Thursday, October 4, 2012

PENJAGA OKU- Komuniti Mulia

Hai korang. Lama sangat tak update blog adalah kebiasaan bagi aku. Haha. Hidup penuh pancaroba lagi onak duri memang menjadikan aku terkekang dengan masa dunia sendiri. Susah nak mengintrepitasikan (canggih ayat!) keadaan hidup aku sekarang. Abaikan sebab aku bukanlah attention seeker dari segi kehidupan aku seharian cukuplah korang semua perasan koCOMELan aku. Itulah perhatian yang aku perlukan.

Banyak nak berkongsi tapi apakan daya.....

Kali ini topik yang lebih serius!



Penjaga OKU- Komuniti Mulia Amat



Tajuk yang sangat lah aku nak tulis berkurun lama ku rahsiakan cintaku padamu hanya kerna kau ratu laksana disinggahsana yang lalu tapi rasa belum mampu lagi jari jemari bulat dan gebu ni nak menaipnya. Cuma beberapa waktu terdekat ni aku seperti selalu sangat berdepan dengan ramai penjaga OKU tak kisahlah ibu bapa, guru-guru PDK, guru-guru pendidikan khas dll.



Dan juga dalam Bajet 2013 yang dibentangkan PM Dato Seri Najib juga ada berkenaan Projek Perintis bagi pelaksanaan TASKA OKU yang aku pun kurang pasti bagaimana dan apa perbezaan nya dengan pusat PDK (pemulihahan dalam komuniti) yang sedia ada. 



Aku pun dahulu adalah antara bekas pelajar di PDK Batang Pinang di Melaka selama hampir 7 tahun.. walaupun sudah memasuki sekolah rendah setiap hujung minggu aku pasti berkunjung ke sana menyertai setiap aktiviti tersedia. Memang bagi aku sendiri pengorbanan penjaga-penjaga, sukarelawan, pihak pengurusan PDK banyak membantu aku dan kawan-kawan yang lain terutama dari segi pengurusan diri sendiri sangat aku hargai. Ingat lagi Cikgu Aminah yang dari umur aku 5 tahun sehingga sekarang beliau masih di PDK Batang Pinang. Kesabaran dan kasih sayang beliau memang tiada perkataan yang mampu terungkap...


Cikgu Aminah tengah tepuk tangan, aku nun nampak kepala bersungguh-sungguh berkaraoke. 2 tahun lepas.... 


Pelajar setia di PDK Batang Pinang dari aku umur 5 tahun hingga saat aku amik gambar ni dia masih di pdk. (2 tahun lepas jugak gambar ni)

Paling penting rasanya kesabaran- untuk mereka OKU yang bersikap hyperaktif, susah memahami arahan dan tidak dapat menguruskan diri sendiri kesabaran memang perlu wujud!



Pendidik yang terlibat dengan golongan OKU ini seharusnya diberi perhatian agar mereka sentiasa sabar dan bersemangat untuk menjalankan tanggungjawab sebagai pendidik dan menjadi contoh kepada pendidik yang lain.

*ada macam karangan BM Tingkatan 5 tak?*


Kawan di PDK


Masa open house di rumah mak abah masa bulan Syawal yang lalu, aku jumpa dengan kawan sewaktu aku di PDK dahulu, Firdaus namanya. Dulu Firdaus tak boleh berjalan... kalau nak berjalan pun guna tongkat yang ada empat... Hasil latihan di PDK sebelum ni dan kasih sayang mak dia, Firdaus sekarang dah boleh berjalan dan menguruskan diri sendiri.. siap dah bekerja... 

Aku pun dulu sebelum dihantar ke PDK, makan memang mak yang suapkan..mak taknak suap aku taknak makan.. Kecik kecik dah gedik! Masuk PDK baru reti nak guna tangan yang comel tu.

