Tuesday, November 10, 2009

ADAKAH KITA SIBUK ATAU SEKADAR PENYIBUK??


Kepenatan...

Lagi penat..huhu~


Saya sedang menghabiskan bacaan sebuah buku yang bertajuk “Sibuk atau Penyibuk?” tulisan Ahmad Fadzli Yusof, terbitan PTS. Bila difikirkan balik, apabila kita mengatakan kita sibuk, benarkah kita sibuk? Atau kita yang buat-buat sibuk?

Tak ada masa nak jalan-jalan dengan kawan, tak ada masa nak bersosial, tak ada masa dengan keluarga (kononnya sibuk dengan kerja!), tak ada masa nak beristirehat, tak ada masa nak riadah… Sebaliknya, kerja kerja kerja kerja…..

Pengalaman saya di saat awal melakukan perniagaan, soal masa memang tidak terurus. Ini saya tak mahu menafikannya sebab perniagaan bukanlah bidang saya (saya jurusan Sains Komputer). Jadi sebab baru melangkah masuk ke bidang perniagaan, saya start dari zero tanpa ada perancangan dan ilmu yang mencukupi. Saya hanya main buat sahaja. Bila rasa nak buat, saya buat, bila rasa bosan, saya tak buat. Sebabnya, saya tak ada perancangan masa.

Sehinggalah ke hari ini, saya masih sentiasa meng’optimize’kan penggunaan masa saya agar ada masa untuk semua perkara yang diperlukan sebagai seorang manusia. Ada masa untuk ibadat khusus, ada masa untuk beriadah, ada masa nak rehat, ada masa untuk kawan-kawan, ada masa untuk buat research dan yang penting bersama keluarga.

Jadi, jika anda baru memulakan bisnes atau ingin melakukan perniagaan, PASTIKAN anda sudah ada perancangan yang sekurang-kurangnya ada rangka pengurusan masa. Senaraikan apakah perkara-perkara yang perlu dan yang utama untuk dilakukan.

Elakkan menjadi kaki penyibuk iaitu semua benda nak buat. Elakkan juga menjadi seorang yang ada penyakit nak buat semua perkara dalam satu masa. Rancang apa yang nak dibuat di hari esok sebelum tidur agar anda dapat tidur dengan tenang.

Kepada bakal usahawan, jangan jadi macam saya yang bermula tanpa perancangan yang rapi… Mulalah dengan langkah kanan dan persiapan yang mencukupi. Kita adalah usahawan, bukan hanya peniaga. Seorang usahawan, perlu ada perancangan dan strategi yang baik walaupun ’simple’, tetapi ia tetap ampuh.

Jadilah diri sendiri dan utamakan yang utama. Buatlah sesuatu yang perlu sahaja dan usah sibuk dengan perkara yang tak ada kena mengena dengan kita. Lakukan sahaja tanggungjawab yang perlu kita buat dan biarkan perkara lain dilakukan oleh orang lain. Mudah bukan?

Ingat pesan saya: Jika anda menjadi usahawan tanpa ada perancangan yang baik (tak advance pun tak apa, janji clear, ada rangka dan flow), anda pasti akan kelam-kabut, keliru, kerja tak tersusun, tak tahu mana satu yang perlu diutamakan, fokus akan kurang, kerja tak berkualiti, sering terkejar-kejar, dan akhirnya….. Anda akan jadi PENYIBUK.

PS. Jika anda tanya saya, bagaimana cara menguruskan masa untuk anda, jawapannya adalah setiap orang perlu melihat (menilai/mengukur) kepada diri sendiri kerana lain orang, lain yang perlu dilakukan dan lain jalan hidupnya. Saya adalah diri saya, anda adalah anda. Saya ada jalan hidup saya, anda ada jalan hidup anda. Be yourself.

0 comments: