Wednesday, August 31, 2011

WORDLESS WEDNESDAY #6 SALAM MERDEKA RAYA

Thursday, August 18, 2011

PEMBUAT KUIH RAYA MURAH DAN SEDAP

Hai kawan2...
sangat tak sempat nak update blog sejak akhir2 ni..:)

seperti tahun2 lepas..saya ada juga menjual kuih raya buatan tangan dan dirumah buatan asli dari Melaka..sapa2 pernah beli kuih saya dari tahun2 sebelumnye..pasti akan mengingati kesedapan dan kerangupan kuih saya..

tahun ni saya kurang promosi sebab dah terlalu busy..
tapi alhamdulillah..tempahan still boleh tahan...

so sekarang tempahan kuih dah sampai..sapa2 yang tempah..standby k..
esok lusa dapatla kuih korang tu...hhe







biskut yang sedia dibungkus dan dihantar ke pelanggan...tunggu ya!!;)

bilangan tempahan :

1- biskut almond london - 10 bekas

2- biskut gajus - 10 bekas

3- biskut kristal - 2 bekas

4- biskut tat gulung - 5 bekas

5- biskut sugi - 2 bekas

tempahan masih boleh dibuat selagi stok masih ada..dapatkan sebelum anda menyesal...

seperti apa yg saya sampaikan sebelum ni, biskut saya sangat murah..hello..murah bukan sebab xberkualiti..tapi murah sebab keikhlasan hati...:)

Wednesday, August 10, 2011

WORDLESS WEDNESDAY #5 BUFFET RAMADHAN MURAH

Wednesday, August 3, 2011

WORDLESS WEDNESDAY #4 SAYA RASA SAYA HENSOM..ANDA RASA?

Tuesday, August 2, 2011

BUKAN HIDANGAN TENGAH HARI

Sudah 2 Ramadhan, sekejap kan?

Aku masih lagi di rumah, merehatkan badan sebaik mungkin. Sempat juga berblogwalking mencari hidangan rohani, bukan hidangan tengah hari tau. Bila singgah di sini, ada pengajaran dan ilmu yang aku perlu ambil pusing. Badan punya hak untuk berehat



Memang lah motivasi diri aku ni cukup tinggi untuk punya empayar perniagaan yang cukup terbilang. Kejatuhan yang pernah aku alami dahulu, semestinya bukan sesalan buat aku, tapi juga menjadi motivasi untuk lebih mendewasakan aku. Aku bukan orang yang suka menyesal dengan apa yang aku lakukan. Segala-galanya pasti ada hikmah, teruskan mencari apa yang positif.

Ramai selalu cakap

"sukur ko ni positif sangat la"


Terima kasih untuk doa kalian, kata-kata itu juga motivasi buat aku


Kerana motivasi tahap pramugara terlampau eh salah, motivasi tahap maximum ok menyebabkan aku memang selalu mengabaikan waktu rehat aku,


Jadi bila mendapat santapan tengah hari eh salah lagi, santapan rohani hari ini

aku ambil iktibar


badan juga perlu berehat


mengantuk perlu tidur


aha, ok da berehat sewajarnya,

p/s aku nak keluar da membina empayar. doakan tau!

Monday, August 1, 2011

1 RAMADHAN

ALHAMDULILLAH...sama-sama kita bersyukur sebab dapat rasa lagi berpuasa untuk tahun ini. cepat betul masa berlalu, Ramadhan muncul lagi kan? korang puasa tak? memang cabaran untuk aku berpuasa disamping melaksanakan tugas-tugas berat, hehehe, berat lah sangat

berat la untuk aku yang comel ni ke hulur ke hilir, tengok site, jumpa customer, deal biz yang terbaik, layan pelbagai kerenah dan ragam sekeliling....(kesimpulannya memang tak berat ok).


tapi seperti yang aku selalu cakap, aku enjoy sangat dengan apa yang aku buat


Bersyukur juga, sempena Ramadhan, rezeki tidak putus untuk membekal dan memasang carpet surau dan masjid. alhamdulilah. semalam pun seharian aku bekerja dari pagi hingga ke malam. Penat dah semestinya, tapi ada pilihan ke untuk tidak penat?saya pilih saya memang perlu penat.hehehe


Jadi, hari ni 1st day Ramadhan, harus berusaha sebaik mungkin, cuba untuk memastikan setiap langkah, percakapan, pandangan mata juga nafas memberi pahala dan kebaikan berganda.


Pagi tadi korang sahur apa?ni aku sedih ni cakap pasal sahur, ye lah orang bujang, nak bawa kereta pun belum boleh lagi, so bersahur di rumah je, makan roti ikan bilis dengan air suam je, nak buat air milo mata masih pisat-pisat, kekeke...cute tak?jadi sapa-sapa yang baik hati nak bawak aku g sahur silakan. aku alu-alukan.


apa-apa pun selamat berpuasa ya pembaca semua!