Saturday, October 31, 2009

PENGORBANAN..


Apakah maksud istilah ini?

Istilah seperti ini sering berkumandang di telinga terutamanya di musim Hari Raya Aidil Adha. Istilah sebesar ini semestinya membawa pengertian yang pelbagai dan boleh merungkai pelbagai maksud dan andaian yang tersendiri.

Hakikatnya, pengorbanan adalah berlandaskan jiwa itu sendiri samada ianya menggambarkan niat sebenar dihati ataupun tidak.Cuba kita lari dari memikirkan maksud besar istilah pengorbanan itu dan kita beralih kepada perbuatan yang menggambarkan pengorbanan itu sendiri. Pelbagai persoalan bermain di fikiran aku mengenai pengorbanan:

Kita sering melalukan pengorbanan.
Hakikatnya pengorbanan itu mestilah dilakukan dengan ikhlas. Ya, ikhlas, ayat yang amat tepat untuk orang yang betul-betul mampu untuk melaksanakannya. Bagi aku, yang hati tidak berapa teguh ini, kadang kala terfikir, adakah aku betul-betul ikhlas? Tidak adakah secebis perasaan seperti sesuatu pengorbanan itu memerlukan balasaan yang setimpal...?
secebis mungkin banyak...apa kata sekelumit perasaan? Sebagai manusia biasa, aku tidak mungkin lari daripada memikirkan semua itu. Bila sesuatu pengorbanan yang dilakukan itu tidak mendapat sekelumit ganjaran, kadang kala timbul perasaan tidak puas hati.

Hurm, persoalan yang sukar untuk dijawab. Biarlah perasaan tidak puas hati itu wujud, aku percaya perasaan itu akan luput dan hilang bila masa berlalu. Memendam perasaan mungkin cara yang salah tapi mungkin juga cara yang terbaik bagi aku. Tepuk dada, tanya selera.Oleh kerana iman dihati ini tidaklah setebal mana, kadang kala terpikir dunia ini tidak adil. Seringkali apabila mendengar orang berkata dunia tidak adil , kita sering mencantas kata-kata itu dengan mengatakan setiap yang berlaku ada hikmahnya dan kita harus bersabar. Memang benar, tapi bila sesuatu yang mengecewakan dan menghampakan berlaku keatas diri sendiri , barulah kita sedar meungkapkan kata-kata itu merupakan perkara yang mudah untuk dilakukan.

Hurm, mungkin bersabar adalah perkara yang terbaik, dan ini mungkin salah satu pengorbanan. Alamilah sendiri, apabila memberi nasihat, letak diri dalam keadaan itu.Apabila melakukan sesuatu pengorbanan, pada mulanya kita terfikir, pengorbanan itu kecil dan biasa sahaja. Apabila dibandingkan dengan orang lain, mengapa orang lain tidak melakukan perkara yang sama , dalam erti kata lain tidak melakukan pengorbanan macam kita lakukan, tetapi dia mempunyai kehidupan atau kesenangan yang lebih baik dalam hidupnya. Selepas itu kita akan terfikir, mengapa kita harus melakukan pengorbanan itu? Adilkah semua ini. Situasi semua ini memerlukan satu jawapan. Dan, bagi aku , aku mungkin telah temui jawapannya, semua perkara yang berlaku ada hikmahnya. Tapi jawapan itu hanya aku dapat setelah aku berfikir untuk sekian lama. Hurm...dunia.Mungkin aku salah dalam mentafsirkan semua itu dan inilah aku, seorang insan biasa.
Bagi orang yang sentiasa mempunya nasib yang baik dalam hidupnya, bersyukurkah dan jagalah apa yang diperolehi dengan sebaiknya . Tapi, bagi orang yang nasib sentiasa tidak menyebelahinya, bersabarlah dan ingatlah satu perkara, setiap perkara ada hikmah disebaliknya. Dunia hanya sementara, selagi kita bersabar dan redha, kehidupan yang lebih baik mungkin menanti kita di akhirat kelak. Inilah satu pengorbanan yang besar dalam hidup kita.

