Dalam hidup ini,memang tidak sah jika kita tidak di uji dengan kebahagiaan,cabaran dan dugaan dalam hidup.. kadang-kadang sampai suatu tahap kita akan rasa bertapa bosannya kehidupan kita, bertapa cemburunya kita dengan kejayaan yang dicapai oleh orang-orang disekeliling kita.. tapi dimanakah tahap kita?
adakah kita selesa dengan apa yang kita ada saat ini? pernah tak kita terfikir dengan apa yang kita ada sekarang ini tidak akan membawa kita kemana-mana? dan perlukah kita berubah demi mencapai sesuatu yang mungkin mustahil bagi diri kita?
banyak lagi persoalan yang timbul dalam kehidupan seharian kita.. bagi aku persoalan-persoalan ini kadangkala merunsingkan.. tapi orang kata tidak perlu difikir-fikirkan selalu kerana itu semuanya kerja tuhan.. tapi bagaimana?? memang kita tidak boleh mengubah takdir tapi kita masih lagi berusaha untuk membaiki kekurangan dalam hidup kita.
sebagai manusia,aku akui banyak kekurangan dalam diri ini.. terlalu banyak persoalan-persoalan yang bermain dalam kotak fikiran dan hanya Dia saja yang tahu jawabnya. aku hanya seorang manusia sedang berusaha untuk membaiki apa yang kurang dalam diri ini.. aku bersyukur kerana aku masih lagi bersyukur diatas semua kebahagiaan,cabaran dan dugaan yang datang dariNya.
1 comments:
yuhuu..finally, you're back!i've been waiting so long u know to read new entry from u..bnyk2 kan lah entry lagi mq..:)
Post a Comment