Saturday, March 27, 2010

UJIAN PERSONALITI DIRI ANDA



ambil sedikit masa untuk jawap soalan ini sebab ia benar-benar melambangkan siapa anda sebenarnya2..

Ambil sehelai kertas dan cuba jawap soalan ini dengan spontan..analisis nye selepas ini

Situasi:
Anda berada di dalam hutan
(1) nyatakan dengan siapa anda berjalan?

sedang anda berjalan tiba-tiba terserempak seekor haiwan
(2) nyatakan apakah haiwan itu

(3) tindakan anda terhadap haiwan itu
(biarkan dan pandang je/lari dari haiwan itu/ dapatkan haiwan itu)

anda teruskan perjalanan..tiba-tiba ternampak segugus kunci
(4) nyatakan bilangan kunci itu
(dari 1-10 anak kunci)

anda teruskan perjalanan, tiba2 anda ternampak sebuah rumah di tengah hutan.

pada fikiran anda..
(5) adakah rumah itu berpagar?

(6) pintu rumah tu terbuka atau tertutup?

anda pun masuk ke rumah itu. pergi ke ruang tamu dan ternampak meja.
(7) apakah bentuk meja itu?
(Bulat/ Oval / Segiempat / Segitiga)

atas meja ada pasu...
(8) Berapa banyak air dalam pasu itu?
(Penuh / Setengah / Kosong)

(9) Pasu itu diperbuat daripada apa?
[(Kaca / seramik / tanah liat) (logam / plastik / kayu)]


Anda teruskan perjalanan ke belakang rumah. anda melihat sebuah air terjun dari jauh.
(10) Berapakah laju air itu?
(1-10 : 1-perlahan 10-paling laju)

anda terus berjalan dan ternampak sebuah taman. tiba-tiba anda ternampak sebuah kotak peti.
(11) Apa ukuran kotak itu?
(kecil / sederhana / besar)

(12) kotak itu diperbuat daripada?
(cupboard/ kertas / kayu / logam)

tak jauh dari taman anda ternampak sebuah jambatan.
(13) jambatan diperbuat daripada apa?
(logam / kayu / rotan)

Di seberang jambatan, ada seekor kuda.
(14) Apakah warna kuda itu?
(putih / kelabu / coklat / hitam)

(15) Apa yang kuda lakukan?
(diam dan tenang / menggigit rumput / berlari)

(16)
TIBA-TIBA...tanpa disangka ribut tornado datang.... tak jauh
daripada kuda. Anda mempunyai 3 pilihan:
(i) lari dan bersembunyi di dalam peti?
(ii) lari dan bersembunyi di bawah jambatan?
(iii) lari ke kuda, naik dan terus pergi?


Berikut adalah tafsiran:
(1) dengan siapa anda berjalan merupakan orang yang paling dekat dan rapat di hati anda.

(2) haiwan yang anda jumpa simbolik kepada masalah yg anda hadapi. saiz haiwan yang besar menunjukkan anda menganggap sesuatu masalah itu besar

(3) tindakan anda kepada haiwan merupakan tindakan anda kepada masalah yang anda hadapi. kalau anda lari dari haiwan maksudnya anda memang suka lari dari masalah

(4) kunci
1 - kamu punya satu teman baik dalam hidup anda
2-5 - anda mempunyai beberapa teman baik dalam hidup anda
6-10 - anda punya banyak teman baik

(5) rumah
berpagar : close-minded
tidak berpagar : open minded

(6) pintu
terbuka : senang berkongsi dan bercerita masalah atau diri kepada orang lain
tertutup : tak suka bercerita dan rela memendam nye

(7) Meja
Bulat / oval - teman yang datang, anda akan menerima dan mempercayai mereka sepenuhnya
Persegi - anda sedikit lebih cerewet tentang kawan-kawan dan hanya boleh geng dengan orang yang anda fikir sama frekuensi sahaja
Segitiga - kamu benar-benar sangat sangat pilih-pilih teman-teman dan tidak ada banyak kawan dalam hidup anda

(8) Pasu
Kosong - cita-cita dan keinginan hidup anda tidak terpenuhi
Setengah penuh - apa yang anda inginkan dalam hidup anda adalah setengah dah

tercapai
Penuh - hidup anda benar-benar terpenuhi dan baik untuk kamu!

