Friday, December 14, 2012

PERJUANGAN 2012

Assalamualaikum...


Kepada pembaca setia, ribuan ampun dan maaf di minta kerana ternanti-nanti nukilan dari aku. Banyak sangat cubaan menulis blog telah dilakukan namun semua hanya tinggal tak tersudah dalam draft.. Perkahwinan Bro Framestone femes emes tu pun aku tak update lagi *CONGRATS BRO*. Terlalu sibuk dengan perkara lain... Pelbagai kisah nak dikongsikan, apakan daya huhuhu...

ini bukan broframestone, ini sepupu aku kawen. aku mengambil berkat! 
(gambar Bro semua dalam Note)



2012 semakin melabuhkan tirai, seperti bergenang nya air mata aku masa Fadli Shas dibuang padang semasa menentang Thailand semalam. *emo* begitulah juga bergenang nya air mata aku bila memikirkan 2012 dan makin melabuhkan tirai.

Masih banyak perjuangan yang belum diselesaikan. Salah satunya mestilah perjuangan untuk menyunting bakal isteri. wahahahahaha.... Pelbagai usaha dilakukan namun nampaknya, belum mendatangkan hasil terbaik. InsyaAllah soon... Doakan aku dikurniakan jodoh terbaik yang menerima aku apa adanya...

Alhamdulillah untuk perniagaan yang semakin melangkah maju. Perniagaan yang bukan diwarisi, tapi atas titik peluh dan susah payah yang sama2 kami lalui. Pejam celik-pejam celik bakal masuk ke tahun yang keempat. D Strike Solution, perniagaan yang keempat bagi aku selepas 3 kali terkandas dalam perniagaan lain.. Stylo! Hahahaha... Sekarang boleh la gelak-gelak dulu nak lalui situasi terkandas memang menangis. Alhamdulillah. Pentingnya BERTAHAN UNTUK BERJAYA. Doakan aku untuk terus bertahan menjadi kuat dan tabah, berjaya dan diberkati Allah.

Melayan kerenah pelanggan yang kadang kala memang mecabar kesabaran mental dan fizikal. Aku mohon pada semua untuk tidak berlaku zalim pada sesiapa. Pedihnya menjadi orang teraniaya memang menguji! Alhamdulillah atas kesabaran dan kemudahan jalan yang Allah berikan pada aku. Sila yakin satu pintu kebahagiaan/ kegembiraan ditutup untuk kita, ada 9 pintu kebahagian/kegembiraan lain yang terbuka buat kita. Cuma bila kita terlalu meratapi dan menangisi satu pintu yang tertutup kita terlepas pandang pada 9 pintu yang lain. Allah Maha Adil!

Bagi bidang ceramah motivasi pun dan semakin ala-ala retis.Hahahaha... Terima kasih sangat sudi jemput dan beri kepercayaan kepada aku. Minta maaf untuk beberapa jemputan yang terpaksa ditolak atas sebab keutamaan yang harus aku berikan pada D STRIKE SOLUTION. InsyaAllah, apabila dah ramai pekerja dan tulang belakang yang boleh dipercayai, aku pasti akan sangat rancak dalam bidang diatas pentas walaupun bukan penyanyi. eh! hehe. Tak sangka memang terlalu banyak jemputan yang diterima. Terima kasih uollss.

retisssss uolssssss hahaha..motiffff gambar??? saja jadi blogger poyo hehe


kita sama matrik melaka ye? tq kenal saya (jemputan dari Petronas)

jemputan dari PIS (Politeknik Ibrahim Sultan)

persembahan dari aku, bila lagi nak menyumbangkan suara hehehe..

malu i dikelilingi wanita. dieorang nak sangat bergambar, terpaksa layan kan hehehe *lempang*



Perjuangan 2012 masih berbaki beberapa hari, jadi jom sama-sama berjuang untuk selesaikan segala apa yang telah kita perjuangkan bagi tahun 2012!

Dengan segala kelebihan yang Allah kurniakan kepada kita, berjuanglah untuk berjaya! Atas segala kekurangan, terima dan perbaiki kerana kita hanyalah hambaNya yang pasti ada kekurangan.

4 comments:

KuNanGKuNanG said...

moga cpt dipertemukan jodoh dan success selalu..amin..:)

AZNI BINTI MAT ISA said...

salam adik.
akak selalu jer kagum dengan awak ni taw tak. U always konfiden. Siap ada ramai jelitawanss mengelilingi u,.kelas gittew!hehe.

Keep the good writing all from your heart.

mjay said...

as salam. bila boring aunty tgk2 blog n jumper blog ni. very nice blog. tahniah atas ketabahan shukur. doa aunty moga awk terus berjaya d dunia dan akhirat. in shaa ALLAH satu masa nanti DIA akan menganugerahkan jodoh terbaik buat mu.tq

Unknown said...

Assalamualaikum...En.Mohd Sukur Ibrahim...saya merupakan Majlis Pewakilan Pelajar Politeknik Ibrahim Sultan...saya berhajat untuk menjemput en utk program-program yang akan kami rancang tak lama lagi...bagaimana untuk saya contact Encik...