Assalamualaikum semua!
Azam tahun 2012 saya hanya satu je...nak berkahwin...sungguh-sungguh ni tau...sebenarnya ini adalah azam tahun lepas, namun belum rezeki lagi jadi, haruslah saya bersabar dan berusaha untuk tahun ini pula...semoga Allah permudahkan urusan dan niat murni saya ni...
Kenapakah aku begitu gedik nak kahwin ni? Sorry! Bukan gedik tapi:
Perkahwinan adalah ibadah dan kelangsungan kepada sunnah Rasulullah SAW. Perkahwinan adalah kerja 'membina masjid' dan adalah amal yang mulia lagi besar pahalanya. (Majalah Anis bil 172)
Kamu semua doakan aku ye!
Jom aku kongsikan Tip-tip untuk mempercepatkan jodoh yang diberikan oleh oleh ustazah Dato' Siti Nor Bahyah Mahmood dalam Majalah Anis untuk sama-sama yang belum sampai jodoh amalkan. .. USAHA KAN TANGGA KEJAYAAN!
1. Berdoa selepas solat lima waktu
-berdoalah dari sekarang kerana doa perlukan masa untuk dikabulkan
2. Berdoa pada waktu malam
3. Doa ibu-bapa
4. Puasa pada hari lahir
-puasa ini dipanggil puasa hajat, pada hari tersebut kita dilahirkan dalam keadaan bersih tanpa dosa. Jadi berpuasalah supaya hajat kita dikabulkan dan dipermudahkan
5. Solat sunat taubat
- Disarankan agar melakukan solat sunat Taubat terlebih dahulu pada waktu tengah malam sebelum berdoa agar diringankan jodoh yang terhalang
tak sabar nak beli 3 cincin, risik>tunang>nikah
6. Pohon restu ibu bapa
-Tanya ibu bapa terlebih dahulu apabila sudah berkenan pada seseorang. Mungkin getaran hati ibu memberikan isyarat jodoh yang terbaik buat kita. Namun, jika ibu bapa tidak bersetuju dengan pilihan yang dibuat sedangkan dia baik untuk kita, disarankan supaya memujuk ibu bapa dengan baik. Berdoalah supaya Allah SWT melembutkan hati mereka agar menerima pilihan kita seadanya
7. Amalkan doa-doa pilihan
- Antara yang boleh diamalkan Surah Yusuf ayat 4untuk memudahkan dan mendapat jodoh yang baik
- Surah al- Qasas ayat 24 kerana doa ini adalah untuk sesuatu hajat yang dirasakan amat mendesak
8. Solat hajat
-pohon agar dipermudahkan dan dipertemukan dengan pasangan yang baik dunia dan akhirat
Memang benar, jodoh pertemuan, ajal dan maut di tangan Allah tapi berusahalah untuk mencari dan menjejaki pasangan anda
Dianjurkan juga untuk mengamalkan surah Yunus ayat 81 untuk membatalkan sihir dan ilmu hitam, kadang-kala ia adalah antara faktor jodoh terhalang
jari saya tak panjang untuk masuk cincin, jam pun boleh kan?
pss: buat bakal isteri yang tersayang, semoga Allah permudahkan urusan kita.
JOM BELI TUDUNG DARI ROPOLROPOL.COM. FESYEN TERKINI DAN MENAWAN
JOM BELI TUDUNG DARI ROPOLROPOL.COM. FESYEN TERKINI DAN MENAWAN
10 comments:
heee..kalau dh ade calon, jgn tggu lama2.. :)
jgn lupa jemput..hehehe :P
ececeyyy...insyaAllah..amin3x!
sdang sabar menanti jodoh..huhu..moga doa sy dimakbulkan Allah..amin..
samalah kita.... ahahah.. aku doakan kau mendapat jodoh.. Amin...
insyaallah..duit dh cukup,calon pun dah ade.org kate dah cukup haul la nk kawen!hehehe.
allahamdulilah...semoga semuanya berjalan lancar...cepat2 kawen...
sapa calon sukur... intro la kat sedara mara weh
laaa apsal tak bitau b4 aku kawen dulu? :P
siap ada tips nih..best2..thanks share info..
btw do follow my blog ye~
lady doakan awak dipercepatkan jodohnya.. mendapat jodoh yang baik.. peneman dunia dan akhirat.. ameeeennn..
doakan tuk lady juga tau..
Post a Comment