Saturday, December 3, 2011

HARI OKU SEDUNIA 2011

Hai korang! dah tiba pun 3 Disember 2011. Mungkin ramai kat luar sana belum mengetahui atau kurang pendedahan tentang tarikh 3 Disember setiap tahun yang telah diwartakan sebagai Hari OKU Sedunia atau dalam bahasa omputih (English ok)


INTERNATIONAL DAY OF PERSONS WITH DISABILITIES

Tahun 2011 ini sambutan bertemakan:

"Together for a better world for all:Including persons with disabilities in development”
*sumber United Nation


Jadi sebagai antara yang diraikan aku cukup berbesar hati kerana hari ini sekurang-kurangnya masih ada yang menghargai dan meraikan aku walaupun diri aku ni berlainan dengan orang sekeliling. Tak perlu dirai mana pun, cukuplah kehadiran aku turut dirasakan oleh semua pihak sama seperti orang biasa, layanan yang tidak berbeza dengan orang yang normal, tiada lagi pandangan sinis mahupun memandang rendah (walaupun aku mmg la tak tinggi hihi) pada aku.

Aku juga berharap, tiada lagi orang yang mengambil kesempatan pada kekurangan aku. Beri aku peluang yang sama untuk terus berjaya dan bahagia.

Secara fizikal memang lah aku ini tidak sempurna sungguh, dari segi hati rohani pula aku juga punya rasa dan keinginan yang sama dengan orang yng sempurna. Cukuplah untuk aku turut sama merasa bahagia dan gembira dengan kehidupan.

Rasa bersyukur tak terhingga kepada Penciptaku, Allah yang SATU atas segala rahmat, rezeki dan limpah kurnia yang tidak terhitung. Alhamdulillah.

Terus terang dari lubuk hati, aku bukan lah terlalu kuat untuk terus menjalani kehidupan hari ini dan mendatang, sokongan dan kekuatan diri, banyak aku pinjam dari orang keliling.

Buat semua warga OKU di luar sana, hari ini mari sama-sama kita jadikan hari ini dan hari mendatang untuk dilalui dengan lebih bersemangat untuk memajukan diri sendiri. Ramai OKU diluar sana yang telah pun berjaya, aku pun ingin menjadi seperti mereka satu hari nanti. Sama-sama kita bergerak seiring dengan pembangunan Malaysia.


hai, saya Sukur...seorang ahli perniagaan (okeh fine)


saya juga seorang blogger, dunia yang memberi satu ruang buat saya melangkah lagi


Alhamdulillah dah ade pejabat sendiri


Alhamdulillah untuk rezeki yang Allah berikan

apa-apa pun dalam hati ada taman...kekeke


*update blog dari Sri Pentas. nak feel retis kononnye..hihihi

Friday, December 2, 2011

REVIEW FILEM OMBAK RINDU


TERBAIK! Itulah satu perkataan yang menggambarkan penilaian aku selesai sahaja menonton filem ini semalam. Cerita semalam memang mampu membuatkan aku menitiskan airmata, tapi berjaya dikawal dengan bantuan makhluk-makhluk hipokrit tak nak menangis kah kah kah.

10 tentang Ombak Rindu

*PENTING: Sila ingat kan diri masing-masing, filem ini hanya punya masa kurang lebih 2jam untuk mengadaptasi sebuah novel yang sangat sarat dengan jalan cerita dan emosi.


*Buat peminat Aaron Aziz terutamanya Irma Rohaiza, anda pasti akan lebih jatuh cinta kepada Aaron yang mampu berlagak macho, romantik nak mampus dan bila dia menangis anda pasti ingin bantu lap air mata dia (aku memang suka lebih-lebih). Aaron memang terbaik!

*Maya Karin berjaya melesetkan sangkaan aku yang dia tak boleh jadi wanita kampung, Izzah berjaya membuai perasaan dengan emosi yang menyentuh jiwa lara ku....oh Izzah...Redup mata Izzah masing terbayang-bayang sampai sekarang.

*Lisa Surihani always in my heart...Mila, dapat skrip yang mencabar "Redha itu ikhlas, passseerah itu menyerrrraaah".(pelat R)hehe...

*Jika anda melayani filem ini tanpa gangguan makhluk hipokrit taknak menangis, anda pasti mampu mengalirkan airmata sekurang-kurangnya setitik. Sedih woo...

* Watak Pak Dollah sangat mendapat tempat dihati aku selain watak-watak utama yang lain. Perlu diberi pujian terutamanya sewaktu dia mendedahkan Haris tu adalah anak dia. Emosi tapi mencuit hati. I loikkee.

*Filem ini aku kategorikan sebagai Filem Wajib Tonton.


*Haris tak cukup kejam sangat pada Izzah, bagi aku dieorang berbaik cepat sangat, mungkin faktor kekangan masa.

*Aku rate 9/10


*"Ibu, u look great!" kah kah kah...Azizah Mahzan nampak seksi..hehee


Terima Kasih yang tidak terhingga kepada geng2 KAKIWAYANG.COM kerana sudi mendapatkan tiket wayang untuk saya..i laapppp u lah...hehe..

aku keluar wayang semalam dalam keadaan mata bengkak sebab menangis..percaya x?haha..