Sunday, November 6, 2011

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA


anggap je la aku memang orang paling konon-konon sibuk, sebab tu baru boleh siapkan entry sempena hari raya aidil adha hehehe
~~~
alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana
masih berkesempatan menyambut hari raya aidiladha pada tahun ni..
aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia
merupakan hari untuk memperingati kisah
pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan
perintah Allah dan kesabaran anaknya Nabi Ismail
dalam melaksanakan segala perintah Allah..

bagaimana suasana sambutan aidiladha korang kat sana?
bagi aku, kemeriahan tetap sama seperti aidilfitri..
bangun pagi dan bersiap untuk pergi sembahyang raya..
almaklumla..raya ni setahun 2 kali je..
so, sembahyang raya ni memang tak boleh dilepaskan..
pemakaian tetap meriah, baju melayu satu set beserta samping..

lepas tu semestinya acara korban..
tahun ni berkesempatan sama2 ikut sembelih lembu..


kat kawasan aku ni kat masjid hanya ada 3 ekor je lembu yang dikorbankan..
tapi ramai jiran2 tetangga yang melakukan korban secara persendirian..
jiran aku ada buat korban, boleh la join..




ha, semangat kan aku tolong. kah kah kah.

semoga dengan kehadiran aidiladha memberi kita lonjakan motivasi untuk sanggup berkorban demi agama, bangsa dan negara

pss:korban masa rehat untuk update blog setiap hari. boleh sukur?




0 comments: