Monday, February 13, 2012

KRAFTANGAN DAN AKU


Assalamualaikum.

Selepas menang GA  kak ina kl, aku memang bersemangat ginseng untuk menyertai mana-mana contest yang dianjurkan oleh blogger-blogger.. Konon boleh menang semua la. Takde la, cuma mencuba nasib kot-kot menang kan bagus…disamping mampu menumpang trafik dari blog mereka juga kan?kan?
~~~~~



Kraftangan dan aku, memang la aku tak tahu apa kaitan hahaha. Eh, ada la kaitan. Aku dah didedahkan dengan kemahiran kraftangan sejak berusia 5tahun masa aku dihantar ke sekolah Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Batang Pinang, Melaka. Kat sana memang kadang kala ada hari yang kami semua diajar untuk buat kraftangan. Memang stylo mylo la. Buat guna surat khabar, kotak-kotak, dan lain-lain yang ringkas-ringkas. Mana yang cantik boleh la dijual semasa ada hari terbuka atau apa-apa majlis.




hebatkan dapat buat sampai jadi macam ni?
sumber:google


Dua tahun lepas aku pergi Hari Sambutan OKU Sedunia peringkat kebangsaan yang dilangsungkan di Melaka atas jemputan cikgu aku di PDK dahulu… memang canggih manggih la kraftangan yang dihasilkan oleh warga PDK sekarang.. Sangat cantik… ada tabung pelbagai bentuk, hasil seni anyaman yang unik dan macam-macam lagi. Sempat juga aku beli sulaman yang cantik jadi bantal hiasan dalam kereta.


Cakap pasal aku dah didedahkan sejak umur aku 5 tahun adakah ini memberi gambaran yang aku sangat berbakat dalam menghaslkan kraftangan? Jawapannya kirim salam haha ataupun memang tidak lah tuan-tuan dan puan-puan…. Tengok la tapak tangan yang gemok ni dan hanya satu jari je yang berfungsi untuk setiap tangan memanglah satu usaha gigih untuk aku nak menghasilkan kraftangan. Hahahaha, jadi aku hanyalah pemerhati dan pemberi semangat ulung buat semua kawan-kawan yang buat kraftangan. Hahaha-ada alasan taknak buat.Ko hado?


satu jari jer berfungsi, Alhamdulillah

amekaw tapak tangan gemok!

Ok , sebagai kesimpulan aku memang kagum dengan insan-insan rajin, berminat dan berbakat dalam menghasilkan kraftangan ni… Yelah kraftangan kan cantik….bila pandang benda-benda cantik mestilah lapang je hati kan..ececececece…

 ” Peraduan ini dianjurkan oleh Ligakampung.com dan ditaja oleh


Thursday, February 9, 2012

RESTORAN MAKANAN SEGERA DI SHAH ALAM TERBAKAR

Ok tajuk adalah sungguh skema sebab tak tahu nak letak tajuk apa.... antara masalah aku dalam berblogging. Tapi ok la kan tajuk tu...direct jer terus. Excited nak buat entry ni sebab hasil tangkapan tangan (aku maksudkan gambar yang aku amik) yang aku update kat dalam facebook di share oleh sahabat2 hehehe termasuk lah oleh blogger*itu pun nak excited layan kan ajo*

Kejadian ni berlaku kat Taman Sukan X-treme, Seksyen 13. Memang aku nampak depan mata kejadian kebakaran nih.....Masa tu dalam perjalanan nak jumpa klien untuk pemasangan karpet. Tangan aku yang pantas lagi comel ni teruslah amik gambar...... Masa tu memang nampak asap kepul-kepul.. Aku amik dari dalam kereta je sebab memang just lalu je depan kawasan tu.... Jadi detail sebenar kejadian tak tahu sangat..



guna BB je amik gambar ni..


Aku ni memang suka amik gambar yang macam kebakaran, kemalangan dan apa-apa jer masa aku dalam kereta dengan harapan nak share kat blog tapi harapan je la..hahahaha.  Pernah aku amik gambar lori terbalik yang accident tu agak mengerikan juga.... Ingatkan aku cuma ambil gambar lori terbalik yang dasyat gila remuk dan terbalik nya. Aku pun tunjuklah kat kawan-kawan aku gambar yang aku amik, sekali ada orang dalam lori tu lagi macam tak sedarkan diri...terus aku delete gambar tu huhuhu....Masa aku amik tu memang tak perasan... 

Korang ada perangai kepoh macam aku? hehehehehe. Aku kan tak drive jadi memang seronoklah amik-amik gambar masa perjalanan.