Monday, October 19, 2009

Langkah Meningkatkan Mood Anda..


Sebagai seorang pelajar, kita seringkali sibuk dengan kuliah/kelas, assignment/homeworks yang perlu dihantar sehinggakan berasa tertekan dengan segala tanggungjawab yang perlu kita galas. Mungkin anda pernah mengalami satu perasaan di mana, setiap kali anda bangun dari tidur, anda hendak bebas daripada segala dugaan yang sedang anda lalui ini. Usah risau, kerana ada berbagai-bagai jawapan bagi permasalahan ini!

Setiap orang ada cara tersendiri bagi memulihkan mood mereka. Langkah-langkah yang hendak saya kongsikan dalam post kali ini hanyalah sebahagian teknik yang boleh anda aplikasikan dalam kehidupan seharian anda…

1. Luangkan masa bersama keluarga anda.Lakukan sesuatu yang boleh membuatkan fikiran anda bebas daripada urusan kebiasaan seharian anda. Anda mungkin boleh bersiar-siar bersama keluarga anda di taman, berbasikal atau meluangkan masa di perpustakaan dengan membaca buku kegemaran anda. Cuba lakukannya setiap hari agar anda kembali cergas dan ceria untuk meneruskan rutin harian anda.

2. Cuba luangkan masa bersama-sama rakan-rakan. andaIanya hampir sama seperti di atas, bezanya kali ini, anda meluangkannya bersama rakan-rakan anda. Mereka boleh memberikan sokongan yang berpanjangan setiap kali anda tidak mempunyai mood yang baik. Ianya banyak membantu anda agar lebih optimistik dalam setiap tindakan anda.

3. Dapatkan tidur yang secukupnya. Kajian menunjukkan sekiranya anda tidak mendapatkan tidur yang secukupnya, anda akan berasa letih serta tidak bersemangat untuk meneruskan kerja-kerja anda. Sekiranya perkara ini berlaku, cuba ambil sedikit masa untuk merehatkan badan anda dengan tidur seketika agar badan anda lebih bersedia untuk terus bekerja.

4. Makan ikan berlemak. Kajian menunjukkan bahawa lemak Omega 3 dalam ikan Salmon dan ikan berlemak yang lain akan meningkatkan mood anda. Jika anda tidak suka memakan ikan, anda boleh mengambil makanan tambahan berupa lemak ikan seperti Omega 3.

5. Latihan jasmani. Suatu ketika dahulu, saya sentiasa cergas untuk pergi ke kelas, melakukan kerja-kerja yang diberikan oleh cikgu dan menyempurnakan tugas-tugas sebagai seorang pengawas di sekolah. Bila saya fikirkan semula, satu perkara yang benar-benar membantu saya meningkatkan tahap kecergasan badan dan minda saya adalah melalui riadah atau latihan jasmani. Sekiranya anda jarang melakukannya, lakukannya secara berperingkat. Tidak perlu memaksa badan anda untuk melakukannya melebihi had kebiasaan anda.

6. Makan buah-buahan dan sayuran. Kurangkan memakan makanan yang telah diproses dan lebihkan memakan makanan yang segar seperti buah-buahan, sayuran, daging dan kekacang. Ianya akan menjadi bahan bakar kepada tubuh badan anda melalui kandungan nutrisi terbaik yang terkandung di dalamnya. Sudah pasti sekiranya tubuh anda memiliki kandungan nutrisi yang seimbang, ianya dapat membantu anda mengatasi cabaran-cabaran mendatang dengan lebih mudah.

7. Bersabar dan sayangi diri anda. Kadangkala apabila kita merasa terbeban dengan tanggungjawab yang digalas, kita lebih mudah untuk menyalahkan diri sendiri sekiranya perkara yang kita jangkakan tidak berlaku sepertimana yang kita harapkan. Cuba luangkan satu waktu untuk anda menetapkan matlamat anda dengan lebih jelas setiap hari.Kekalkan sikap yang positif dan harus diingat bahawa, anda memerlukan masa untuk berasa positif tentang setiap perkara yang anda lakukan. InsyaALLAH, lama-kelamaan mood anda akan meningkat lebih baik dari semasa ke semasa. Sabarlah, dan sayangai diri anda!

0 comments: