Thursday, January 3, 2013

SAMBUTAN TAHUN BARU 2013 TERLAMPAU

Assalamualaikum


Wah 2013 dah bermula. Alhamdulillah kita masih ada umur yang berbaki. Selamat Tahun baru korang, amacam sambut new year? KLCC? Putrajaya? ICT? Dataran Shah Alam? Rumah?

Bersama siapa? Hehehe banyak pulak tanya... ada orang nak jawab ker?


Hehehe... Untuk aku pulak meriahlah sambutan 2013 aku... Meriah sebab memang nak sambut dengan happy dan penuh kesyukuran.. Soal umur yang makin meningkat kita simpan dalam hati =)



Malam 31/12/12 aku gather dengan kawan-kawan sama-sama buat biz networking dulu. Kami masih sangat rapat seperti dolu-dolu... Sambut new year adalah sampingan, yang utama nak celebrate birthday Baiti... Disebabkan kami memang rapat dan tak berapa nak senonoh kerjanya memang gelak ketawa je sepanjang gathering tuh. Nak happy-happy.. Celebrate kat PNB Darby Park yang curlass tu hehehe... Terima kasih Azhar dan Baiti sudi jemput kami hehehe.

Aku makan sphagetti dan juga sebeban cake askrim Baskin Robin oreo. Sedap sangat! Lupa pulak makan apple pie bersama aiskrim juga. amboi lah katakan




Aku pun tak faham kenapa aku yang duduk kat centre bukan Baiti mungkin sebab mereka faham aku attention seeker. Apa kaitan???



Hai Baiti, Happy Birthday!

Nampak kebesaran kek yang aku makan... hahahha..

Hai Kak Jehan!

Tengok bunga api depan hotel. Best! Bersama ramai manusia yang lain.. 





~~


Tengah hari 1/1/2013 boleh pulak tiba-tiba je kawan aku kenal masa zaman U dulu termakan ajakan aku nak makan makanan arab. jadi aku pun ke Saba, Cyberjaya... So lunch dengan Zura dan husband die. Aku macam biasa makan Hanith Lamb sedappppppp . Minum air strawberi barbican. Berborak sakan dengan Zura yang membuatkan aku nak travel all around the world!

Ni gambar dari FB Zura, aku screen capture kat Note je inilah hasilnya. huhu.  Thanx Zura untuk info yang dikongsikan. 



~~


Petang pulak aku pergi amik Ijon kat Klang, kami berdua je kat perantauan, adik beradik lain ngan mak abah ada kat Melaka jadi marilah memeriahkan dunia perantauan dengan makan-makan lagik!Padahal KL-Melaka 1jam 30minit je kot!Perantau lah sangat! Kata je lah teringin nak makan makanan cina So, pergi la Homst yang best tu kat Prima Kajang kot....  Berbual dengan Ijon yang bakal melangkah bendul aku. Bincang sepersalinan serba berdiri yang Ijon akan bagi kat aku sebab kahwin dulu sebelum aku hahaha *aku perempuan ke*


Sup tauhu dan ketam, butter prawn, kung po ciken, broccoli sos tiram. Sedap dan harga berbaloi!



*Kesimpulannya lu pikir la sendiri! Kenapa pembukaan tahun baru penuh dengan aktiviti berfaedah iaitu makan! Haha


Salam Tahun Baru! Semangat untuk berjaya dan terus majukan perniagaan saya semakin berkobar-kobar! terima kasih 2012 yang awesome! Selamat Datang 2013 yang lebih bermakna!