Thursday, November 26, 2009

PERKARA YANG TIDAK PATUT DILAKUKAN KETIKA TIDUR


Jangan tidur bersama jam tangan.

Jam tangan boleh mengeluarkan radioaktif. Walaupun jumlahnya tidak banyak, sedikit sebanyak ia boleh mengganggu kesihatan anda.



Jangan tidur dengan telefon bimbit.

Meletakkan telefon bimbit bersebelahan anda ketika tidur adalah tidak digalakkan. Walaupun ada diantara kita menggunakannya sebagai alat penggera. Para saintis telah membuktikan bahawa alatan elektrik dan elektronik termasuk telefon bimbit akan mengeluarkan sejenis gelombang yang tidak elok untuk kesihatan.

Jangan tidur dengan mekap yang masih melekat.

Jika anda biasa tidur tanpa mencuci solekan muka atau dimana-mana tempat di bahagian kulit, ia boleh mengakibatkan masalah kulit untuk jangka masa panjang. Solekan yang tidak dicuci boleh menghalang kulit daripada bernafas dan mendapat pengaliran udara yang sepatutnya. Anda juga akan mengambil masa yang lama untuk mendapatkan tidur yang lena.



Jangan tidur dengan coli

Bagi perempuan pula, anda tidak digalakkan tidur dengan memakai bra kerana ia dikhuatiri menyebabkan barah payudara melalui kajian yang dijalankan oleh saintis Amerika. Memakai bra melebihi 12 jam adalah berisiko.


melalui sumber: yang boleh dipercayai :-) "pakteh

Thursday, November 19, 2009

BERGADUH DAN BERBAIK SEMULA FITRAH MANUSIA



Biasanya, setelah pasangan bergaduh dan bertengkar, mereka mahu berdamai. Kalau boleh, mereka mahu supaya pergaduhan itu adalah yang terakhir. Jadi mereka inginkan perdamaian yang kekal. Tetapi biasanya, apa yang berlaku ialah sebaliknya. Perdamaian itu bersifat sementara. Esok lusa mereka bergaduh lagi.



Antara faktor yang menyebabkan pasangan bergaduh dari masa ke masa ialah kerena mereka tidak menggunakan teknik-teknik yang betul untuk berdamai. Pakar-pakar komunikasi interpersonal memberi panduan bagaimana cara untuk mencapai perdamaian yang tahan lama.



1-Jangan merajuk


2-Jangan menghukum


3- Jangan mendusta


4-Jangan mencari salah


5-Berhentikan bahasa negatif


6-Bercakaplah tentang hari ini dan esok


7-Senyum semula


8-Mulakan berdamai


9-Kenal pasti punca masalah


10-Kenal pasti perubahan




"Kebolehan mencari gaduh dan berkonflik dengan pasangan sendiri tidak perlu dipelajari. semua orang memiliki kebolehan itu sebagaimana semua manusia memiliki kebolehan berlari. Walaubagaimanapun hidup dengan perasaan seronok, gembira dan bahagia dengan pasangan mesti dipelajari sebagaimana manusia perlu belajar cara berlari menggunakan teknik-teknik yang betul"

Monday, November 16, 2009

"You Raise Me Up"


"When I am down and, oh my soul, so weary;
When troubles come and my heart burdened be;
Then, I am still and wait here in the silence,
Until you come and sit awhile with me.

You raise me up, so I can stand on mountains;
You raise me up, to walk on stormy seas;
I am strong, when I am on your shoulders;
You raise me up... To more than I can be."

*terima kasih kepada semua yang banyak membantu aku selama ini..xkisah sekecil kecil bantuan..sampai sebesar besar nye..tanpa korg..xthu la aku boleh bertahan sampai keharini atau pun tidak..

Sunday, November 15, 2009

HIDUP INI PILIHAN ATAU PELUANG?


Kehidupan itu adalah sesuatu yang sangat rumit. Dalam kehidupan kita selalu dihadapkan pada pilihan yang kadang bagi kita ragu untuk memilihnya. Bahkan dalam keraguan pun seolah kita tetap dipaksa untuk memilih sehingga apa yang kita lakukan seolah seperti air yang mengalir dan itulah yang membuat kita merasa dipilih. Tetapi bagaimanapun hidup itu adalah bukan hanya sekedar pilihan.

Pernahkan kita merasa bahwa kehidupan adalah suatu peluang untuk mengejar apa yang kita inginkan sehingga kita bukan hanya sekedar mengikuti arus tetapi melawan arus?. Disitulah inti dari kehidupan seberapa beranikah kita melawan arus?. Itulah yang menentukan kualitas hidup kita dengan seperti apakah arus yang kita lawan.

