Tuesday, March 1, 2011

Buta Mata, Terang hati (Episod akhir Drama Hani)

Ada yang berdepan dengan krisis kewangan, ada yang berhadapan dengan masalah rumahtangga dan sebgainya, tapi jika difikirkan itu hanyalah segelintir cubaan yang datang menduga kepada kita insan biasa. yang memiliki tubuh badan yang sempurna dan akal utk berfikir.

kita mungkin tidak pernah memikirkan tentang nasib orang kurang upaya OKU, iaitu cacat penglihatan seperti buta, cacat pertuturan seperti bisu, cacat pendengaran seperti pekak. dan juga tidak memiliki tangan ataupun kaki.

tetapi kita mungkin jarang atau tidak pernah memikirkan tentang bagaimanakah golongan kurang upaya ini utk menyempurnakan tugasan mereka sebagai khalifah di muka bumi ini.

"bagaimana si bisu mengaji al-quran,
bagaimana si pekak mendengar kuliah agama,
bagaimana si buta untuk mengerjakan ibadah haji,
bagaimana si cacat mengharungi kepayahan utk menjalankan ibadah Tuhan"


Profail Insan Terpilih

Hj Mohd Lee Abdullah (Mat Lee)
anak ke 10 dari 11 adik beradik
4 daripadanya cacat penglihatan (buta)
seorang muallaf yang tekun dan taat kepada agama.

bagi memberi peluang kepada mereka yang cacat penglihatan untuk membaca dan menghayati kandungan al-quran, Persatuan orang cacat penglihatan Islam Malaysia telah mengeluarkan
Al-Quran braille kepada ahli-ahlinya..

saya sendiri kagum melihat Mat Lee membaca al-quran..
semoga beliau dijadikan contoh dan tauladan kita semua..




sempat mengenali Mat Lee lebih dekat..

Jemputan Perkahwinan...

sepanjang 2minggu lepas dan minggu lepas..memang tak putus jemputan kawin kawan2 aku..dari kl sampai ke pahang..semua telah selamat melangsungkan perkahwinan dengan jaya dan meriahnye..

aku sebagai jemputan rasmi, kena memnuhi permintaan kawan2..almaklumla..nanti aku kawin diorg taknak datang pulak..tapi kalau tak datang siap korang..aku igt sampai mati..hehehe.. so mana xgemuk nye aku ni..pasal makan memang no 1 la kan..nak buat cmne..orang dah jemput..

bila tengok kawan2 kawin ni..tiba2 hati dan naluri ini memanggil2 untuk aku berkahwin..adakah aku ni mudah terpengaruh? atau memang jodoh dah sampai? tak pun dah ada insan terpilih yang sudi menjadi peneman hidupku? semuanya bercampur baur...hahahaha..

tapi best ke kawin ni?sapa yang dah kawin skrg komen la skit..persiapan kawin cmne?berapa bulan amik masa utk siapkan semua benda..lepas kawin apa perancangan..? isteri mengandung nanti cmne? cmne perasaan dapat anak? dah ada anak cmne?hahahahaha..

complicated kan?tapi kalau xbuat mana la tahu..tulx?redah jerla...

aku kalau kawin nanti korang mesti datang tau..!!!


anyway tahniah kepada pasangan2 yang berkawin.
semoga korang kekal sampai bila2..
asam garam perkahwinan standard la kan..
selesaikan secara aman ek!!






zila n azmi

nana n najib



sue n suami..(xigt nama suami)hehe..