Terlintas untuk buat entry ni semalam. Aku pergi Sri Pentas, Bandar Utama. Masa nak balik dah ni, tiba-tiba aku dilambai oleh seorang gadis cina, gaya dia lambai macam kenal aku, ala-ala kalo kawan2 jumpa. Aku pun terfikir la sape. Bila aku da dalam kereta tiba-tiba dia datang kat aku, rupa-rupanya dia wartawan Ntv7. Dia datang hanya untuk mengatakan “Tabah nya you, hebat!”. Aku memang terdiam sekejap pastu baru cakap “eh, takdelah biasa-biasa je”. Lepas tu adalah kami bertukar-tukar name card.
dah banyak kali orang cakap. sukur tabah!
Tabah ke aku? Bukan Tabah Sazwan Othman Pengulas Sukan TV3 tu tau. Ni sifat tabah.Hehe. Dah 27 tahun aku hidup dengan fizikal yang Allah berikan pada aku, sifat tabah tu dah terpupuk sejak aku sudah mampu berfikir, sewaktu abah hantar aku untuk bergaul dengan orang senasib aku di Jabatan Kebajikan Masyarakat. Tipu sungguh kalau aku tak pernah bersedih dengan fizikal aku. Tapi aku belajar, menerima dan bersyukur dengan apa yang Allah berikan pada aku. Sesuai dengan nama aku yang unik Mohd Sukur bin Ibrahim. Bila aku bersyukur dengan apa yang ada, itu yang membuat kan aku kuat dan tabah melalui setiap saat dalam hidup aku.
Boleh dikatakan 95% dari penulisan aku di blog atau status di Facebook tentang kegembiraan, kebahagian dan semangat serta segala apa yang positif….bahagia sangat ke hidup aku? Kalau nak ikutkan kesedihan terlalu banyak sebenarnya, tapi jika ada pilihan sama ada sedih atau gembira. Lebih baik gembira yang aku fokuskan, kongsikan bersama.
Banyak lagi yang aku ingin capai dalam hidup aku, ketabahan aku bukan datang dari jiwa aku bersendirian, tapi kuat disokong oleh mak dan abah, adik beradik, kawan2 rapat juga orang keliling yang sentiasa menghargai kehadiran aku dalam dunia ni.
tabah ker?
Ok, entry ni da mula touching, sebelum air mata mengalir deras aku berhenti dulu. Apa yang aku harapkan kita semua hidup bahagia, tolong menolong, saling menghargai. Tabahnya aku hari ini juga kerana anda semua yang membaca blog aku*muah!!!*
mari bekerja keras untuk berjaya!
6 comments:
yes! saya kagum dengan anda...:)
saya juga kagum! :-)
respek bro!
eh camne speech aritu ok tak
respek bro!
eh camne speech aritu ok tak
kagum dgn ketabahan awk=)
T_T
Post a Comment