Wednesday, March 21, 2012

TOMYAM DAGING KAMBING

 Assalamualaikum semua...


Okey, kesibukan itu semestinya untuk aku.Maaf buat yang tertunggu-tunggu entry dari aku. Masa tu terlalu pantas berlalu kan? Sedar-sedar dah hampir 2 minggu tidak menghiraukan blog sendiri. Kadang-kadang dah on the mood untuk menulis satu sesuatu entry, tapi tangan tergatal blogwalking, maka terkuburlah entry..hehehe.

comel sangat lah kami berdua...gerammmmm kan? kan?


Ahad lepas aku ke Perak, ada kenduri kahwin dari keluarga 3R (nanti akan update, insyaAllah) jadi bila dah berada di Perak sempat singgah di rumah bapa saudaraku. Pak Itam di Ipoh. Pernah pergi masa aku matrik rasanya. Lepas tu semalam baru pergi semula. hehehe.

Memang awesome layanan yang diberikan...sampai-sampai je Mak Itam dah sediakan air. Minum, berbual, solat. Siap je solat terhidanglah segala menu terbaik dari mereka sekeluarga. Terharu*terus rindu masakan mak esah*

Ada laksa asam, nasi berlauk dan jeng jeng jeng......TOMYAM DAGING KAMBING!


tomyam daging kambing dan rakan-rakan-laksa, nasi berlauk
 


Pergh. Reaksi pertama adalah diam selama 3 saat. hehehe. Lepas tu bedal 2 mangkuk penuh. hikhikhik tapi ada lah share jugak dengan budak-2 orang konon-konon tak gemar daging kambing hehehe.

Paling tak tahan bila Mak Itam suapkan lemak daging kambing bersama kuah tomyam*terangkat usus* hehehehe.... Memang satu pengalaman menikmati juadah yang boleh dikategorikan sebagai RARE heeeeee.

Memang tak pernah jumpa selama sweet 17 hidup dimuka Bumi Allah ni.....

Laksa aku makan semangkuk paling penuh hehehe..sedap okeh!

Lepas makan tiba-tiba je, Mak Itam keluarkan aiskrim Malaysia asam masin. Layan sungguh menikmati masam manis aiskrim tersebut. Paling tak tahan bila ada antara kawan-kawan aku ni tak tahu yang dalam aiskrim tu ada asam masin yang boleh dimakan bukan sekadar suka-suka letak dalam aiskrim untuk dibuang tanpa isinya dimakan ok. Pelik sungguh kengkawan aku nih..Hehehe....rare jugak!

arghhhh kenapa baju tiba-tiba mengecut, sejuk sebba makan aiskrim kot

Sebelum balik Pak Itam pelawa ikan pekasam. hehehe....tak makan jadi tak amik... korang makan ikan pekasam?

Ok....setakat ini sahaja..semoga jumpa lagi.....Terima kasih Pak Itam dan keluarga di atas layanan yang diberikan kepada saya, Wani, Syue dan Azizi.



pss:
kes kehilangan budak perlu diambil serius, semoga Allah melindungi kita semua. buat kita yang masih ada hati dan perasaan serta kasih sayang sesama manusia, semoga dikekalkan perasaan ini. Jangan hilang perasaan kasih sayang sesama manusia....penculik dan penjenayah dan penjahat, semoga diberi hidayah oleh Allah....


pss: jap lagi nak ke Negeri Sembilan dan Johor


Tuesday, March 6, 2012

HOT SPRING SUNGAI KLAH


Assalamualaikum...
Seminggu sekali baru reti nak update blog... Arghhhhh kadang-kadang tak tahu nak update pasal apa... Banyak sangat idea nya. Hahahaha...Nak update pasal Sungai Klah ni pun ambil masa 4 hari ya tuan-tuan dan puan-puan....


Okey, nak cerita pasal hujung minggu yang lepas. Korang semua buat apa? Heeee aku ter pergi Hot Spring Sungai Klah, Sungkai, Perak. Sebenarnya rancangan saat akhir. Mula-mula hanya nak hantar barang ke MRSM FELDA, Trolak. Jadi, alang-alang dah di sana teruskan ke Hot Spring Sg Klah yang hanya 30 minit dari MRSM FELDA tu....

Sekarang dah ada Papago, jadi boleh lah tahu anggaran masa untuk sampai ke destinasi.... Terima kasih papago! bukan papagomo tau. 

Aku pergi hari Sabtu, dalam pukul 2.30 petang, pagi tu banyak urusan perlu diselesaikan, maklumlah akulah bos, akulah customer service I, aku lah site supervisor I, akulah akauntan II dan banyak lagi tugas aku. Jadi kerja memang tak pernah habis. Doakan syarikat aku semakin maju dan masyukkkkk...bolehlah menggaji ramai pekerja!


Pukul 5.00 ptg aku sampai MRSM Felda tu, sepanjang perjalanan hujan lebat sungguh jadi memang bawa perlahan sikit. Lepas selesai urusan di sana terus ke Hot Spring Sungai Klah. Masa kitaorang sampai hujan dah berhenti.

okey da sampai!jom....


Masuk untuk dewasa RM12.00...untuk kanak-kanak tak perasan pulak hehehe...untuk golongan OKU,  RM2 sahaja! Oh man! Terima kasih....


Ada 2 tempat mandi yang boleh pergi. Yang sejuk dan yang panas..tapi yang sejuk tu pukul 7malam dah tutup, yang panas sampai pukul 9malam ok. Jadi aku hanya layan kolam air panas nya sahaja pun.

Di bahagian kolam air panas ni ada tempat refleksologi yang batu-batu tu siap ada air panas mengalir, memang superb, buat mereka yang badan berangin memang lah sesuai untuk keluarkan angin2 dibadan dengan berjalan diatas batu refleksologi yang panas-panas sedap! Untuk yang kepala angin tak pasti la kan.hehehe

Disebabkan lawatan ini adalah rancangan saat akhir tak bawak la kamera canggih dan kamera yang ada cuma dari BB dan kamera company  yang bateri ciputtttttt...amik 5 pose dah mati huhu.

Air panas dia memang sedap-sedap tak terlalu panas untuk kita berenang-renang ketepian.....layan la gambar kiut aku mandi pakai baju skema siap ada kolar dengan seluar jeans sebab aku sopan! Hahaha

tengah hirup udara segar amat!

motif?!!!

berjalan-jalan dengan riang sebab excited okey nak mandi air panas

memang penuh kehijaun...serius mendamaikan!

yeay! dah berendam....dengan tanpa ragu berbaju kolar dan jeans



tunggu turn lepas adik baju oren hehehe



 *Malaysia memang banyak tempat menarik dan bombastik untuk dilawati! Jom cuti-cuti Malaysia!