Bulan lepas aku pergi Cameron Highland, biasalah rajin sangat update blog, tu yang baru terhasilnya entry ini. Hahaha....
Aku pergi sana dua hari sahaja. Hari Khamis dan Jumaat untuk elakkan kesesakan di di hujung minggu kat sana. Pergi berempat dan semuanya adalah perempuan termasuk aku lah kan? OK!
Perancangan awal nak bertolak selepas Subuh, apa kan daya pelbagai ranjau berduri terpaksa kami tempuhi. Jadi dalam pukul 10pagi baru kami bertolak menaiki kereta Renni yang sangat selesa.
hasil ketangkasan tangan ku.....hehhehe
Sebelum teruskan perjalanan ke Cameron kami singgah di tempat makan yang terbaik di Ipoh, nanti aku ceritakan dalam entry yang lain, dua tempat makan terbaik Ipoh! Kiteorang keluar kat Simpang Pulai. Hujan renyai-renyai menjemput ketibaan kami. Memang terbaik, sejuk dan kabus-kabus. Tapi buat yang memandu haruslah berhati-hati.
hujan renyai-renyai yang menemani
Sebenarnya, kali terakhir aku menjejakkan kaki di Cameron Highland adalah masa umur aku 15 tahun, jadi aku mestilah sangat eksaited terkinja-kinja nak bercuti di Cameron ni. Pemandu pelancong kami adalah Renni yang merupakan anak jati Ipoh. Wani dan Syue pulak tak pernah tau datang Cameron. Kesianannnnn.....
nampak je terus nak terloncat-loncat. kenapa tak tau
Penginapan kami di Cameron pun diuruskan oleh Renni. Kami tinggal di Tanah Rata sebab nak lebih kedamaian dan ketenangan. Jadi, sampai je Brinchang, kami tunggu auntie pemilik apartmen tu tiba. So lepak-lepak dekat area Maybank sebentar sambil merancang percutian hehe...
Tiba-tiba kereta Renni pulak tak boleh nak start. Memang kami berempat bertentang mata lah. Memang dah rasa down. Bermacam cara yang kami lakukan, nasib baik ada Syue kan? kan? Rupa-rupanya, jika tuan-tuan dan puan-puan menggunakan kereta jenis auto, gear TAK BOLEH di posisi D. sampai bila-bila pun dia tak mo start. Tuan punya kereta pun tak tahu hehehe...
Ok, selesai satu situasi, kami pun bergerak ke tempat penginapan
da sampai yeay!!!!!
bersiap siaga untuk berjalan-jalan
Selesai je angkut barang dan sesi membersihkan diri kiteorang pun mulakan langkah. Pergi ladang teh, ladang strawberi, ladang lebah dan pelbagai ladang lagi yang mampu kami pergi.
cantikkan pemandangan, salju mata memandang
comel itu pasti, hensem pun ya
Renni, Syue, Wani
tidak sampai yo!
petik sendiri, tapi memang bukan aku lah kan yang petik
Cukuplah dahulu sampai sini...nanti kan bahagian seterusnya.........
2 comments:
Hahaha...mcm2 rintangan pg tue...air takde la..sampi ipoh kedai mee kicap dh tutupla...
Insiden kete xleh start mmg klakar...gear D=xleh start enjin...igt sampai mati....hahaha
nak ikut huhuhu...
Post a Comment