeriahkan industri pelancongan di Malaysia.. Banyak tempat yang memang murah untuk kita sampai ke sana.....

Sila bawa bekalan makanan secukupnya bagi yang nak berjimat cermat macam aku hehehe.. Air Ribena RM5.50 yang 450ml tu... Apam Dorayaki RM7 untuk 4 pieces. Wahahaha.

8 comments:

Anonymous said...

cuti-2 malaysia,hehe..
indstri pelancgan di malaysia pun dah terbaik kan..

aeinio said...

seronoknya... aktif balik ek...!!

M@M@ SH@RIDZ said...

walau pun kekurangan, akak tak nampak kekurangan mohd sukur. terus hidup seperti orang lain dan selamat maju jaya dalam apa jua bidang adik.

nasir hamzah said...

Wah seronok ler dapat pi genting, saya pun penah jejak kat genting tu, mesti sejuk banget kat sana.. insyaAllah sy akan smpai juga satu hari nanti...

LadyBird said...

ala bestnye..
xpernah pergi lagi..
kalau pakai kusi roda leh pergi tak?
sebab skrg sdg belajar gune kerusi roda atas mslh2 tertentu.. hehehe..

kembaradunia said...
This comment has been removed by the author.
TIM CM said...

Sebenarnya percutian di malaysia ni terlalu murah dan jimat.Apa yang penting planning

Anonymous said...

salah satu tempat yang menjadi kegemaran untuk bertandang selain cameron highland saya memang suka tempat bukit bukau anak orang kampung katakan