Monday, August 6, 2012

Tahniah Datuk Lee Chong Wei - Perak Sukan Olimpik 2012

Salam 1 Malaysia..cewahhh..ada macam Perdana Menteri berucap tak?hehe..
harini aku rasa teruja nak mencoret sesuatu kat blog aku ni..almaklumla..blog pun hampir bersarang labah-labah..siap tebuan pun boleh memproses madu kt blog aku ni kalau lama ditinggalkan..hehe..

fokus kepada topik utama harini..seperti yang korang sedia maklum..2-3 harini...aku pasti seluruh rakyat Malaysia tertumpu pada perjuangan atlet Malaysia pada Sukan Olimpik 2012..dan yang utama semestinya acara kegemaran iaitu badminton..

Dalam blog aku tahun lepas aku pernah tulis 12 fakta yang korang perlu tahu pasal wira negara ni iaitu
 Datuk Lee Chong Wei..tak tahu apa fakta tu? boleh baca di SINI..

Sesiapa terlepas Perlawanan Akhir badminton sukan olimpik 2012 tadi memang rugi..korang boleh tonton balik di mana jua channel yang korang nak cari..:)..sebab apa aku cakap korang kena tonton juga? sebab perlawanan tu memang membuatkan korang rasa bangga sangat menjadi rakyat Malaysia..




aku tadi menonton Final tu kat rumah..tonton dengan sepupu2..memang menjerit2 kitorang semua...tahap macam berada dalam stadium..masa DLCW menang tu kami bersorak bagai nak giler..semangat MALAYSIA BOLEH la katakan..:p..paling mendebarkan masa DLCW hampir tewas dengan Lin Dan tu kami semua siap tengok celah2 tembok je..takut punya pasal..haha.. dapat  rasa sangat degupan jantung DLCW masa tu..hanya dia je yang tahu berapa besar dan beratnya tanggungjawab yang dia pikul demi mengharumkan nama negara..

walaupun DLCW baru baik dari kecederaan, semangat juang yang dia tunjukkan amat2 membuatkan bulu roma aku tegak semuanya..nasib mungkin tak menyebelahi dia..daripada segi skill dan teknik permainan pada aku DLCW dan Lin Dan memang sama hebat..tapi kekuatan Mental dan Tekanan emosi lebih memihak kepada Lin Dan..

Jujur aku cakap, kalau nak ikutkan Atlet Malaysia daripada skill untuk sukan tertentu memang dah tahap jagohan dunia..tidak dapat disangkal lagi..tapi aku rasa atlet Malaysia masih kurang dari segi ketahanan Mental dan tekanan semasa perlawanan..perjuangan dah ada..cuma tak fight till the end..itu pendapat aku la..aku percaya kalau Malaysia memandang serius perkara ni, Insyaallah Malaysia pun akan jadi kuasa besar sukan satu hari nanti..Yerla..yang berjuang tu manusia..manusia tu sifat lumrah nya ada fizikal, hati dan perasaan..semua elemen tu memang tak leh dipisahkan...so, semua tu perlu dititik beratkan untuk melahirkan seorang insan yang berwibawa..1 MALAYSIA!! tiba-tiba..hehe..



apa pun, TAHNIAH dari aku dan aku dapat rasakan seluruh rakyat Malaysia pun akan mengucapkan kata2 yang sama kepada wira badminton kita DLCW atas kejayaan meraih pingat Perak di Sukan Olimpik 2012 di London. Walaupun tumpas di tangan Lin Dan dengan hanya 2 mata, namun semangat juang Datuk Lee Chong Wei yang jitu sepanjang tempoh perlawanan memang perlu di beri tabik hormat....aku nampak sukan telah menyatukan kami rakyat Malaysia tidak kira bangsa ataupun fahaman politik. TAHNIAH!



Kemenangan Lin Dan hanya pada pingat dan nama, tetapi kemenangan DLCW adalah kemenangan hati seluruh rakyat Malaysia dengan semangat kesukanan yang tidak mahu mengalah dan berjuang hingga ke akhirnya..DLCW patut dijadikan ikon negara dan menjadi role model untuk kita semua..