(9) kaca / tanah liat / seramik - kamu lemah dalam hidup anda dan cenderung menjadi rapuh
logam / plastik / kayu - and kuat dalam hidup anda

(10) air terjun
0 - tidak ada dorongan seksual sama sekali
1-4 - ghairah seks rendah
5 - ghairah seks sederhana
6-9 - ghairah seks tinggi
10 - ghairah seks sangat tinggi ...

(11) Saiz kotak:
kecil - ego rendah
menengah - ego sederhana
besar - ego tinggi

(12) material peti:
cupboard/ kertas / kayu (non-bersinar) - rendah hati
kepribadian
logam - bangga diri

(13) Adapun material jambatan:
jambatan logam - punya ikatan yang sangat kuat dengan teman-teman anda
jambatan kayu - hubungan sederhana dengan rakan-rakan anda
rotan - anda tidak berada dalam hubungan baik dengan teman-teman

(14) Warna kuda:
putih - pasangan anda adalah murni dan baik dalam hati anda.
kelabu / coklat - pasangan anda sederhana di hati.
hitam - pasangan anda sepertinya tidak begitu baik di hati dan tampaknya menjadi pertanda buruk.

(15) tindakan kuda:
diam dan tenang / menggigit rumput - pasanganmu adalah sangat sederhana dan rendah hati.
berlari-lari - pasangan anda adalah liar dan agak sukar dikawal

(16) Ini yang terakhir tapi yang paling penting bagian dari ujian ini.
Dari bagaimana saya menamatkan cerita ... pendekatan tornado ...
Apa yang akan kamu lakukan? Hanya ada 3 pilihan:
(i) lari dan bersembunyi di dalam peti?
(ii) lari dan bersembunyi di bawah jambatan?
(iii) lari ke kuda, naik dan pergi?

Apa yang akan anda pilih?
Sekarang, di atas ini ditandai dengan hal-hal ini:
Tornado - masalah dalam hidup anda
peti - anda
Jambatan - kawan-kawan anda
Kuda - pasangan

(i) Jadi, jika anda memilih kotak, anda bergantung kepada diri sendiri setiap kali anda menghadapi masalah.
(ii) atau jika anda memilih jambatan, anda akan pergi ke kawan-kawan setiap kali anda menghadapi masalah.
(iii) atau yang terakhir jika kamu memilih kuda, anda mencari pasangan anda setiap kali anda menghadapi masalah.

Adakah ia benar-benar melambangkan diri anda? fikir-fikirkan...


Tuesday, March 23, 2010

Rambut berubah mengikut trend..mana paling stylo??


1-aku gmbrkan ni rambut yg kembang dan serabai..


2-pergh..ni macho giler2..kalah brad pit..rambut stylo..


3-ni gaya rambut alleycat.."terima kasih"..haha..ni retro..


4-ni rambut pacak biru..warnakan rambut dgn warna biru..


5-rambut n muka ni sgt educated ok..mmg pilihan ibu2 mertua..huhu~~

6-ni rambut smart casual..malas nak style2..


7-pergh..setiap kali tgk gmbr n rambut ni..mesti nak tergelak giler..rambut siap ade jambul jatuh lg..siap straight kan yg paling xthn..

