Sunday, February 20, 2011

KITA WAJIB JADI KAYA!!!!

SUNGAI PETANI 19 Feb. - Selepas kira-kira lima bulan dibuka sejak Aidilfitri lalu, akhirnya masjid Kampung Permatang, Tikam Batu, di sini yang dibiayai oleh Datuk Siti Nurhaliza dan suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa mendapat perkenan Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah, yang merasmikannya hari ini.

Kos pembinaan masjid yang kini dikenali sebagai Masjid Al-Khalidiah itu dibiayai sepenuhnya oleh pasangan suami isteri berkenaan menerusi Yayasan Nurjiwa dan dikatakan menelan belanja hampir RM2 juta.

"Alhamdulillah, kami bersyukur kerana hajat suami untuk membina masjid di sini tercapai. Semoga ia memberi keselesaan kepada penduduk ketika beribadat di sini," ujar Siti Nurhaliza kepada pihak media selepas majlis perasmian tersebut.

Difahamkan pemilihan nama masjid tersebut dibuat sempena nama keluarga Khalid yang juga anak jati kampung berkenaan.

Masjid yang boleh memuatkan 500 jemaah pada satu-satu masa itu dijangka dapatmemudahkan penduduk daripada beberapa kampung sekitar seperti Kampung Padang Limau, Padang Regent, Nangka, Jambatan Merdeka dan Sungai Korok untuk beribadat.

Difahamkan salah seorang sahabat Khalid dari Mesir turut menghadiahkan sebuah lampu candelier yang diletakkan di ruang tengah masjid ini.

Sementara itu, Tuanku Abdul Halim dalam titahnya meminta agar setiap orang menghormati institusi masjid.

"Beta berharap agar jawatankuasa masjid dan ahli kariah dapat menjalankan tanggungjawab yang diberikan dengan penuh jujur dan amanah.

"Jangan ada pihak yang mengambil kesempatan menggunakan masjid semata-mata untuk meraih sokongan atau menyebarkan ideologi tertentu," titah baginda.

Imam Masjid Al-Khalidiah, Mahmood Rejab, 73, turut gembira dengan wajah baru masjid yang dianggarkan berusia 115 tahun itu.

"Ini kali pertama perubahan besar dilakukan ke atas masjid ini. Terima kasih kepada Khalid sekeluarga kerana membaiki masjid, dan sekarang ia jauh lebih selesa berbanding sebelum ini," katanya.



korang tak rasa ke jadi kaya tu wajib untuk kita semua.terutama untuk diri kita. keluarga kita dan lebih penting agama kita.

alhamdulillah aku di lahirkan dalam keluarga yang tak susah mana. cukup makan, cukup pakai, rumah yang sempurna dan serba serbi lengkap.yerla..korang pun tahu adik beradik aku cmne kan..bayangkan kehidupan kitorang satu keluarga ditambahkan lagi dengan kehidupan yang miskin.mesti bertambah parah kan. bersyukur sangat..

kalau untuk diri sendiri lak..mungkin aku leh harapkan simpati orang, buat muka sedih, masuk rancangan "Bersama mu" ..merayu kesana kemari minta bantuanla.tapi sampai bila???tetap kena usaha sendiri juga. dan aku tak percaya pada simpati..

so mulai hari ini.tanamkan kat diri kita, kita wajid jadi kaya..

apa dia kawan2???wajib!!

kalau aku xpernah kenal erti putus asa nak jadi kaya.korang lagi la xboleh.
jom sama2 kita berusaha nak??



3 comments:

Abu Talib said...

Kaya jiwa & kaya hati..huhuhu

zool said...

betul tu.. jom jadi kaya. nanti dah kaya kita buka kilang kaya nak???? lagi best roti kaya perisa manga delight. memang mengancam woo

nora said...

Ye betul tu..kita wajib jadi kaya dalam banyak aspek,,,kaya budi,kaya hati, kaya harta, kaya ilmu....

Lepas tu perlu berusaha,berdoa dan bersyukur atas nikmat yang dikurnia NYA..