Friday, October 30, 2009

SARAPAN PAGI KUATKAN OTAK



Petua orang tua-tua, untuk kekal sihat dan langsing, mesti jadikan sarapan sebagai amalan. Lebih awal waktu sarapan, lebih baik. Orang dulu bercakap berdasarkan pengalaman dan berita baiknya, ia disokong kajian sains di seluruh dunia.

Malah, pakar pemakanan juga sependapat; sarapan pagi adalah sumber pertama untuk memulakan hari kita, sebagaimana dituntut dalam Islam untuk bangun bersahur, walaupun ada yang boleh bertahan sehingga menjelang waktu berbuka.Kajian terbaru menunjukkan, orang yang bersarapan secara tetap menikmati kehidupan berkualiti, tersusun, bersikap positif, lebih langsing dan memiliki daya tumpuan lebih baik.Pemilihan sarapan, terutama yang kaya karbohidrat, membekalkan tenaga, mampu menahan rasa lapar dan mengawal keinginan untuk makan di antara waktu sarapan dan makan tengah hari.Malangnya, ramai meninggalkan sarapan dengan alasan tiada selera makan pada waktu pagi atau tidak sempat (kerana bangun lambat).
Jika anda tergolong dalam kumpulan ini, ada baiknya anda terus membaca untuk mengetahui ‘rahsia’ di sebalik hidangan ringkas yang dipanggil sarapan.Ada saintis menggelar sarapan sebagai makanan untuk otak. Kajian menunjukkan sarapan ada kaitan rapat dengan kecergasan mental. Secara ringkasnya, sarapan dikatakan memberikan kesan positif terhadap aktiviti otak - lebih cergas, peka dan fokus.Ini secara tidak langsung mendatangkan pengaruh positif terhadap diri individu itu untuk melaksanakan tugasnya, sama ada di sekolah atau tempat kerja; walaupun hanya mengambil sarapan seringan sekeping roti dan secawan kopi.Rangsang Paras
GlukosKarbohidrat yang diambil pada waktu pagi akan merangsang paras glukos dan mikro nutrien dalam otak. Contohnya, vitamin B yang diperkaya dalam roti dan bijirin sarapan dikenal pasti mampu memberikan kesan positif kepada fungsi otak.
Kesan lebih ketara di kalangan kanak-kanak dan remaja yang mengambil sarapan kaya karbohidrat kompleks ialah mereka boleh menumpukan perhatian terhadap pelajaran dan menyelesaikan masalah dengan lebih baik. Justeru itu, tidak hairan jika pengusaha roti dan bijirin berlumba-lumba menghasilkan produk yang diperkaya dengan pelbagai khasiat dan vitamin.Kajian dijalankan Food Facts Asia dengan kerjasama empat universiti di Asia ke atas remaja berusia antara 10 hingga 12 tahun yang mengamalkan sarapan rata-rata jauh lebih langsing dan kurang berdepan masalah berat badan berlebihan. Bahkan, kajian di Amerika Syarikat ke atas 3,000 sukarelawan menunjukkan mereka dapat mengurangkan berat badan dan mengekalkan berat badan unggul dengan hanya mengamalkan sarapan.Walaupun ada banyak pilihan untuk sarapan seperti nasi lemak, mi atau mihun goreng, tetapi ramai lebih suka sarapan ringan dan ringkas. Ini termasuk roti, bijirin dimakan bersama susu serta jus buah yang tanpa disedari membekalkan banyak khasiat seperti Vitamin A, B dan D, zat besi, kalsium serta zink.Tabiat meninggalkan sarapan lebih kerap berlaku di kalangan orang dewasa kerana tidak sempat dan beranggapan mereka boleh tahan lapar. Bagaimanapun, sikap ini sebenarnya lebih banyak merugikan, terutama kepada mereka yang ingin mengurangkan berat badan.Dalam keadaan lapar, kita terdorong untuk makan lebih banyak - bermakna lebih banyak kalori dan lemak dalam badan. Akibatnya, masalah berat badan kita tidak mungkin selesai dan mungkin lebih buruk.Banyakkan Serat dan BijirinRamai beranggapan menyediakan sarapan berkhasiat mengambil banyak masa. Ia tidak semestinya betul.Demi kesihatan, apa salahnya kita beralih daripada kebiasaan kepada sandwic roti berserat tinggi atau bijirin diperkaya vitamin serta susu dan buah-buahan segar boleh dihidang di atas meja dalam beberapa minit saja.
Jika tidak sempat makan di rumah, bawalah bekal yang sudah disediakan ini ke tempat kerja.Makanan kaya serat penting untuk melawaskan sistem perkumuhan dan mengawal berat badan. Untuk meningkatkan pengambilan serat harian, ambillah bijirin sarapan, buah-buahan dan sayur-sayuran.
Awal tahun ini, ada baiknya jika kita memulakan tabiat baru dengan mengamalkan pengambilan sarapan yang sihat secara teratur. Caranya, sediakan bahan-bahan sarapan sebelum masuk tidur dan bangun awal setengah jam supaya anda boleh menikmati hari cemerlang!