Friday, March 19, 2010

Nasi Lemak Kopi O: 21 Februari 10

Nasi Lemak Kopi O: 21 Februari 10

Thursday, March 18, 2010

OKU kah aku??episod II

ni muka kepenatan..bkn muka down...:p..

kita masuk ke episod II OKU kah aku?tq kepada komen2 yg membina dr semua blogger..hope u kita bkn berkwn setakat di alam maya saje k..nak sgt jumpa semua..
tapi.....
.
.
.
saya ni pemalu..:-(..cmne?hehehee...
dalam blog OKU kah aku kali ni..saya nak share trip saya seterusnye...

saya ke PARIS, FRANCE...
memang satu trip yang amat2 menggembirakan dan satu kenangan yang xdpt dilupakan sampai bila2....

comel x aku berlatarbelakangkan EIFFEL TOWER..

utk pengetahuan...oleh kerana kaki aku yg xberapa nak panjang..langkah aku tersangat la kecil..kalau dikira dgn matematik..satu langkah manusia biasa bersamaan dgn 4langkah aku..
korg bygkan aku mengelilingi kota Paris..huh!!!sgt penat woo..boleh kurus..
tp aku ade kwn2 yg baik utk bantu aku...
aku yg berat ini telah di 'encang'--ala2 angkat kt belakang tu la..
korg thu aku ni ringan2 ke?makan xnak igt..ade 45kg gak..hahahaa..

kwn yg angkat aku dgn ikhlas..haha

aku yg manja...haha

tu je utk kali ni..terima lah gmbr terakhir dr aku..

Tuesday, March 16, 2010

OKU kah aku????


gambar di atas menggambarkan segala2 nye..aku berjaya memegang
"IJAZAH SARJANA MUDA DAN KEPUJIAN DALAM BIDANG TEKNOLOGI MAKLUMAT MAJOR DALAM KOMPUTERAN INDUSTRI"

betul2 hidup ini penuh dengan cabaran dan dugaan.byk betul yang aku tempuhi..suka dan duka aku blended kan sekali menjadikan aku manusia yang lebih matang dan paling penting tabah menghadapi hidup yg akan datang..

umur aku insyaAllah bln 6 ni 26tahun..apa perancangan aku utk jangkamasa yg akan dtg??
apa yg aku ingin jadi pada umur aku 30tahun?apakah seperti ini?huh!!

aku masih igt pengalaman aku 3tahun yg lepas..yang mana pengenalan aku survive di alam realiti. aku menceburi bidang perniagaan yang banyak mengajar aku..walaupun aku OKU, kaki aku yang xberapa nak panjang ni telah menjejak byk negara didunia..pengalaman aku paling manis bila aku menjejaki ke negara Japan..korang pernah ke?hehehe.gurau je..mungkin rezeki aku kali ni kut..tp mmg best..

Monday, March 15, 2010

Jom layan Yonex All England Open Championship ~ Final Live



Sunday, March 14, 2010

berani ada orang tag aku???

dalam filem "SOAL HATI" cakap.."tanpa keberanian mimpi tidak bermakna"..
dengan berani nye yaya telah mentag kan beta tanpa usul periksa..hahhaa
orang kerana beta xpernah langsung main2 tag ni..profile kat tagged ade la..hahah
so nak la try cmne n apa yg berlaku bila tag mengetag ni...
n soalan2 dia pun mcm kacang yang xperlu dikupas kulitnye..
so jawab je la..

1) ko WAJIB print skrin wallpaper yg ko gune skang.



2) Story skit asal ko suke sangat letak wallpaper ni.

suka sgt gambar ni..
1st sebb berjaya jejakkan kaki ke paris..
2nd dapat naik eiffel tower
3rd sebab gambar ni menggambarkan aku berada dibawah puncak eiffel tower..
##korang bygkan cmne cameraman amik gmbr aku yg xberada tgi ni dr bwh..hahah
merangkak abis beliau..anyway mmg salute..toink2!!


3) TAg sape2 yang ko minat..
aku limitkan 3 orang je k..^^=)

1)opy
2)wawa
3)lisa

selamat mencuba!!!!

Friday, March 12, 2010

Petua yang xmakan dek usia..leh menyembuhkan bermacam penyakit...



