Sunday, February 13, 2011

Pemergian nenek tersayang...

Telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami
Kerana takdir yang Maha Esa telah menetapkan
Sedih rasanya hati ini bila mngenangkan
Kau sahabatku kau teman sejati

Rumah Terakhir Nenek... Semoga Tenang dan Damai Disana... We ♥ you...

rasa baru semalam aku berjumpa dengan nenek.
rasa baru semalam nenek datang rumah aku walaupun keadaan dia tak berapa sihat dan uzur. nenek tetap gagah dan ada hati untuk menziarahi aku sekeluarga. rasa terharu dan gembira sangat bila nenek sudi datang. setiap tahun nenek wajib datang rumah aku. memang tak sangka. kalau ada apa2 majlis kat umah aku, nenek mesti datang. semangat kan dia??


walaupun aku hanyalah cucu angkat dia..
aku dapat merasa kasih sayang yang sama macam orang lain.


aku kenal nenek ni dari aku kecik lagi.
sejak aku sekolah rendah lagi.sejak aku belum kenal erti kasih seseorang yang menyayangi aku.sejak aku tak tahu erti kehidupan.

oleh kerana nenek dan atok kandung aku sendiri dah meninggal lama.
dan memang tak dapat berjumpa langsung.
sejak tu aku anggap nenek@wok adalah nenek aku sendiri..


masa dia masuk Hospital Kem Terendak.
aku tak berkesempatan nak jenguk.

tiba2 dia dah pergi.
pergi yang tak kembali.
pergi dengan membawa kasih sayang yang pernah dia curahkan kat aku.


aku redha..
aku terima..
walaupun air mata aku masih menitik lagi sekarang..

semoga roh arwah tenang..
dan ditempatkan dalam golongan orang2 beriman..




al Fatihah to my beloved Grandma - Puan Hjh Salmah bt Yahya


4 comments:

Neyra Shazeyra said...

alfatihah

Kay- said...

al-fatihah

Mohd Effendi said...

salam takziah.
setiap yang hidpu pasti kembali kepada-NYA.:)

RHI said...

tulus ikhlasmu luhur budimu bagai tiada penganti, senyum tawamu juga katamu menghiburkan kami, memori indah kita bersama terus bersemadi, kau sahabatku kau teman sejati....Al-fatihah buat nenek