GEJALA, PENYEBAB DAN AKIBAT STROKE


Stroke termasuk penyakit serebrovaskuler (pembuluh darah otak) yang ditandai dengan kematian jaringan otak (infark serebral) yang terjadi kerana berkurangnya aliran darah dan oksigen ke otak. Berkurangnya aliran darah dan oksigen ini boleh disebabkan berlakunye sumbatan, penyempitan atau pecahnya pembuluh darah.
WHO mendefinisikan bahawa stroke adalah gejala-gejala defisit fungsi susunan saraf yang diakibatkan oleh penyakit pembuluh darah otak dan bukan oleh yang lain dari itu.


Stroke dibagi kepada dua jenis iaitu: stroke iskemik mahupun stroke hemorragik.


Stroke iskemik: tersumbatnya pembuluh darah yang menyebabkan aliran darah ke otak sebahagian atau keseluruhan terhenti. 80% stroke adalah stroke Iskemik. Stroke iskemik ini dibagi menjadi 3 jenis, iaitu :
Stroke Trombotik: proses terbentuknya thrombus yang membuat penggumpalan.
Stroke Embolik: Tertutupnya pembuluh arteri oleh bekuan darah.
Hipoperfusion Sistemik: Berkurangnya aliran darah ke seluruh bahagian tubuh kerena adanya gangguan denyutan jantung.
Stroke hemoragik adalah stroke yang disebabkan oleh pecahnya pembuluh darah otak. Hampir 70% kes stroke hemoragik terjadi pada penderita hipertension.
Stroke hemoragik ada 2 jenis, yaitu:
Hemoragik Intraserebral: pendarahan yang terjadi didalam jaringan otak.
Hemoragik Subaraknoid: pendarahan yang terjadi pada ruang subaraknoid (ruang sempit antara permukaan otak dan lapisan jaringan yang menutupi otak).


Faktor Penyebab Stroke


Faktor risiko medic, antara lain Hipertension (penyakit tekanan darah tinggi), Kolesterol, Aterosklerosis (pengerasan pembuluh darah), Gangguan jantung, diabetes, stroke dalam keluarga, Migrain.
Faktor risiko perilaku, antara lain Merokok (aktif & pasif), Makanan tidak sehat (junk food, fast food), Alkohol, Kurang olahraga, Mendengkur, Kontrasepsi oral, Narkoba, Obesitas.
80% pesakit stroke adalah hipertension dan arteriosklerosis, Menurut statistik. 93% pengidap penyakit trombosis ada hubungannya dengan penyakit tekanan darah tinggi.
Pesakit stroke pada dasarnya adalah, perasaan hati yang tidak aman (marah-marah), terlalu banyak minum alkohol, merokok dan senang mengkonsumsi makanan yang berlemak.