1. Petua Cepat DiPinang - Banyakkan Meminum Air Pinang

2. Menegangkan Kulit Muka - Stapler Tempat? Yg Kendur Tu...

3. Menghilangkan Bau Badan - Berendam Dalam Minyak Wangi

4. Melembutkan Rambut - Rendam Kepala Dalam Air Menggelegak. ..

5. Melebatkan Rambut - Cari Baja Rambut...

6. Menghilangkan Ketuat - Potong Dgn Pisau Cukur Cap Buaya... .

7. Mengempiskan Perut - Jgn Makan & Jgn Minum...

8. Mengekalkan Kecantikan - Kekalkan Mekap, Jgn Basuh2...

9. Menyegarkan Mata - Tuang Eye Mo. ..

10. Mengelak Rambut Gugur - Lumur Dengan Gam Gajah...

11. Mengatasi Tumit Pecah - Jalan Berjengket-Jengket

13. Menghaluskan Kulit Muka - Gosok Dgn Kertas Pasir

14. Menaikkan Seri Muka - Makan Kuih Seri Muka Sambil Naik Tangga..

15. Menghilangkan Bau Mulut - Minum Minyak Wangi

16. Menghilangkan Lebam Di Mata - Elakkan Dari Kena Penumbok..

####selamat mencuba!!!!hahaaa..jgn marah haa..

Thursday, March 11, 2010

Mari main Magic - Ini ke nombor telefon anda??


Is this your h/p number?

1) Key-in the first 3 digit of your handphone number (not the 01x number) into the calculator 2)multiply by 80
3)add 1

4)multiply by 250

5)plus last four digit of phone number

6)plus last four digit of phone number again

7)minus 250
8)divide by 2 at las
t


Is it your handphone number????

translate bahasa melayu=

1)memula key in 3 digit pertama hempon anda (tak termasuk 01x)
2)darab 80

3)tambah 1
4)darab 250
5)tambah 4 digit akhir nombor telefon anda
6)tambah lagi 4 digit akhir nombor telefon anda
7) tolak 250

8) bahagi 2


dapat tak nombor telefon anda?

AMAZING ISN'T IT !!!


Thursday, March 4, 2010

APA ITU BEKAM ?


tiba2 rasa nak berbekam pulak...tapi nampak menakutkan..

Bekam adalah satu perawatan kesehatan peninggalan Rasulullah SAW yang telah dimodernkan mengikuti kaidah saintifik untuk mengeluarkan sisa–sisa toksid yang berbahaya dari badan kita melalui permukaan kulit.

Ini adalah salah satu cara ‘Detoksifikasi’ (pengeluaran toksid) yang berkesan serta selamat tanpa ada kesan sampingan. Kulit adalah organ terbesar dalam tubuh, karena itu banyak toksid berkumpul di dalam kulit.

Berbekam sangat berkesan untuk melegakan atau menghilangkan kesakitan, memulihkan fungsi tubuh badan serta memberi seribu harapan pada pesakit untuk terus berikhtiar mendapat rawatan.

Bekam ialah istilah Melayu yang berarti “Pelepasan Darah”, dipanggil “Cupping” dalam bahasa Inggris. Dalam bahasa Arab diterjemahkan sebagai “al-Hijamah”.

Tubuh yang sehat dan minda yang cerdas adalah factor penting dalam hidup dan kehidupan seseorang, demi melaksanakan tanggung jawab kehidupannya. Tapi jika terlalu banyak toksid-toksid dalam badannya, akan menyebabkan ’Stasis Darah’ atau ‘Penakungan Darah’, dimana sistim darah tidak berjalan dengan lancar.

Keadaan ini sedikit demi sedikit akan mengganggu kesehatan fisik dan mental. Ciri yang muncul jika seseorang banyak toksid dalam badannya, ialah malas, murung, kerap mengeluh kurang sehat, mudah bosan, dan mudah marah. Jika ditambah lagi dengan angin yang susah dikeluarkan, kita akan bertemu dengan seorang pesakit yang terganggu emosinya, sehingga sampai pada tahap perlu berkonsultasi dengan ahli jiwa