Saturday, July 25, 2009

CHANGE..!!! just do it!




Dah lama sangat tak menulis sumtin kat galeri aku nih. So, sepanjang masa menyepi dari mencatatkan sesuatu ni, banyak aktiviti yang aku buat pengalaman aku dapat rasa n lihat. Banyak menda aku tgk kat sekeliling n rasa, tapi of coz yg paling aku tak suka bila aku kena demam n selesema. Lemah sgt badan rasa. Tapi nak buat camne, setiap sesuatu yang berlaku tu ada hikmahnya, cuma kita je yg tak tahu.

Pengalaman dari pergaulan actually banyak memberikan pelajaran dan pengajaran secara live untuk kita mengenali sesuatu dan jadikan bekal dalam hidup.


Kita yang sedang nak buat sesuatu untuk masa depan sentiasa berdoa supaya kita berjaya beroleh kejayaan, then bila tengok org lain berjaya kita tertanya-tanya mcm mana dorang boleh berjaya. Kita cuma tgk kejayaan dorang secara luaran, not in their shoe. So, kita taktau macam mana kejayaan tu diperolehi.


So, kita cuma memasang dan menyimpan impian. Orang cakap,


‘the best way to make your impian-impian come true is to WAKE UP’.


Yup! Ayat tu memang betul sangat. Tapi apa impian kita? Apa definasi kejayaan pada kita? Apa tindakan kita untuk gapai impian kita n berjaya?


Ramai org gagal dalam nak terjemahkan menda tu dalam suatu tindakan atau keputusan yang baik dan bijak. Sebabnya, bila kita tgk sesuatu peluang tu, kita juz tgk n membuat andaian yang negative. Then kita takut nak mencuba.


Kita sibuk kata nak cari duit lebih, nak buat part time itu ini, tapi taknak pulak bila disuruh buat part time kerja kontrak mcm org Indonesia tu buat, banyak alasan… penat la, teruk la…bukan kerja camtu yg aku nak.


Macam macam ada. Madah berhelah!


Bila kita tgk sales executive yang pakai long sleeve dgn tali leher bawa back n offer kita dgn pen jenama baru, jam tangan jenama baru kat shopping complex atau bus stop. Kita taknak juga buat camtu even tak kena angkat simen macam kerja kontrak. Tak sesuai dgn jiwa la, tak suka jual jual barang la, tak pandai nak bercakap la. Isk…banyak betul la alasan org kita ni.


So apa yang dorang nak ekkk? Apa yang kita nak? Atau just, “cukuplah dengan apa yang ada ni…”.


Betul duit tu bukan segala-galanya dalam hidup, duit tak dapat beli kasih sayang pon. Setuju.


Tapi setuju tak kalau kita katakan, segala-galanya dalam hidup ni perlukan duit?



Setuju tak kasih sayang kalau nak di ikat pon perlukan duit? Nak bagi keselesaan pada anak bini pon perlukan duit, nak buat amal ibadat, amal jariah pon perlukan duit. Setuju tak?


Semua menda dalam hidup ni perlukan duit as pemangkin. Korang nak kencing pon skrg ni kena bayar wooo!


Tapi kalau kita BERJAYA cari duit banyak banyak pon, dapat gapai semua impian kita yg material pon tetaptakde gunanya kalau masa kita terhad sangat untuktuhan, untuk keluarga kita, untuk anak bini, untuk mak ayah, untuk kawan kawan. Takde maknanya!


So, kalau nak dapat sesuatu, nak berjaya, nak cari duit lebih, nak gapai impian, nak capai sumtin, nak bagi sumtin untuk org yg kita sayang. Buat lah apa saja yangTERBAIK yang boleh memberikan kita peluang yang betul dan tak salah dari segi undang-undang untuk kita dapat semua tu.


So, kalau nak dapat sesuatu, nak berjaya, nak cari duit lebih, nak gapai impian, nak capai sumtin, nak bagi sumtin untuk org yg kita sayang. Buat lah apa saja yangTERBAIK yang boleh memberikan kita peluang yang betul dan tak salah dari segi undang-undang untuk kita dapat semua tu.


Hijrah!


‘You will never change your life until you change something you do daily.’


Aku rasa sangat terangsang bila baca semua tu. Apa sebenarnya kejayaan tu ekk?

Of coz hanya mereka yang berjaya menggapai impian mereka saja tahu apa itu KEJAYAAN dan NILAIkejayaan yg sebenarnya.


Last but not least,


‘To accomplish GREAT THINGS we must not only act,

but also DREAM not only plan,

but also BELIEVE.’

1 comments:

Faiz Saaid said...

Yakin boleh rakan muda !!!