Monday, October 31, 2011

INSPIRE ASIA 2011


Mari bersemangat untuk berkongsi tentang Inspire Asia 2011. Sebenarnya, aku sangat terharu dan tersentuh hati apabila aku dijemput untuk menjadi antara salah seorang speaker untuk pogram tersebut. Dalam rasa terharu tu aku memang sebenarnya cukup bersemangat untuk berkongsi pengalaman dan kekuatan diri dengan semua yang bakal mendengar.

berjalan penuh gaya..:)
Pukul 7 pagi aku da keluar dengan harapan nak jadi antara peserta juga dalam program Inspire Asia 2011. Speaker yang hebat-hebat, jadi aku mestilah amik peluang ni untuk belajar dari mereka, antara speaker yang terlibat Datuk Dr Palan , Dato’ Mahathir Lokman dan Datin Paduka Marina Mahathir..

MC of the day...


saya encik Penceramah...;p
Namun apa kan daya, selepas sesi pertama oleh Dato Dr Palan, aku terpaksa keluar, telefon berdering-dering. Mana tau ada projek juta-juta nak dapat (layan kan aje). Perniagaan aku sekarang memang keutamaan. Punca rezeki dari Allah buat aku, menjadi penceramah motivasi adalah minat aku yang mendalam. Tamak kan?

aku di apit 2 speaker hebat


makan time
Selepas makan tengah hari, aku tekad memberi tumpuan penuh pada setiap sesi yang tinggal. Mendengar kata-kata dari Dato’ Mahathir Lokman yang sememangnya dikenali seluruh Malaysia mahupun dunia dengan kehebatan beliau sebagai pengacara majlis serta menguasai 7 bahasa.


dato' dale dan bakal dato' sukur...:)
Beliau berkongsi kisah hidup beliau yang pernah melalui detik2 sukar antara tanggungjawab buat negara dan keluarga. Betapa sifat profesional serta tanggungjawab dalam kerjaya itu perlu dititikberatkan. Beliau memang family guy, sama macam aku haha. Masa kerja, kerja bersungguh –sungguh dan berdedikasi, bila masa untuk famili, pastikan sangat berkualiti masa itu.Tiba-tiba rindu mak.

sesi ceramah ku...best!
Lepas giliran Dato’Mahathir Lokman, tiba lah giliran aku, bercakap dihadapan lebih 100 hadirin.Apa yang aku kongsikan adalah kesimpulan ringkas hidupnya aku di bumi Allah ini. Memberi ingatan buat hadirin juga diri sendiri kehidupan ini satu bonus yang perlu dimanfaatkan sebaik mungkin walau apa pun situasi kini dan mendatang. Every single thing that we have is a great bonus!

menerima cenderahati
Sesi terakhir disudahkan oleh Datin Paduka Marina Tun Mahathir yang sememangnya terkenal dengan penglibatan sebagai aktivis HIV/AIDS. Memperjuangkan hak-hak penghidap HIV/AIDS yang sewajarnya dilayan seadilnya sebagai manusia. Lantang meluahkan setiap yang dirasakan perlu. Memang bersuara lantang itu perlu.

datin paduka Marina Mahathir
Secara keseluruhan, Inspire Asia 2011 sangat memberikan inspirasi buat aku sendiri untuk terus maju dalam bidang yang diceburi. Menjadi insan yang mampu memberi impak untuk negara Malaysia tercinta.
terima kasih kepada kak Yanie...
insan yang bertanggungjawab dalam menjemput aku menjadi Penceramah..
untuk pengetahuan semua, kak Yanie ni jumpa aku di blog...
terima kasih blog ku...:)

Wednesday, October 26, 2011

Vokal Bukan Sekadar Rupa..



sebuah rancangan realiti terbaru TV3 ni memang menarik minat aku
untuk menulis sesuatu..ermmm...

tema rancangan Vokal bukan Sekadar Rupa ni khas untuk mereka yang tidak mempunyai pakej yang menarik la..ala2 tak hensom dan tak cantik..tapi mempunyai suara dan vokal yang best..

biasala bila rancangan realiti mesti banyak adengan drama
yang biasa2 kita lihat sebelum2 ni...

kalau nak tribute dalam rancangan ni mesti kena cerita pasal keburukan la..orang kutuk takde pakej artis la..tak cantik la..tak hensom la..orang tak nak dengar nyanyian la..
yeke???

ermmm..bagi aku, dah takde pakej artis tu..tak payah la yer jadi..
banyak lagi kerja lain yang tak perlukan pakej kamu tu...


