Sunday, February 20, 2011

MENTOR 5 - Pengubah Nasib Keluarga??


dah 2 minggu aku berkesempatan tengok rancangan Mentor 5 yang disiarkan oleh TV3. iklan dia pulak setiap hari yang menjadikan aku bertambah berkobar2 nak tengok rancangan tu. yerla..nak gak tengok bakat2 baru yang dilahirkan oleh TV3. asyik artis keluaran Akademi Fantasia je yang mewarnai industri muzik sekarang..

time ujibakat haritu aku ada gak berkeinginan dan bercita2 nak pergi. nak gak uji vokal aku ni. aku tahu suara aku leh tahan la.hehe.. selalu berkaraoke dan membuat persembahan pentas tak kisah di majlis kawin atau mana2 event tertutup. biasa gak kena pujian tapi aku sedar..tu pujian saje nak amik hati..xsesedap mana la..tp ok la...hehehe

kalau aku pergi ujibakat haritu..aku nak jadi Proteger kepada afdlin shauki.hehe... sebab dia comeyl dan aku juga comeyl macam dia..(perasan abis).. aku rasa memang aku tak layak di pilih jadi proteger sapa2..tapi aku memang yakin aku layak jadi Peserta Unik Mentor 5. kalau tahun lepas di menangi oleh Merah Mentor 4. ingat tak??

kesian la aku tengok orang yang ada cita2 nak jadi artis ni?betul ke artis sahaja boleh ubah nasib keluarga? betulke dengan jadi artis hidup akan berubah ke lebih baik? betul ke dengan jadi artis kita akan jadi kaya raya?? mungkin ada benarnya. tapi kebenaran tu tak semestinya manis. banyak kut cabaran dan dugaan yang mereka harus tempuhi. dan paling penting nak jadi artis ni kena ada pakej yang lengkap. muka atau penampilan kena menarik. ni tak yah nyanyi lagi pun orang dah boleh nilai yang kita tak layak.cmne? belum dengar suara lagi.

ada yang pengembala lembu, pembuat parang, penjual minyak wangi, sanggup jual PS, sanggup tidur di kaki lima Sogo dan ada yang sanggup nak buktikan kat teman wanita..begitu la pengorbanan diorang nak masuk Mentor. yang pergi penuh harapan nak ubah nasib keluarga. huhu..last2 malu sendiri di khalayak ramai. apada...

banyak kut cara lain nak ubah nasib keluarga. kerja halal yang dibuat sekarang ni pun kalau diletakkan semangat macam nak masuk Mentor tu dah cukup untuk ubah nasib keluarga. fokuskan matlamat, tingkatkan semangat nak berjaya, apa2 buat pun boleh berjaya.tak semestinya jadi artis.yer x?

saya bukan artis..tapi artis suka amik gambar dengan saya.cmnetu?
bersama Hafiz Hamidun

mentang2 jadi artis tu femes, boleh ubah nasib keluarga la. aku yang tak artis sangat ni pun dah rimas bila ramai sangat orang kenal.ni kan pulak artis popular. takde privacy nak jadi manusia normal beb.semua benda orang nak korek.semua pekung wartawan nak buka.susah juga.

so, sapa2 yang anggap dengan jadi artis je leh ubahnasib keluarga, tu memang tak betul sama sekali.come on kawan2..fikir luar dari kotak pemikiran anda. banyak benda leh buat skrg utk dapat duit yang banyak. memang zaman skrg zaman duit, tp ada banyak cara lain kut.

so sapa2 yang tak dapat masuk mentor tu, jangan putus asa ok!! maybe kamu boleh berjaya lebih dr orang yang masuk Mentor. cuma jangan putus asa je..

tapi


bersama Ultimate

7 comments:

Unknown said...

Setuju!

puteri_kebayan said...

setuju sangat. byk cara lain nak kaya, yg penting usaha.last week tgk mentor, pastu terus post kat fb
"nak ubah nasib keluarga, kena blaja rajin2 biar masuk U. bukan malas blajar, pastu g ujibakat MENTOR..."
kdg2 rncngan realiti seperti ni bleh mbuka aib sendiri..raja lawak, af, mentor..ntah ape lg..kalau yg berfaedah mcm akdemi al-quran ke, xde lah seramai tu org melayu pi ujibakat.. sstgh tu plak, siap bgtau..mak ayah restu, nak tgk anak jd artis. ntah mcm mana la mak bapak diorg...

*sori kalau komen ni ada melukakan hati mana2 pihak. ni pendapat sy je;)

Amir Izzat said...

assalamualiakum bang! apa yg saya boleh katakan.saya sendiri malu nak tengok ujibakat..tadi..adoi..macam-macam kerenah la. Kalau nak ubah keluarga, banyak cara..yg jadi pengembala lembu, pikir la cara nak kembangkan bisnes. bukan dgn menyanyi.. aduhai.. ingat keluaq air mata depa nak amik jadi artis.. kita tgk kesian tapi diorang tak kesiankan diri mereka..kerja berlambak..sumber rezeki itu ada dimana-mana.. bukan dgn hanya menyanyi..

namun manusia kdg2 dikaburi dgn hadiah lumayan (hadiah pemenang mentor..berapa juta ek).. huhu..

nora aziz said...

Assalamualaikum..aunty juga malu tengok ujibakat mentor semalam tu, memang betul kalau hanya tujuan untuk mengubah nasib keluarga banyak cara lain lagi, tak semesti dengan menjadi artis, kalau betul2 ada suara dan bakat menyanyi tak pe lah..
Usaha lebih kuat dengan kerjaya yang sedia ada. Anggaplah segala kejian dan cemuhan itu sebagai satu cabaran penguat semangat untuk terus maju diri.

Myself said...

aku setuju ngan ko.mlm td aku tgk mentor,geleng pala sorg2 je.sorry to say la..bkn ape..paling bosan ramai yg mcm nk tagih simpati..meleleh air mata.bak kata rahim maarof.."mengeluarkan air mata dpan tv is not good".and alahaiiiii..ramai nya yg suara x seberapa tp b'lagak mcm pro,xnk accept keputusan juri.
btw,w/pun aku x suke kak pah..tp aku suka cara dia tenangkan peserta smlm.sgt penyayang..:)

Cikrosecute said...

Saya pun setuju...buat malu jerrr..kalau suara sedap tak per...nak ubah nasib..suara pun...sedap lagi suara aku..bila karoeke..he...3 jangan marah hah..

Ciknhs said...

sy sgt2 setuju dgn menyertai program realiti ini kita akn mengubah hidup n nasib kuarge,,,,,
artid ibarat maggi,,time panas sume nk ,,sedp lg katekn ...
bile da sejuk x de sape2 nk,,
da x laku,,
time tu bgimana nk ubh diri n khdupn,,,,
sy da jumpe peluang ,ruang dan cara yg sgt mudh utk mengubh nasib kuarge tanpa memalukn diri sndr.....