Wednesday, September 7, 2011

SEKILAS RAMADHAN & SYAWAL

Penat dek kesibukan dunia yang tak terkejar *insaf* alhamdulillah, untuk segala rezeki, semoga rezeki itu penuh keberkatan dari Nya


Ramadhan yang lalu banyak mengajar erti kesabaran. Kesabaran yang kadang kala tiada patah perkataan lagi yang mampu menyampaikan maksud sebuah kesabaran itu buat hamba kerdil ini

Alhamdulillah, cukup sebulan berpuasa, Syawal pun telah tiba. Hari ini pun 9 Syawal.

Syawal mengajar diri untuk cukup mengenali erti bermaaf-maafan. Aku hamba kerdil ini, pastinya terlalu banyak perkara yang perlu aku pohon kemaafan. Maaf zahir batin semua, atas segala perlakuan dan tindak tanduk yang melukakan

semoga bulan mulia ini dapat kita sama-sama manfaat kan untuk meraikan kejayaan di bulan ramadhan, manfaat kan sebagai peluang bermaafan-maafan setulus hati

minggu yang sibuk sedang dijalani, hujung minggu ni akan ke Uitm Segamat memenuhi jemputan ceramah motivasi, jom sesiapa di sana kita bertemu mesra!halo-halo ok!

jom layan gambar2 1 Syawal

tidak dapat dinafikan kehensoman dan kecomeylan diri ini siap bersampin di pagi raya

mak, sukur mintak maaf zahir batin...sayanggggggg mak, tahun depan 1st day raya sukur da raya umah mertua dah...nanti rindu macam mana?

seluar dan baju yang di repair oleh mak....beli mahal-mahal tapi separuh darinya di buang sbb saya comel sgt kan? kan?



3 cukup la kan.

Saturday, September 3, 2011

Jurukamera bernamaTV maut ditembak di Somalia

KUALA LUMPUR, (Bernama) - Jurukamera BernamaTV Noramfaizul Mohd Nor, 41, meninggal dunia setelah terkena tembakan curi semasa membuat liputan Misi Kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia dan BAKTI di Mogadishu, Somalia malam ini.

Wartawan BernamaTV Khairulanuar Yahaya yang turut serta dalam misi itu berkata kejadian itu berlaku semasa Noramfaizul bersama rakan media elektronik yang sedang menaiki trak dalam perjalanan ke sebuah pusat komersil untuk menghantar berita telah terkena tembakan curi yang mengenai bahunya dan menembusi parunya.

Kejadian itu berlaku pada pukul 10.30 malam waktu Malaysia, dan Noramfaizul meninggal dunia semasa menerima rawatan pada pukul 11.07 malam waktu Malaysia (Malaysia lima jam lebih awal dari Mogadishu), katanya.

Khairulanuar berkata tembakan itu ditujukan kepada trak tentera kerajaan yang mengiringi pasukan media dalam liputan berita telah tersasar dan mengena Noramfaizul yang duduk berdekatan tingkap.

Misi tersebut yang berlepas pada 28 Ogos dari Kuala Lumpur, dijangka pulang 8 Sept ini.


#takziah dari kami seluruh rakyat Malaysia..bersyukur sangat dengan keamanan Malaysia..