Kenangan terindah dengan Firdaus masa kami sama-sama berlakon pentomin untuk PDK masa umur aku 6 tahun kot...aku berlakon jadi wakil JKM menasihatkan Firdaus yang merupakan seorang ayah yang suka mendera anak-anak OKU. *sila bayangkan kecomelan aku berlakon menasihatkan ayah orang- "Encik, anak-anak anugerah Allah yang datang bersama rahmat dariNya"* siap alih suara DJ radio Melaka yang buat tau... Kelas kau!

Terima kasih warga PDK dan JKM yang memberi memori indah untuk aku ingati. Tempat yang membuatkan aku tabah menerima diri dalam sebuah komuniti.




Firdaus dengan mak dia yang sudi datang ke rumah aku. Semoga dipermudahkan urusan kamu sekeluarga


-Tentang sekolah dan kawan-kawan

*nanti aku ceritakan betapa meriahnya sekolah dan kawan-kawan, bila? tak janji hahahha* Tapi terima kasih buat kawan-kawan yang menjaga aku di sekolah asrama dahulu, matrik Melaka dan UKM... Yang tolong encang (kendong) pergi masjid nun jauh nak menapak, redah sungai membawa aku yang sepikul dan lain-lain. Korang semua episod penting dalam hidup aku. Tentang cikgu yang rotan bontot aku. Sangat indah.




-Tentang Keluargaku 
Mungkin sudah nasib mak mempunyai anak OKU seperti aku... Dan bukan aku seorang tapi masih ada 2 lagi adik beradik aku yang terlantar di rumah. Sudah 28 tahun mak jaga anak-anak OKU. Entah ubat kebal mana yang mak makan sehingga begitu hebat membesarkan kami.



Abang (Abang Tuah) aku yang kedua hilang upaya masa umurnya lebih kurang 5 tahun, kata doktor masalah saraf yang menyebabkan tulang2 mengecut dan lama kelamaan dari seorang kanak-kanak yang sudah boleh mengaji, berlari bermain bersama-sama kawan yang lain  Abg Tuah kini terlantar di rumah tanpa boleh bergerak. Kaku di atas katil 

Perkara sama berlaku pada adik bongsu ku..... Cuma keadaan adik (Atul) lebih baik dari Abg Tuah. Atul boleh mengensot untuk ke mana-mana, boleh main permainan dia yang kita orang panggil MenMen-seekor lebah yang dah patah sayap. Album-album gambar dalam almari semua dikoyak dan ada kesan air liur nya.... Itulah penyeri hidup mak.

Sumpah aku sayang mak lebih dari nyawa aku! Kesabaran mak membesarkan kami. Menerima kami sebagai anak dan menjadi ibu yang sempurna kepada aku tak mungkin terbalas. 

Entah apa perasaan mak aku pun tak dapat gambarkan... dan seboleh-bolehnya taknak pun bayangkan luluh hati seorang ibu melihat 3 anaknya  bukan manusia normal... 

Sehingga kini rutin hidup mak masih sama, seawal jam 7.00pagi dah memasak nasi untuk Abg Tuah dan Atul yang makanan nya hanya nasi berlauk dan air milo. Lambat sikit dari jadual memang suara Abg Tuah akan memenuhi ruang rumah.. Tangisan Abg Tuah tiada siapa pun mampu hentikan. Tapi Abg Tuah jarang menangis.... Baik Abg Tuah ni....

Lebih kurang pukul 10pagi baru Abah mandikan Abg Tuah dan Atul. Siap-siapkan, bedak wangi-wangi dan sikat rambut. 

Pukul 1, masa untuk makan tengah hari pulak...

Pukul 6 petang suapkan untuk makan malam... dan mandikan...

Abg Tuah memang senang tidur sebab itu sahaja yang mampu dia buat dalam keadaan dia terbaring. Atul pulak suka main sampai pukul 2-3 pagi. Tengok pada mood dia waktu tu.
Mak terpaksa berjaga takut-takut Atul sampai ke dapur entah apa yang dicapainya nanti.

