Thursday, April 12, 2012

PENCERAMAH JEMPUTAN- INSTITUT KESIHATAN UMUM IKU

Assalamualaikum semua....

Minggu lepas punya cerita okey.... alhamdulillah 4/4/2012 yang lepas,  telah dijemput untuk mengisi slot ceramah jemputan Institut Kesihatan Umum, Kementerian Kesihatan Malaysia yang diadakan di Port Dickson....

Boleh dikatakan sekarang kebanyakan ceramah yang aku terima jika untuk penjawat awam pasti hari bekerja jadi memang akan sedikit menghuru-harakan diri aku*over* Haha... yela nak tinggalkan cik DSS itu satu pengorbanan besar untuk aku. Cik DSS antara sebahagian jiwa aku.PANG!

Jadi apabila dah pergi memberikan ceramah aku pasti akan memastikan segalanya berbaloi-baloi untuk aku dan juga pendengar. Juga, bila aku pergi memberikan ceramah aku amat berharap walaupun cuma satu perkongsian aku memberi kesan buat pendengar...

Sebenarnya hari yang aku nak pergi tu entah macam mana aku dan dua orang staff aku boleh tertinggal kunci dalam pejabat kiteorang, panjang ceritanya. Memang kelam kabut la aku pergi Port Dickson dengan kamera blogger nya tertinggal dan macam-macam lagi. Namun alhamdulillah segalanya berjalan lancar apabila dah tiba di sana.

Marilah layan gambar-gambar guna kamera Kodak.

berdebar itu sentiasa. 

terima kasih tekun mendengar perkongsian saya!


gambar wajib setiap sesi ceramah hehehe

Tajuk: Latihan Ketrampilan Diri

Kamera tak canggih. Puan Intan bertudung biru....

bersama Pengarah IKU

antara koleksi wajib juga

chicken dance yo!

ucapan Tuan pengarah



Terima kasih aku ucapkan kepada Puan Intan yang menjemput aku untuk memberikan ceramah...dan sekali lagi, blog comel ni juga yang menjadi medium untuk mempertemukan kami....

Kalau anda yang diluar nak menjemput saya untuk sesi perkongsian boleh hubungi saya. sukuribrahim@gmail.com




Friday, April 6, 2012

TAHNIAH BEN ASHAARI

Assalamualaikum semua...

Salam Jumaat...

Wah...sebenarnya memang ketinggalan kereta api pun entry ini. Hahaha...tapi nak jugak buat entry khas buat Ben Ashaari dan isteri beliau atas kelahiran baby yang sangat comel. TAHNIAH!

Baby boy yang diberi nama MUHAMMAD QHALIFF IMAN BIN SALBANI. 


Semoga dengan kehadiran anak pertama buat Ben dan pasangan pada 2 April 2012 yang lalu menambahkan keceriaan dan warna warni kehidupan mereka. Semoga bahagia dan gembira!

Nak datang melawat boleh tak? hehehe

Walaupun baru je dapat baby,  Ben masih kerap lagi update blog..memang superb la beliau yang memang sangat konsisten dalam dunia blog.

Suka bau baby.... Ada sorang kawan tu (lelaki) pergi kerja siap bawa lampin anak sebab bila rindu kat anak   boleh cium kain lampin yang memang melekat bau baby... Pergi kerja yang 8jam tu je pun nak rindu-rindu... hehehehe..aku takde baby ape tau


comeyllllllllllll sungguh!

Okey! Sekali lagi TAHNIAH Ben Ashaari dan isteri serta keluarga dengan bertambah seorang lagi ahli keluarga. Semoga baby Qhaliff menjadi anak yang soleh dan berjaya dunia akhirat.