Alhamdulillah.syukur....ucapan yang aku harap tidak lekang dari bibir dan hati aku... 10 Januari 2012, dan aku masih bernafas....menutup tirai 2011 sepuluh hari yang lalu dengan penuh rasa rendah diri dan keazaman untuk menjadi lebih baik buat 2012.
Sangat sibuk sejak penghujung 2011 sebab salah seorang tulang belakang company aku terpaksa pulang ke kampung atas alasan kesihatan, sama-sama doakan beliau cepat sembuh.. Bila dah tak da depan mata baru rasa betapa pentingnya setiap orang yang selama ini ada disisi kita. Banyak juga tak terkejar, namun selagi mampu Insyaallah aku buat yang terbaik untuk semua. Memang balik rumah untuk tidur dan mandi je..
Alhamdulillah untuk 2012, dah dua ceramah motivasi yang aku jayakan. Pertama di Kolej KFC dan yang kedua untuk SPAD (Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat)
pelajar-pelajar kolej KFC..abisla lepas ni gemuk semua sebab selalu makan ayam kfc..:)
staf SPAD yang banyak pengalaman hidup pun sudi mendengar perkongsian saya..
Untuk perniagaan pula, alhamdulillah, ada rezeki buat aku yang berusaha sangat gigih. D Strike Solution aku harapkan akan lebih maju dan berjaya..nak juga merasa close projek ratus-ratus ribu dan juta juta..belum pernah rasa lagi dan sangat ingin merasa..korang doakan tau hehehehe...
Sesiapa yang perlukan perkhidmatan membeli dan memasang karpet sama ada karpet pejabat, kArpet surau, karpet masjid ,rumah, spa dan lain lain boleh la hubungi aku... aku juga adalah penjual pelbagai jenis kanopi dan peralatan terus dari kilang. Harga yang aku tawarkan sangat berpatutan dengan perkhidmatan yang terbaik hehehehe (over yer t-up diri) Untuk pertanyaan lanjut boleh lawat blog perniagaan aku atau hubungi terus aku okeh!
saya bukan sahaja seorang bos yang baik hati, malah seorang pekerja yang rajin..wink2..:)
Untuk diri sendiri pula, kecik hati ya tuan-tuan dan puan-puan bila azam tahun 2011 nak kawen tak tercapai, mari berusaha untuk 2012 pulok!
Ok, tolong gembira untuk aku yang sangat gembira sebab berjaya update entry pertama 2012 selepas 10 hari...
7 comments:
respek la ngan abang nih =)
syabas..same2 kte doakan yg terbaek utk msg2 ye..mge segala urusan d permudahkan..n mge azam nk berkawen taon 2012 tercapai..klu jd jgn lupe jmput sume followers hehehe
oh semoga tercapai hajat nak berkahwin pada tahun ni (ayat nak novel)..=p Amin..
sangat comel!bila nk jumpa kan, rindu gila dgn 'sharing is caring' mq sukur tu..sori 'mq' word tu ssh nk buang la..klu buang nk pgil ape lak kan..xmgkin abg!hehehe!
salam, ada kesilapan.. S.P.A.D. adalah akronim untuk suruhanjaya pengangkutan (bukan perkhidmatan) awam darat.
harap maklum
terima kasih...tak perasan..hehehe
selamat maju jaya.. teruskan jadi hebat..
Post a Comment