Sekarang seluruh dunia dah tahu siapa Malaysia dan siapa rakyat Malaysia sebenarnya..
MALAYSIA BOLEH!!!





jelas nampak kesedihan di wajah Datuk Lee Chong Wei..tak pe Datuk..kami rakyat Malaysia masih mampu beli aiskrim Baskin Robin tu sendiri..tak perlu nak makan yang free je..hehe..

### malam ni nak tidur sambil peluk raket badminton kat rumah ni..mana tahu mimpi jadi wira negara gak..hehe..nite kawan-kawan...


iklan: dah beli beli tudung/ shawl raya untuk kelihatan gojes dan menawan? beli dari ropolropol.com dan tulis dalam pm anda 'geng sukur ibrahim'... saya nak tumpang pos kad raya..cute tak? hahaha. bye!

Saturday, August 4, 2012

SALAM RAMADHAN

Assalamuaikum...

Bismillah...

Alhamdulillah.. Hari ni dah 15 Ramadhan.. Sangat cepat masa berlalu kan? dan aku belum berkesempatan pun nak ucap Salam Ramadhan pun di blog ni....Kat facebook terlalu kerap dah... Salam Ramadhan pembaca sekalian!

Masa 1 Ramadhan yang lepas memang aku pulang ke kampung halaman di Melaka.. dapatlah berpuasa dan berbuka dengan keluarga... Semua berkumpul..memang syiokkk la lagi-lagi bila makan nasi ayam terbaik dari hati tukang masak!

semua ahli keluarga ada siap kena amik meja extra bergabung..hehehe..


Alhamdulillah, perniagaan D STRIKE SOLUTION menjelang Ramadhan dan Syawal memang semakin maju untuk memasang karpet surau atau masjid..

Sesuatu yang aku nak kongsi..kebanyakan job yang aku dapat pada bulan Ramadhan atau beberapa minggu sebelum Ramadhan adalah dari pihak individu penderma yang nak derma dalam bentuk menukar karpet surau atau masjid tersebut....Memang aku kagum dengan ramai manusia berhati mulia yang boleh menderma dengan sangat banyak untuk kemudahan orang ramai.. Ramai sangat orang yang berhati mulia kat Malaysia ni..

Ada juga yang bila karpet masih elok dan boleh digunakan mereka ambil perkhidmatan mencuci karpet surau atau masjid dari aku! Sangat bersyukur dengan rezeki yang Allah kurniakan kepada aku pada bulan yang penuh keberkatan..

karpet surau hasil kerja kami sepasukan! Dapatkan perkhidmatan dari kami ok! D Strike Solution!


Untuk pembaca semua, jika memerlukan perkhidmatan dari aku boleh la hubungi aku tau! Perkhidmatan yang terbaik pasti aku bagi dan paling penting ada free gift!.... Apa free gift nya--->>> sebuah perkenalan mahupun persahabatan yang berpanjangan* hahahaha.. tula free gift paling bermakna dari aku. Aku sangat suka menambah kenalan dan untuk pengetahuan korang sangat ramai dari kalangan pelanggan aku yang jadi kawan aku walaupun sebelum ni langsung tak kenal! *lempang*

Ramadhan kali ni baru kebanyakannya tapau dari bazar Ramadhan dan makan di rumah dengan rakan-rakan ... Baru sekali makan buffet di Kampung Pengantin, Setapak. RM25 nett! Murah dan berbaloi tu yang aku pergi hehehehe..... Sedap sangat menu yang ditawarkan! Takde sapa2 nak ajak berbuka bersama ke?

dengan ahli D STRIKE SOLUTION n RopolRopol.com dan kawan sekolah rendah aku! KG PENGANTIN


selitan: Buat yang menjadi pelanggan RopolRopol.com semasa korang order melalui PM di facebook mereka masukkan "geng Sukur Ibrahim" dan aku akan tumpang untuk poskan kad raya dari aku! Tau-tau!



membantu geng ropolropol di bazar!