Stroke

sangat dapat dicegah,

Hampir 85% dari semua stroke dapat

DICEGAH

Tuesday, October 27, 2009

"PLANNING, CREDIBILITY, DISCIPLINE" - Journey to Succes


Ahad lepas bertempat di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) telah berlangsung satu Sidang Kemuncak Usahawan Bebas 2009 atau lebih dikenali sebagai Independent Entreprenuers Summit (IES) 2009 yang dihadiri oleh lebih 1000 peserta memang banyak membuka mata aku tentang biz.tiket dijual dgn harga RM300 utk classic n RM600 utk VIP..tq kepada ONE COM kerana sudi bagi 2tiket free kt aku utk hadir dlm sidang yg julung2 kali diadakan...hehe.ayat mcm perbaca berita..

terdiri daripada 9 speaker yg berwibawa.dari Malaysia terutamanye, Indonesia, Australia, England, Singapore...mmg cukup lengkap memnuhi setiap ruang otak aku utk dpt input daripada org yg berpengalaman serta millionaire ni..

n paling penting aku sgt excited utk looking forward biz yang ade diluar utk aku terjah..

Tuesday, October 20, 2009

PAPADOM..


minggu lepas aku n sorg kwn sempat juga lari utk tgk movie kt PAVILION dalam kesibukan hari2 aku melakukan tugas harian..cerita pilihan lain xbukan adalah PAPADOM!!
mmg sebelum ni aku mmg peminat setia karya2 ataupun lakonan afdlin shauki..
mmg best woo..dia betul2 my idol..dari segi lakonan la..not badan dia..hehe..tp dia gemuk2 cute wat??hehe..

cerita papadom mengisahkan seorg papa yang terlalu la busy dgn perniagaan nye menyebabkan dia xde masa bersama keluarga..beberapa tahun dia xdpt sambut besday bersama anak dia..
last2 isteri dia terlibat dgn satu kemalangan yg menyebab kan dia meninggal dunia..

disitu bermula nye kisah seorg papa yang menyesal tentang kesibukan nye yg dulu seterusnye menebus kesilapan nye dgn menjaga anak dia miasara dgn begitu ketat sekali..

byk la scene2 yg menarik n sapa2 yg tgk pun rasa scene tu best..antaranye..
1- time papa suruh mia mandi n papa nak buka baju mia..haha..
2- time papa hantar mia ke sekolah n sampai kelas.peluk2..haha
3- scene isteri bertukar jadi pelbagai watak tu pun lawak gak la..
4- scene que haidar pun cara gak...

n disebalik idea afdlin yg gile n lawak yg selambur..afdlin selitkan dgn scene2 yang menyentuh hati..mmg kalau ikutkan hati ni leh leleh juga la.yela, cerita ni pasal papa iaitu seorg lelaki..thats mean, adakah apa yg cerita ni ceritakan akan aku lalui satu hari nanti..debar juga la...nasib la control macho..hehe..kesimpulan nye cerita tu mmg best...nak tgk lagi pun xper..ha!paling penting time dvd dia kluar aku nak beli satu..yg local sudah..hehe..

*semoga aku jadi papa yang baik bila dah ade anak nnti..hehe..

sebelum aku terlupa, biasa org dalam wayang makan popcorn kan?aku dalam wayang makan J.co yang aku beli kt PAVILION...mmg layan abis beb..

J.co..rasa yang pasti nak lagi..haha

Monday, October 19, 2009

Langkah Meningkatkan Mood Anda..


Sebagai seorang pelajar, kita seringkali sibuk dengan kuliah/kelas, assignment/homeworks yang perlu dihantar sehinggakan berasa tertekan dengan segala tanggungjawab yang perlu kita galas. Mungkin anda pernah mengalami satu perasaan di mana, setiap kali anda bangun dari tidur, anda hendak bebas daripada segala dugaan yang sedang anda lalui ini. Usah risau, kerana ada berbagai-bagai jawapan bagi permasalahan ini!

Setiap orang ada cara tersendiri bagi memulihkan mood mereka. Langkah-langkah yang hendak saya kongsikan dalam post kali ini hanyalah sebahagian teknik yang boleh anda aplikasikan dalam kehidupan seharian anda…

1. Luangkan masa bersama keluarga anda.Lakukan sesuatu yang boleh membuatkan fikiran anda bebas daripada urusan kebiasaan seharian anda. Anda mungkin boleh bersiar-siar bersama keluarga anda di taman, berbasikal atau meluangkan masa di perpustakaan dengan membaca buku kegemaran anda. Cuba lakukannya setiap hari agar anda kembali cergas dan ceria untuk meneruskan rutin harian anda.