Tukar pampers , suap makan, mandikan, pakaikan baju, tidurkan... mudah je aku taip untuk melaksanakan memang satu tanggungjawab besar. Lebih 25 tahun kut buat perkara sama... Zaman-zaman dulu lagilah bila mana nak mencari rezeki lagi membesarkan anak-anak lain yang masih kecil....

Bila nak kemana-mana memang mak abah akan fikirkan abg Tuah dan Atul dahulu... Keterbatasan pergerakan antara perkara yang menjadi isu dalam menjaga OKU lebih lebih lagi yang terlantar di atas katil 

Ingat mak takde rasa malas, penat dan jemu ke? Tentu ada... Tapi kasih sayang seorang ibu tulah yang buat mak tak pernah berhenti menjadi mak yang terbaik buat anak-anak (Mesti mak korang pun macam ni kan? Baik sangat)


Semua ahli keluarga kecuali anak buah yang sulung *kakak yang merajuk di pagi raya sebab Cik Sukur lebih cute dari dia

Tentang Aku-

Mana entah kekuatan mak abah dapat untuk membesarkan aku. Beri aku peluang untuk bersekolah sama seperti Abg Epul, Kak Ngah dan Pijon. Hantar aku ke asrama sejak aku masuk ke Tingkatan 1. Hantar aku masuk UKM...

Walaupun belum seberjaya mana... pun tak berjaya jadi Doktor mahupun Majistret(eh apa kaitan?) .... Aku tetap katakan apa yang aku punya sekarang ada hasil pengorbanan mak abah! Nak lebih berjaya... 

Perniagaan D Strike Solution yang aku bina dengan susah payah dalam masa 3 tahun ni juga antara hasil pertolongan mak abah yang bagi sedikit sebanyak hulurkan modal (hahaha tapi tak da share ponggggg! Hokkkk alooohhh kata Jozan dalam Lawak Ke Der 2!)

Kesabaran dan kepercayaan yang mak abah bagi kepada aku seorang anak OKU untuk terus membesar dan menikmati kehidupan hingga ke hari ini pastinya tak  mampu terbalas. Semoga aku mampu jadi anak yang mengenang budi betapa mulia kedua ibubapa aku dalam membesarkan kami.

Terima kasih kat Abg Epul dan Kak Ina yang banyak berjasa pada kami bertiga, Tuah, Sukur, Atul. Terima kasih Kak Ngah, terima kasih Pijon.


Panjang entry kali ni....yang aku ambil masa 3 hari untuk siapkan. Yang aku fikir berbulan-bulan yang lalu untuk dikongsikan....

Harapan aku (amboi siap ada harapan kau!hahaha)

Semoga semua yang punya anak OKU, pendidik warga OKU  dan semua orang disekeliling warga OKU menjdi penjaga OKU yang kuat dan tabah.. mampu menikmati hidup dengan gembira walaupun terlalu sibuk dan penat menguruskan kami. Anda komuniti mulia.

Monday, August 6, 2012

Tahniah Datuk Lee Chong Wei - Perak Sukan Olimpik 2012

Salam 1 Malaysia..cewahhh..ada macam Perdana Menteri berucap tak?hehe..
harini aku rasa teruja nak mencoret sesuatu kat blog aku ni..almaklumla..blog pun hampir bersarang labah-labah..siap tebuan pun boleh memproses madu kt blog aku ni kalau lama ditinggalkan..hehe..

fokus kepada topik utama harini..seperti yang korang sedia maklum..2-3 harini...aku pasti seluruh rakyat Malaysia tertumpu pada perjuangan atlet Malaysia pada Sukan Olimpik 2012..dan yang utama semestinya acara kegemaran iaitu badminton..

Dalam blog aku tahun lepas aku pernah tulis 12 fakta yang korang perlu tahu pasal wira negara ni iaitu
 Datuk Lee Chong Wei..tak tahu apa fakta tu? boleh baca di SINI..