KENAPA aku nak masuk rancangan Vokal Bukan Sekadar Rupa???

Apala korang ni..soalan tu korang pun dah ada jawapan...

aku mesti la mempunyai vokal yang merdu..ala2 Anuar zain..itu sapa yang pernah pergi karaoke dengan aku je tahu...hehe..

rupa?? kenapa sebab besar aku tak pergi ujibakat haritu ni la...
sebab aku memang ada vokal..tambahan aku ada rupa..so tak boleh masuk..
hahahahaha

perasan 8x..sudah la sukur...

tak caya tengok gambar ni...



tengok cara aku buka mulut pun dah tahu suara merdu..tul tak?
belum dengar betul2 suara ni...


nak dengar suara???

aku sempat rakamkan sikit suara aku ni..korang dengar la..
tak payah azmeer ataupun erra fazira..korang pun memang akan pilih aku...hahaha





haa....betul kan..best suara aku...
dengar boleh..kutuk jangan...hahaha..

aku yang perasan....

Friday, October 21, 2011

Pengajaran budak kena langgar di China...


Tau tak ? Kenapa Tiada Sesiapa Membantu Budak 2 Tahun Yang Digilis Di China?

Admin yakin ramai rakyat Malaysia ingin tahu kenapa semua orang hanya mampu memandang dan langsung tidak berusaha membantu budak berumur 2 tahun yang dilanggar di China baru-baru ini.

Korang rasa kenapa dan mengapa ianya berlaku?

Jom kita baca...

"Semenjak 17 Oktober , memang kecoh pasal video dimana seorang budak 2 tahun kena langgar dengan van dan lori tapi malangnya takde seorang pon yang peduli. Budak malang tu dah terbaring berlumuran darah tapi orang yang lalu lalang tu buat tak tau jer...

Video tersebut tersebar dgn cepat dan ramai yang marah dengan kejadian ni... Kejadian ini berlaku di China dan bukan di Malaysia.

HOT fm buat topik pasal ni...so citer nih memang hot lah
Sekarang admin nak cerita fakta sebenar dan boleh juga dikatakan peringatan pada korang yang nak pergi ke China. Kalau korang nak tau sekiranya jumpa or ternampak orang lain dalam kesusahan seperti seorang makcik terjatuh basikal, atau budak kecik dipukul or dibuli ataupun ko nampak seorang tua yang tibe2 diserang sakit jantung,

Sila jangan tolong..ASAL?

PERINGATAN. JANGAN TOLONG! Nak tau kenapa? Sebabnya bila korang tolong, orang itu dah menjadi tanggungjawab korang. Contohnya, kau nak tolong makcik yang jatuh basikal tu, katakan makcik tu patah kaki, maka korang yang kena tanggung sume kos perubatan die sbb korang yang tolong dia...

Ataupun korang akan disaman oleh anak makcik tu sbb korang lah penyebab mak die jatuh. Inilah faktanya di China. Nilai moral dah takde. Mereka akan pentingkan diri sendiri sebab kalau mereka tolong pun mungkin mereka yang akan tanggung akibatnya. Ini Serius, Cerita ini diceritakan dalam akhbar cina minggu lepas.
Dalam akhbar tersebut penulis memberitahu ada seorang askar menolong seorang tua yang terjatuh secara tiba-tiba.. Kerana prihatin takde org lain nak tolong maka askar ni pon naklah bantu tapi anak org tua ni nampak die pegang mak die so die tuduh askar ni yang tolak mak dia. So askar ni kena saman dan terpaksa menanggung kos perubatan org tua tersebut..
Akibatnya die kena buang kerja. Jadi kes budak yang kena langgar ni pun sama. Baik biarkan jek budak tu sbb kalau tolong and jadi pape yang lebih teruk kat budak tu, diorang yang kena tanggung.

Nak tahu tak apa yang pemandu van tu cakap pasal die langgar budak perempuan tu?

Mula-mulakan pemandu tersebut dah terlanggar budak tu and die berhenti kejap sebab perasan die langgar budak.

Masa tu budak tu berada di tgh2 antara tayar depan dan belakang. Die terfikir kalau budak tu mati,

die cuma perlu bayar denda lebih kurang RMB10,000- RMB20,000 je tapi kalau budak tu hidup diakena tanggung akibatnya seumur hidup so die teruskan langgar budak tu dengan harapan budak tuakan mati. Itulah undang2 di China yang mana kalau langgar mati lebih senang nak kira drpd langgarhidup. So sekarang pemandu van tu sangat berharap yang budak kecik ni akan mati..