2. Cuba luangkan masa bersama-sama rakan-rakan. andaIanya hampir sama seperti di atas, bezanya kali ini, anda meluangkannya bersama rakan-rakan anda. Mereka boleh memberikan sokongan yang berpanjangan setiap kali anda tidak mempunyai mood yang baik. Ianya banyak membantu anda agar lebih optimistik dalam setiap tindakan anda.

3. Dapatkan tidur yang secukupnya. Kajian menunjukkan sekiranya anda tidak mendapatkan tidur yang secukupnya, anda akan berasa letih serta tidak bersemangat untuk meneruskan kerja-kerja anda. Sekiranya perkara ini berlaku, cuba ambil sedikit masa untuk merehatkan badan anda dengan tidur seketika agar badan anda lebih bersedia untuk terus bekerja.

4. Makan ikan berlemak. Kajian menunjukkan bahawa lemak Omega 3 dalam ikan Salmon dan ikan berlemak yang lain akan meningkatkan mood anda. Jika anda tidak suka memakan ikan, anda boleh mengambil makanan tambahan berupa lemak ikan seperti Omega 3.

5. Latihan jasmani. Suatu ketika dahulu, saya sentiasa cergas untuk pergi ke kelas, melakukan kerja-kerja yang diberikan oleh cikgu dan menyempurnakan tugas-tugas sebagai seorang pengawas di sekolah. Bila saya fikirkan semula, satu perkara yang benar-benar membantu saya meningkatkan tahap kecergasan badan dan minda saya adalah melalui riadah atau latihan jasmani. Sekiranya anda jarang melakukannya, lakukannya secara berperingkat. Tidak perlu memaksa badan anda untuk melakukannya melebihi had kebiasaan anda.

6. Makan buah-buahan dan sayuran. Kurangkan memakan makanan yang telah diproses dan lebihkan memakan makanan yang segar seperti buah-buahan, sayuran, daging dan kekacang. Ianya akan menjadi bahan bakar kepada tubuh badan anda melalui kandungan nutrisi terbaik yang terkandung di dalamnya. Sudah pasti sekiranya tubuh anda memiliki kandungan nutrisi yang seimbang, ianya dapat membantu anda mengatasi cabaran-cabaran mendatang dengan lebih mudah.

7. Bersabar dan sayangi diri anda. Kadangkala apabila kita merasa terbeban dengan tanggungjawab yang digalas, kita lebih mudah untuk menyalahkan diri sendiri sekiranya perkara yang kita jangkakan tidak berlaku sepertimana yang kita harapkan. Cuba luangkan satu waktu untuk anda menetapkan matlamat anda dengan lebih jelas setiap hari.Kekalkan sikap yang positif dan harus diingat bahawa, anda memerlukan masa untuk berasa positif tentang setiap perkara yang anda lakukan. InsyaALLAH, lama-kelamaan mood anda akan meningkat lebih baik dari semasa ke semasa. Sabarlah, dan sayangai diri anda!

Saturday, October 10, 2009

CINTA??



Cinta memang indah.. sangat indah, sungguh indah bagaikan syurga.. betol?

kalau yang masih bercinta sampai hari ini, mesti best kan?

kalau yang dah putus cinta, adakah masih teringat pada si dia yang meninggalkan kita? atau yang ditinggalkan oleh kita?

siapa yang lebih obses dalam percintaan, lelaki atau perempuan? siapa yang lebih mengutamakan cinta antara 2 jantina ini?

dan yang terakhir skali, adakah perlu kita mencari cinta selepas clash?

bagi pendapat saya yang bernas ini, saya setuju yang kita perlukan cinta, persoalannya, adakah masa untuk kita bercinta antara manusia telah tiba?