Bila arus yang kita lawan itu menuju ke arah yang lebih baik maka kita akan menjadi orang yang berhasil, tetapi bila arus yang kita lawan itu adalah menentang aturan maka kita akan menjadi orang yang sia-sia. Begitukah?. Hidup itu tujuan, kearah mana hidup itu menuju kita sendirilah yang menentukan. Tetapi ingatlah pula akan campur tangan Allah SWT. Maka kita akan menyadari bahwa berdoa dan berusaha adalah kombinasi yang tepat untuk suatu proses kehidupan. Hidup itu memang pilihan tetapi pilihan kita akan memenentukan peluang yang akan kita raih nantinya.

Jadi berhentilah untuk selalu mengatakan hidup ini adalah dipilih.

MENIKMATI KEINDAHAN SUNGAI..



Apabila teman-teman mencadangkan untuk berkelah di kawasan air terjun, aku cukup teruja kerana terbayangkan air sungai yang sejuk dan jernih untuk dinikmati. Sudah begitu lama tidak mandi sungai. Last masa mandi di Ulu yam. Mula2 plan nak pergi Sungai Tekali. Pastu tukar Sungai Gabai..diorg cakap tinggi pulak..last2 pergi Sungai Congkak..huh!kali ke brapa aku pun dh xigt..byk kali la kiranye..
Sungai Congkak menjadi destinasi kami kerana ianya senang, jadi tidak perlu mengambil masa yang panjang untuk sampai dan kami boleh pergi pada waktu pagi dan balik di waktu petangnya.

Anwar dh amik aku pukul 9am dan kitorg menunggu pembawa makanan iaitu Nurul utk bergerak bersama..memang la sgt lmbt menunggu dia sampai naik down..tapi oleh kerana dia lah satu2nye sumber makanan kami..kami dgn paksa rela nye menunggu dia..haha..

Last2 sampai juga dan mulalah bergerak ke Sg. Congkak..dalam perjalanan saya tgk langit hampir gelap n mcm nak hujan..klau hujan abisla rancangan nak mandi sg ni..

Sampai2 je Sungai Congkak..mmg betul2 hujan..bapak lebat n sedih siut..tapi oleh sbb kepositifan ku berfikir secara KBKK..haha..aku amik tindakan utk menyewa 2 pondok yg berada di tepi jalan sg congkak..gile mahall..2 pondok buruk berharga RM35..byr je la..dh xde pilihan..nasib ko la tuan pondok..amik kesempatan..haha..

pas angkat barang semua dh buat muka kelaparan..Nurul pun apa lagi la..menunjukkan aksi dia dengan mengeluarkan nasi lemak yg tersedia n fyi dia bgn pukul 5.30am semata2 utk masak utk kitorg..giler terharu siut..apalagi..makan!..wachaaaa.....:p

nasi lemak special..siap ade papadom tu..nyum2..

Anwar awal2 dh terjun..xsejuk ke bro?aku mcm dh mati beku ni..huhu..

nampak muka kelaparan...haha

aku gak maintain cool tgu faten isikan makanan dlm pinggan.walaupun dlm perut sebenarnye dh berbunyi..haha



Suasana segar yang dicetuskan oleh alam begitu mengasyikkan ditambah pula dengan makanan lazat yang membuka selera serta deraian tawa rakan-rakan yang hadir bersama; suasana perkelahan di Sungai Congkak cukup perfect! Setelah hampir lima jam kami habiskan di sungai ini, tibalah masa untuk pulang ke rumah. Di dalam perjalanan pulang, hanya pemandu sahaja yang berjaga kerana yang lain semua sudah berdengkur keletihan.hehe..

Tuesday, November 10, 2009

ADAKAH KITA SIBUK ATAU SEKADAR PENYIBUK??


Kepenatan...

Lagi penat..huhu~


Saya sedang menghabiskan bacaan sebuah buku yang bertajuk “Sibuk atau Penyibuk?” tulisan Ahmad Fadzli Yusof, terbitan PTS. Bila difikirkan balik, apabila kita mengatakan kita sibuk, benarkah kita sibuk? Atau kita yang buat-buat sibuk?

Tak ada masa nak jalan-jalan dengan kawan, tak ada masa nak bersosial, tak ada masa dengan keluarga (kononnya sibuk dengan kerja!), tak ada masa nak beristirehat, tak ada masa nak riadah… Sebaliknya, kerja kerja kerja kerja…..

Pengalaman saya di saat awal melakukan perniagaan, soal masa memang tidak terurus. Ini saya tak mahu menafikannya sebab perniagaan bukanlah bidang saya (saya jurusan Sains Komputer). Jadi sebab baru melangkah masuk ke bidang perniagaan, saya start dari zero tanpa ada perancangan dan ilmu yang mencukupi. Saya hanya main buat sahaja. Bila rasa nak buat, saya buat, bila rasa bosan, saya tak buat. Sebabnya, saya tak ada perancangan masa.