Terukkan? Ini bukan tipu tau tapi seperti yang tertulis dalam paper cina hari ni...

Admin berbalas pesan nih "Jadinya kalau sampai di China" ingatlah !

JANGAN TOLONG kecuali family korang sendiri...

Semoga perkara ini takkan terjadi di Malaysia tercinta ini...

Kesimpulannya, di mana saja, manusia semakin hilang pertimbangan diri.

Dunia semakin kejam dan tak berperikemanusiaan~

So terjawab lah persoalan tao yang dulu dimana seorang lelaki mengambil kesempatan tetak perempuan pengsan selepas bergaduh dan xde sape yang ambil tindakan.

Wednesday, October 12, 2011

SALAH KAH AKU?




pss:salah kah aku menjadi comeyl? haha

Sunday, October 9, 2011

KAITAN BAJET 2012 DAN AKU...


tak nak pertikai kan apa yang telah di wawarkan
oleh Perdana Menteri tentang Bajet 2012 pada Jumaat lepas..
aku terima seadanya walaupun tiada apa pun perkembangan
yang drastik dilakukan oleh pemerintah bagi
memajukan golongan OKU...

mungkin golongan OKU hanya golongan minoriti yang
boleh dilepas pandang..
nak buat cmne kan...

setakat nak complain itu dan ini..tak guna juga..
yang penting life must go on!!!
berusaha sendiri untuk majukan diri sendiri..
tak perlu harap sesiapa untuk bagi insentif itu dan ini..



yang pasti tahun depan adalah tahun yang lebih sibuk untuk aku..
banyak benda yang aku nak lakukan..dan paling penting..
nak lakukan dengan perancangan dan pengurusan yang rapi..
insya allah syarikat aku D STRIKE SOLUTION akan lebih maju..

kawan2 yang baca blog ni..kalau ada apa2 projek berkaitan apa yang aku lakukan..boleh la menghubungi ku..insya allah akan bagi yang terbaik..

kepada golongan yang dapat insentif kerajaan pada bajet 2012, bersyukur lah k..
sesungguhnya korang golongan bertuah yang diberi perhatian oleh Kerajaan...
jangan 'dah bagi betis nak peha'...
ada golongan lain lagi tak dapat apa2...
buat keje dengan sebaik dan seikhlas mungkin...

chaiyok!


Thursday, October 6, 2011

SYAITAN PUN TAKUT

Ada seorang manusia yang bertemu dengan syaitan di waktu subuh. Entah bagaimana awalnya, akhirnya mereka berdua sepakat mengikat tali persahabatan. Ketika waktu subuh berakhir dan orang itu tidak mengerjakan solat, maka syaitan pun sambil tersenyum berkata, "Orang ini memang layak menjadi sahabatku..!"

Begitu juga ketika waktu zohor orang ini tidak mengerjakan solat, syaitan tersenyum lebar sambil berkata, " Rupanya inilah bakal sahabat sejatiku di akhirat nanti..!"

Ketika waktu asar hampir habis tetapi sahabatnya itu dilihatnya masih juga terlalu asyik dengan kegiatannya, Syaitan mulai terdiam......

Kemudian ketika datang waktunya maghrib, sahabatnya itu ternyata tidak solat juga, maka syaitan nampak mulai gelisah, senyumnya sudah berubah menjadi kecut. Dari wajahnya nampak bahawa ia seolah-olah sedang mengingat-ingat sesuatu.

Dan akhirnya ketika dilihat sahabatnya itu tidak juga mengerjakan solat Isya, maka syaitan itu sangat panik. Ia rupanya tidak lagi dapat menahan diri, dihampirinya sahabatnya itu sambil berkata dengan penuh ketakutan, "Wahai sahabat, aku terpaksa memutuskan persahabatan kita !"

Dengan kehairanan manusia ini bertanya, "Kenapa engkau ingkar janji bukankah baru tadi pagi kita berjanji akan menjadi sahabat?". "Aku takut !", jawab syaitan dengan suara gemetar. "Nenek moyangku saja yang dulu hanya sekali membangkang pada perintah-Nya, iaitu ketika menolak disuruh sujud pada Adam, telah dilaknat-Nya; apalagi engkau yang hari ini saja kusaksikan telah lima kali membangkang untuk bersujud pada-Nya. Tidak terbayangkan olehku bagaimana besarnya murka Allah kepadamu !", kata syaitan sambil bergegas pergi.

Wednesday, October 5, 2011

SERUAN WORDLESS WEDNESDAY





pss:rindu sangat nak jadi rajin update blog. rindu pada pembaca setia juga.