sebagai contoh situasi pertama :
bercinta waktu sedang belajar (universiti terutamanya), kadang2 waktu ni, kita baru mengenal dunia luar, adakah patut kita bercinta waktu ini? ada gak yang bercinta, ia ada 2 keadaan, sama ada cinta itu kekal atau pon tidak. ada gak kawan2 aku yang kekal bercinta dari sekolah dah 5 tahun dah, tapi ada gak yang clash.. huhuhu.. yang tertonggeng. kalau masa ni nak cari cinta baru, banyak calon! cuma, hati2 la.. biasa la, yang perasan lawa dan hensem tu, mungkin dah ada byk gf atau bf! haha

situasi ke-2: bercinta waktu dah bekerja:
pada waktu ni mungkin dah boleh kita percaya sbb dah ada kerja, dah ada gaji, dan mungkin dah ada kedudukan yang stabil. tapi takut gak, biasa la, dugaan bercinta ni banyak.. so, diorang ni mungkin ada yang boleh kekal, dan mungkin ada yang tidak. kalau masa bekerja in nak cari calon, mungkin kurang.. yela.. mungkin bini orang ke kita ngurat, suami orang ke kita ngurat.. haha

so, pandai2 lah mencari.. carilah yang baik, pandai jaga diri, jaga masa solat, yang selalu perihatin.. heheh.. berdoa agar semua dirahmati Tuhan.. amin..

p/s: cinta itu sanubari, kurniaan Tuhan, dan fitrah insani..

Friday, October 9, 2009

RINDU KEHIDUPAN DULU...

tajuk yang aku rasa xsesuai utk aku letakkan blog ni...
tapi nak letak juga sebab aku sendiri mmg rindukan kehidupan yang dulu..
terutama zaman belajar di UKM...rindukan 'CIRCLE OF TRUST' antara aku n 3buaya iaitu boy, shah n wan..
sama2 lepak mamak malam2..makan meegi goreng double la..ponteng n lari kelas sama2 la...hehe..
lepak mines tgh malam utk main game la...yang paling dasyat,ponteng sembahyang jumaat ramai2..haha..(korg igt aku ni baik sgt ke?)hehe..


kepala2 buaya di UKM..hehe

rindukan juga zaman teater aku..berlatih n lepak kt panggung seni tu
setiap hari sampai lupa study n buat tutorial.hehe..
pergi pertandingan or persembahan kt mana2..paling gempak aku pernah folo KTR ni masa pergi perfom kt Singapura..
mmg satu kenangan..


circle of trust..

apa2 pun kehidupan skrg kena tempuhi juga..hope semangat aku lebih dr segalanya...
mmg pahit utk diterima tapi itula hakikat..tulx?

Saturday, October 3, 2009

Facebook oh facebook..



Adakah Anda Mencari Peluang Bagi Memasarkan Perniagaan Anda Kepada Lebih 250 Juta Orang Dengan Kos Pemasaran Yang Rendah?

Pelajari Teknik-Teknik & Strategi Rahsia Pemasaran Facebook Dengan Mudah Dan Cepat!

Facebook Kini Merupakan Rangkaian Sosial #1 Di Dunia Dengan Mempunyai Lebih Daripada 250 Juta Ahli Aktif. Dengan Mengambill Kesempatan Ke Atas Facebook, Anda Boleh Tap Ke Atas Jutaan Ahli Di Facebook Bagi Mempromosikan Sebarang Perniagaan Anda Dengan Mudah! Hanya Dengan Menggunakan Teknik Pemasaran Media Sosial Yang Betul Bakal Meraihkan Kejayaan Sebenar!


Siapa Yang Perlu Belajar Mengenai Rahsia Pemasaran Facebook ini?

• Pengiklan (Advertisers)
• Pengiklan Jenama (Advertiser Brand) dan Pengurus Produk (Product Managers)
• Agensi Kreatif (Agency Creative) dan Pengarah Media (Media Directors)
Agency Media Buyers dan Planners
Agency Account Service Managers
Research dan Analytics Professionals
• Penerbit Jualan Online dan offline dan Marketing Professionals
• Pemilik-Pemilik Perniagaan (kecil ke besar)
• Ahli Politik
• Selebriti
• Atlit
• Ahli Facebook Yang Ingin Menjana Pendapatan Sampingan

Jika Anda Mempunyai Perniagaan, Jenama, Produk atau Servis, Dengan Facebook, Anda Boleh Membina Hubungan Dengan Berjuta-Juta Prospek, Pelanggan Di Facebook.


Friday, October 2, 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

1st day di pagi raya..(knp baju aku lain kaler??)