Tuesday, July 5, 2011

SENSITIF ITU PENTING


aku sangat sensetif terhadap apa yang berlaku di sekeliling aku..
setiap yang aku pandang, mesti akan membawa
unsur positif dalam diri, tak kisah la dari segi apa..

tadi jumpa kawan, tengok cara pemakaian dia. smart, elegant dan hensom..
tengok dari bawah sampai atas..baju jenama apa dia pakai, seluar jenama dia pakai, kasut jenama dia pakai. wallet jenama apa dia pakai, sampai jam tangan pun aku tengok.. memang detail abis la.. sebab suka tengok orang lain dan nilai kat diri sendiri..

pastu gi parking lot tengok banyak kereta mewah2 parking kt situ..
ada BMW, Mercedez, Mini Cooper, Fair lady..
memang stylo abis..tertunggu2 juga sapa la empunya kereta2 mewah ni..rasa nak tahu sangat..lagi sakit hati bila driver dia seorang yang sangat biasa dari mata kasar..
pergh..memang bertuah badan kalau dapat memiliki sebuah kereta mewah tu..

bila pusing2 KL tak pun Selangor..tengok rumah2 besar..rasa teringin sangat nk memiliki rumah2 besar tu..kalau boleh bungalow 2tingkat, dalam kawasan rumah ada kolam renang..best giler..time tu mesti aku bersungguh2 belajar berenang..

semua apa yang aku pandang memotivasikan aku lagi untuk tidak boleh malas..kena rajin, sangat rajin dan terlalu sangat rajin...untuk memiliki apa yang aku inginkan..
paling penting tak boleh putus asa..

tak la wajib mana..tapi ia menjadi goal setting bagi aku untuk tidak bersenang lenang dengan apa yang aku miliki sekarang...

jom berusaha!! tak kisah orang cakap kita berangan-angan asalkan ada angan2 dari orang yang hanya duduk diam tanpa berbuat apa2...

Saturday, July 2, 2011

Kawan Makan Kawan


Rasulullah SAW dalam sebuah hadisnya menyatakan,

"Ketahuilah bahawa di dalam badan ada seketul daging, apabila ia baik, baiklah badan seluruhnya dan apabila ia rosak, rosaklah sekaliannya, ketahuilah! Itulah yang dikatakan hati." (Hadis Riwayat Al-Bukhari Muslim)


aku cuba menjadi yang terbaik untuk semua orang. aku cuba untuk menggembirakan hati semua orang. aku cuba untuk menenangkan hati semua orang..

tapi ternyata aku silap..
ada orang yang mempergunakan kebaikan ku. ada orang yang mengambil kesempatan keatas kebaikan ku. ada orang yang mengambil peluang atas kebaikan ku ini..

tapi kenapa??apa salah aku? apa dosa aku sampai dia buat aku macamni? adakah sebab kesempitan hidup membuatkan dia bertindak mengikut hati dan perasaan tanpa mementingkan perasaan orang lain? adakah sebab desakan wang membuatkan dia lupa bahawa ada orang yang dulunye sentiasa mendoakan kejayaan dia..

nak buat cmne kan..ini realiti kehidupan..tak namanye manusia kalau tak berubah. tak kira la dari jahat ke baik ataupun dari baik ke jahat.. tak namanye manusia la kalau takde sifat iri hati ataupun cemburu terhadap kejayaan orang lain.


aku membina apa yang aku ada sekarang bukannya senang. puas dah jatuh tersungkur, puas dah kena hempap tangga, puas dah lemas dek lautan dalam, puas dah sesat dek hutan tebal. aku jadikan semuanya sebagai tali, pelampung, dan jambatan untuk aku berjaya.


atas usaha dan inisiatif sendiri, atas berkat doa yang tak pernah jemu, atas redha dan tawakal yang tak pernah kenal penat...aku merangkak, berjalan dan berlari untuk capai apa yang aku inginkan...

aku takkan membina istana emas atas penderitaan orang lain.
masih ada sifat naluri kemanusiaan dalam diri ini.
mungkin keturunan aku bukan dari keturunan yang jahat, tak pun didikan yang cukup dari keluarga aku membuatkan aku sebergini. paling kurang pun aku sendiri sedar bahawa tak elok untuk melakukan kejahatan terhadap orang lain.

maaf sekiranya aku bersalah. maybe ada keburukan aku juga yang kau tak mampu luahkan.. tapi kita boleh berbincang kan?

berat mata memandang, berat lagi bahu ku memikul.
ko mana tahu??