Sehinggalah ke hari ini, saya masih sentiasa meng’optimize’kan penggunaan masa saya agar ada masa untuk semua perkara yang diperlukan sebagai seorang manusia. Ada masa untuk ibadat khusus, ada masa untuk beriadah, ada masa nak rehat, ada masa untuk kawan-kawan, ada masa untuk buat research dan yang penting bersama keluarga.

Jadi, jika anda baru memulakan bisnes atau ingin melakukan perniagaan, PASTIKAN anda sudah ada perancangan yang sekurang-kurangnya ada rangka pengurusan masa. Senaraikan apakah perkara-perkara yang perlu dan yang utama untuk dilakukan.

Elakkan menjadi kaki penyibuk iaitu semua benda nak buat. Elakkan juga menjadi seorang yang ada penyakit nak buat semua perkara dalam satu masa. Rancang apa yang nak dibuat di hari esok sebelum tidur agar anda dapat tidur dengan tenang.

Kepada bakal usahawan, jangan jadi macam saya yang bermula tanpa perancangan yang rapi… Mulalah dengan langkah kanan dan persiapan yang mencukupi. Kita adalah usahawan, bukan hanya peniaga. Seorang usahawan, perlu ada perancangan dan strategi yang baik walaupun ’simple’, tetapi ia tetap ampuh.

Jadilah diri sendiri dan utamakan yang utama. Buatlah sesuatu yang perlu sahaja dan usah sibuk dengan perkara yang tak ada kena mengena dengan kita. Lakukan sahaja tanggungjawab yang perlu kita buat dan biarkan perkara lain dilakukan oleh orang lain. Mudah bukan?

Ingat pesan saya: Jika anda menjadi usahawan tanpa ada perancangan yang baik (tak advance pun tak apa, janji clear, ada rangka dan flow), anda pasti akan kelam-kabut, keliru, kerja tak tersusun, tak tahu mana satu yang perlu diutamakan, fokus akan kurang, kerja tak berkualiti, sering terkejar-kejar, dan akhirnya….. Anda akan jadi PENYIBUK.

PS. Jika anda tanya saya, bagaimana cara menguruskan masa untuk anda, jawapannya adalah setiap orang perlu melihat (menilai/mengukur) kepada diri sendiri kerana lain orang, lain yang perlu dilakukan dan lain jalan hidupnya. Saya adalah diri saya, anda adalah anda. Saya ada jalan hidup saya, anda ada jalan hidup anda. Be yourself.

Sunday, November 8, 2009

BILA KASIH DI KHIANATI..


Hati kita akan terguris pedih apabila bertemu dengan insan yang tidak mengenali erti kasih sayang yang murni & sejati. Kepedihan itu pasti akan terus tercalar sekiranya insan yang kita sayang berlaku curang di belakang kita. Apa yang boleh kita lakukan? Kita harus menerimanya segalanya dengan hati terbuka & segala yang tercetus ada hikmah di sebaliknya.

Meskipun kepiluan menerjah diri, kita harus redha & jangan tertekan. Ingat kepada-Nya & memang sukar untuk melupakan sidia yang pernah bertakhta di hati kita. Tapi jika kita yakin dengan langkah kita, ketenagan akan menghampiri & kebahagiaan pasti menjadi hak milik kekal di sanubari.

Bila cinta dikhianati, kita jangan terus menyerah kalah & kuatkan semangat untuk mengharungi liku – liku kehidupan ini. Sekali kecewa, tidak semestinya kita akan kecewa selama – lamanya. Insya'allah jika kita cekal & tabah kita akan mendapat jawapan pasti dimana yang baik & buruk.

Kekecewaan selalu menghampiri diri manusia tidak kiralah gagal dalam percintaan,kehidupan atau apa sekalipun yang penting seseorang itu harus tahu menjaga dirinya & tidak terlalu taksub dengan faktor keadaan.

Kalau putus cinta anggap sahaja sudah tiada jodoh, begitulah juga sebaliknya. Kita harus memikirkan masa depan kita & jagan dek kerana perkara sebegini, kita serik dan terus tertekan. Segala masalah ada jalan penyelesaian. Jika kita bijak, kita akan dapat keputusan muktamad. Berdoalah untuk kebaikkan,jangan dilupakan-Nya kerana Dia yang menentukan segalanya & Dia tahu yang terbaik untuk diri kita. Berfikirlah dengan akal yang waras, jiwa yang tenang & fikiran yang terbuka. Hukum karma itu berlaku..
Yang lebih baik pasti sedang menanti anda.

PALING PENTING JANGAN JADI HAMBA CINTA!!

