Saturday, January 14, 2012

CAMERON HIGHLAND PART 3

Masa nak buat entry ni aku memang banyak kali tergelak dan menggeleng-gelengkan kepala dengan kegigihan aku nak habiskan jugak perkongsian aku pergi ke Cameron walaupun dah terlalu lama,tahun lepas punya cerita ok.. hehehe dah janjikan kat Part 2 ada part 3, iaitu bahagian terakhir..



Secara umumnya, hari terakhir atau pun kedua ni, kami pergi jalan2 strawberi park, kedai bunga, beli-belah kat pasar tani kot, cari2 souvenir,  lepak kat ladang teh sambil makan jagung bakar yang kami beli kat psar tadi dan minum teh...kami sangat santai dan terhegeh-hegeh sebab memang nak buat begitu..masa bercuti je boleh terhegeh-hegeh sebab bercuti untuk berehat kan?hikhikhik..

Untuk Part 3 ni jom kita layan gambar-gambar dibawah.....



setiap 30 minit sekurang-kurangnya 1 call masuk ...








nak balik dah...


encem kan kan kan





strawberi gergasi







cactus warna warni...comel sangat


bunga segar....salju mata memandang kan?





bunga-bunga....hai bunga-bunga!



gambar hasil tangan ku....


kumbang seekor, bunga berkuntum-kuntum ehehehe


banyakkkkk nyer kaktus



eh!ni bunga ros kan?hai bunga-bunga ros!



kakak ni bagi saya souvenir..terima kasih!




strawberi choc kat sini memang sgt sedapppp.....




tengok la muka ginseng budak2 ni semua makan strwaberi choc





antara perkara wajib aku beli kalo pergi mana-mana


hujan di Cameron sgt damai




hujan-hujan pun gigih 



makan jagung bakar dengan rakussss






muka-muka pelik kami





tengok, sangat gigih nak reply mesej katmana-mana





tak payah nak bibir sangat hehehe



jawab call lagi




customer always 1st



Secara jujurnya, Malaysia sangat indah untuk dilawati....


pss: hujung tahun lepas pergi Pangkor tapi semua gambar hilang sebab masuk virus dalam memory card...sedih!

Tuesday, January 10, 2012

PENGENALAN TERBAIK 2012




Alhamdulillah.syukur....ucapan yang aku harap tidak lekang dari bibir dan hati aku... 10 Januari 2012, dan aku masih bernafas....menutup tirai 2011 sepuluh hari yang lalu dengan penuh rasa rendah diri dan keazaman untuk menjadi lebih baik buat 2012.




Sangat sibuk sejak penghujung 2011 sebab salah seorang tulang belakang company aku terpaksa pulang ke kampung atas alasan kesihatan, sama-sama doakan beliau cepat sembuh.. Bila dah tak da depan mata baru rasa betapa pentingnya setiap orang yang selama ini ada disisi kita. Banyak juga tak terkejar, namun selagi mampu Insyaallah aku buat yang terbaik untuk semua. Memang balik rumah untuk tidur dan mandi je..

Alhamdulillah untuk 2012, dah dua ceramah motivasi yang aku jayakan. Pertama di Kolej KFC dan yang kedua untuk SPAD (Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat)

pelajar-pelajar kolej KFC..abisla lepas ni gemuk semua sebab selalu makan ayam kfc..:)

staf SPAD yang banyak pengalaman hidup pun sudi mendengar perkongsian saya..



Untuk perniagaan  pula, alhamdulillah, ada rezeki buat aku yang berusaha sangat gigih. D Strike Solution aku harapkan akan lebih maju dan berjaya..nak juga merasa close projek ratus-ratus ribu dan juta juta..belum pernah rasa lagi dan sangat ingin merasa..korang doakan tau hehehehe...

Sesiapa yang perlukan perkhidmatan membeli dan memasang karpet sama ada karpet pejabat, kArpet surau, karpet masjid ,rumah, spa dan lain lain boleh la hubungi aku... aku juga adalah penjual pelbagai jenis kanopi dan peralatan terus dari kilang. Harga yang aku tawarkan sangat berpatutan dengan perkhidmatan yang terbaik hehehehe (over yer t-up diri) Untuk pertanyaan lanjut boleh lawat blog perniagaan aku atau hubungi terus aku okeh!

saya bukan sahaja seorang bos yang baik hati, malah seorang pekerja yang rajin..wink2..:)

Untuk diri sendiri pula, kecik hati ya tuan-tuan dan puan-puan bila azam tahun 2011 nak kawen tak tercapai, mari berusaha untuk 2012 pulok! 


Ok, tolong gembira untuk aku yang sangat gembira sebab berjaya update entry pertama 2012 selepas 10 hari...


pss: menang GA kak ina kl..dapat RM30 yeay!nak simpan masuk ASB untuk simpanan nak kawen.