Sesiapa terlepas Perlawanan Akhir badminton sukan olimpik 2012 tadi memang rugi..korang boleh tonton balik di mana jua channel yang korang nak cari..:)..sebab apa aku cakap korang kena tonton juga? sebab perlawanan tu memang membuatkan korang rasa bangga sangat menjadi rakyat Malaysia..




aku tadi menonton Final tu kat rumah..tonton dengan sepupu2..memang menjerit2 kitorang semua...tahap macam berada dalam stadium..masa DLCW menang tu kami bersorak bagai nak giler..semangat MALAYSIA BOLEH la katakan..:p..paling mendebarkan masa DLCW hampir tewas dengan Lin Dan tu kami semua siap tengok celah2 tembok je..takut punya pasal..haha.. dapat  rasa sangat degupan jantung DLCW masa tu..hanya dia je yang tahu berapa besar dan beratnya tanggungjawab yang dia pikul demi mengharumkan nama negara..

walaupun DLCW baru baik dari kecederaan, semangat juang yang dia tunjukkan amat2 membuatkan bulu roma aku tegak semuanya..nasib mungkin tak menyebelahi dia..daripada segi skill dan teknik permainan pada aku DLCW dan Lin Dan memang sama hebat..tapi kekuatan Mental dan Tekanan emosi lebih memihak kepada Lin Dan..

Jujur aku cakap, kalau nak ikutkan Atlet Malaysia daripada skill untuk sukan tertentu memang dah tahap jagohan dunia..tidak dapat disangkal lagi..tapi aku rasa atlet Malaysia masih kurang dari segi ketahanan Mental dan tekanan semasa perlawanan..perjuangan dah ada..cuma tak fight till the end..itu pendapat aku la..aku percaya kalau Malaysia memandang serius perkara ni, Insyaallah Malaysia pun akan jadi kuasa besar sukan satu hari nanti..Yerla..yang berjuang tu manusia..manusia tu sifat lumrah nya ada fizikal, hati dan perasaan..semua elemen tu memang tak leh dipisahkan...so, semua tu perlu dititik beratkan untuk melahirkan seorang insan yang berwibawa..1 MALAYSIA!! tiba-tiba..hehe..



apa pun, TAHNIAH dari aku dan aku dapat rasakan seluruh rakyat Malaysia pun akan mengucapkan kata2 yang sama kepada wira badminton kita DLCW atas kejayaan meraih pingat Perak di Sukan Olimpik 2012 di London. Walaupun tumpas di tangan Lin Dan dengan hanya 2 mata, namun semangat juang Datuk Lee Chong Wei yang jitu sepanjang tempoh perlawanan memang perlu di beri tabik hormat....aku nampak sukan telah menyatukan kami rakyat Malaysia tidak kira bangsa ataupun fahaman politik. TAHNIAH!



Kemenangan Lin Dan hanya pada pingat dan nama, tetapi kemenangan DLCW adalah kemenangan hati seluruh rakyat Malaysia dengan semangat kesukanan yang tidak mahu mengalah dan berjuang hingga ke akhirnya..DLCW patut dijadikan ikon negara dan menjadi role model untuk kita semua..

Sekarang seluruh dunia dah tahu siapa Malaysia dan siapa rakyat Malaysia sebenarnya..
MALAYSIA BOLEH!!!





jelas nampak kesedihan di wajah Datuk Lee Chong Wei..tak pe Datuk..kami rakyat Malaysia masih mampu beli aiskrim Baskin Robin tu sendiri..tak perlu nak makan yang free je..hehe..

### malam ni nak tidur sambil peluk raket badminton kat rumah ni..mana tahu mimpi jadi wira negara gak..hehe..nite kawan-kawan...


iklan: dah beli beli tudung/ shawl raya untuk kelihatan gojes dan menawan? beli dari ropolropol.com dan tulis dalam pm anda 'geng sukur ibrahim'... saya nak tumpang pos kad raya..cute tak? hahaha. bye!