Wednesday, November 4, 2009

YEAH! ADE MINAT BARU...

sebelum diubah


hAI..sejak pagi td saya dah ade minat yg baru..hehe
saya nak bermain permainan rubic cube..pernah cuba x?
saya pernah main cube ni masa kecik2 dulu..
tp hanya dpt selesaikan satu bahagian je..
tu pun dah separuh mati n pecah kepala..hahaha
bila dpt selesaikan tu rasa ckp bangga giler..hehe
selepas diubah..hebatkan??hehe

tapi harini saya belajar cmne nak selesaikan setiap bahagian yg ade
dengan setiap warna..merah,oren,hijau,biru,kuning,putih..
memang makan masa satu hari satu malam la..tp sgt
menyeronokkan n mencabar..berjalan gak la otak ni..
zal sebagai jurulatih pun pening nak ajar aku..haha
last2 dpt diselesaikan juga.
tula org cakap..usaha tangga kejayaan..
sapa nak belajar dgn saya pasni boleh la..
free je..hehe..

Tuesday, November 3, 2009

ARGHHHH..!!!SAKIT KEPALA KU...


Semua orang pasti mengalami sakit kepala, sama ada lelaki ataupun wanita, kecil mahupun dewasa. Bagaimanapun kita selalu memandang ringan sakit kepala dan tanpa disedari penyakit ini boleh mendedahkan seseorang kepada kematian.
Migrain, sakit kepala paling kerap dialami seseorang. Antara simptom migrain ialah sakit kepala yang berdenyut-denyut, muntah-muntah dan pitam. Bagaimanapun, migrain tidak mendedahkan seseorang kepada maut kerana keadaan yang dialami masih mampu dirawat dengan sempurna dan boleh dielakkan. Faktor keturunan turut menjadi punca migrain di kalangan individu tetapi penyakit ini boleh dicegah dengan mengelakkan faktor penyebabnya

PUNCA-PUNCA:-

Ketegangan
Keadaan ini boleh berlaku kepada sesiapa sahaja, terutamanya lelaki. Mereka yang tidak bijak mengurus dan mengendalikan masalah sendiri terdedah kepada sakit kepala jenis ini.
Pengambilan ubat-ubatan
Mengambil ubat tertentu untuk meredakan kesakitan boleh mendedahkan seseorang kepada sakit kepala. Pengambilan makanan yang mengandungi bahan monosodium glutamate atau MSG, kafein dan alkohol boleh menyebabkan sakit kepala.
Penyakit Metabolik
Kekurangan gula di dalam tubuh, kurang darah, kegagalan fungsi ginjal dan hati boleh menyebabkan sakit kepala.
Kecederaan kepala
Kecederaan kepala disebabkan kemalangan atau kecederaan yang serius boleh menyebabkan pendarahan di dalam otak. Pesakit perlu menjalani skan otak untuk rawatan lanjutan.
Inflamasi salur darah di kepala dan otak
Keadaan seumpama ini terdedah kepada wanita berusia 50 tahun ke atas. Sakit kepala yang dialami boleh menyebabkan mereka menjadi buta, muntah-muntah dan strok. Jika dikesan awal, mereka akan diberi ubat-ubatan steroid.
Infeksi di dalam tengkorak atau intrakranium
Keadaan ini berpunca daripada penyakit meningitis iaitu selaput otak berkuman dan ensefalitis iaitu inflamasi otak disebabkan jangkitan bakteria atau virus. Selalunya pesakit akan mengalami sakit kepala yang teruk dan demam. Antara simptom yang dialami ialah leher menjadi tegang, sawan dan koma. Pemeriksaan skan otak dan pengambilan cecair daripada tulang belakang perlu dijalankan. Mangsa hendaklah mendapat rawatan awal dan lazimnya ia berjaya disembuhkan melalui pemberian antibiotik.


CARA-CARA MEREDAKAN:-

Berehat seketika dengan berbaring.

Baring di atas katil dan pejamkan mata untuk tempoh kira-kira setengah jam

Elakkan terkena cahaya terang atau pancaran matahari.

Berehat dalam sebuah bilik yang gelap atau samar-samar kerana keadaan yang terang benderang boleh menambahkan ksakitan pada kepala.

Ketulan ais atau air sejuk boleh meredakan sakit kepala. Ambil sehelai tuala dan masukkan ketulan ais di dalam tuala kemudian lekapkan tuala pada mata untuk beberapa ketika.

Jika keadaan sejuk tidak mredakan, cuba gunakan air suam. Ambil sehelai tuala bersih dan basahkan dengan air suam kemudian lekapkan tuala pada mata selama kira-kira setengah jam.

Fikirkan perkara positif kerana sebahagian besar sakit kepala berpunca daripada tekanan perasaan dan gangguan.

PALING PENTING KENA GUNAKAN KAEDAH RAWATAN HI-TECH **E-LIFE
UNTUK KESIHATAN YANG LEBIH SEMPURNA..