Sunday, November 15, 2009

MENIKMATI KEINDAHAN SUNGAI..



Apabila teman-teman mencadangkan untuk berkelah di kawasan air terjun, aku cukup teruja kerana terbayangkan air sungai yang sejuk dan jernih untuk dinikmati. Sudah begitu lama tidak mandi sungai. Last masa mandi di Ulu yam. Mula2 plan nak pergi Sungai Tekali. Pastu tukar Sungai Gabai..diorg cakap tinggi pulak..last2 pergi Sungai Congkak..huh!kali ke brapa aku pun dh xigt..byk kali la kiranye..
Sungai Congkak menjadi destinasi kami kerana ianya senang, jadi tidak perlu mengambil masa yang panjang untuk sampai dan kami boleh pergi pada waktu pagi dan balik di waktu petangnya.

Anwar dh amik aku pukul 9am dan kitorg menunggu pembawa makanan iaitu Nurul utk bergerak bersama..memang la sgt lmbt menunggu dia sampai naik down..tapi oleh kerana dia lah satu2nye sumber makanan kami..kami dgn paksa rela nye menunggu dia..haha..

Last2 sampai juga dan mulalah bergerak ke Sg. Congkak..dalam perjalanan saya tgk langit hampir gelap n mcm nak hujan..klau hujan abisla rancangan nak mandi sg ni..

Sampai2 je Sungai Congkak..mmg betul2 hujan..bapak lebat n sedih siut..tapi oleh sbb kepositifan ku berfikir secara KBKK..haha..aku amik tindakan utk menyewa 2 pondok yg berada di tepi jalan sg congkak..gile mahall..2 pondok buruk berharga RM35..byr je la..dh xde pilihan..nasib ko la tuan pondok..amik kesempatan..haha..

pas angkat barang semua dh buat muka kelaparan..Nurul pun apa lagi la..menunjukkan aksi dia dengan mengeluarkan nasi lemak yg tersedia n fyi dia bgn pukul 5.30am semata2 utk masak utk kitorg..giler terharu siut..apalagi..makan!..wachaaaa.....:p

nasi lemak special..siap ade papadom tu..nyum2..

Anwar awal2 dh terjun..xsejuk ke bro?aku mcm dh mati beku ni..huhu..

nampak muka kelaparan...haha

aku gak maintain cool tgu faten isikan makanan dlm pinggan.walaupun dlm perut sebenarnye dh berbunyi..haha



Suasana segar yang dicetuskan oleh alam begitu mengasyikkan ditambah pula dengan makanan lazat yang membuka selera serta deraian tawa rakan-rakan yang hadir bersama; suasana perkelahan di Sungai Congkak cukup perfect! Setelah hampir lima jam kami habiskan di sungai ini, tibalah masa untuk pulang ke rumah. Di dalam perjalanan pulang, hanya pemandu sahaja yang berjaga kerana yang lain semua sudah berdengkur keletihan.hehe..

1 comments:

feeda said...

x ajak pun..huhuhu!