Tuesday, July 2, 2013

KERJAYA IDAMAN

Assalamualaikum.

Tadi berbual dengan kawan, untuk pengetahuan kawan aku ni kaki stalker kat FB lepas dia stalk orang dia akan beria cerita or share dengan aku apa yang berlaku dikalangan rakan-rakan FB dia.

Macam macam la cerita dia, kawan dia tu hebat dah habis Master so nak sambung PhD plak, jadi doktor hebat, kahwin dengan doktor pun nak cerita kat aku, kawan dia dapat kerja kat Korea, London bla bla bla, kawan dia naik pangkat income puluh puluh ribu.

So secara ringkasnya kawan aku ni suka t-down diri sendiri, dan terlalu pandang tinggi pada orang lain.

Aku sebagai penceramah motivasi haruslah bertindak sedarkan diri dia.Weks! Aku tanya dia:

"Awak rasa kawan-kawan awak bahagia tak buat apa yang dieorang buat?"

Seriously, bila aku tanya soalan tu pada kawan aku tu, aku memang terus rasa soalan tu sangat dari hati aku terus rasa nak berkongsi kat blog tentang kerjaya idaman.

Aku takde lah terlalu bahagia ataupun sentiasa gembira dengan kerjaya aku sekarang, well cabaran ada katmana-mana, tapi apa yang boleh aku yakinkan diri aku sendiri, aku rasa TENANG dengan kerjaya aku sekarang, seriously TENANG. So bila tenang, hati pun lapang, kegembiraan pun menjelma chewahhhh..


D Strike Solution, antara pemberi ketenangan buat saya hehehe.
pss:ada job untuk saya rogerlah saya. tq


BUAT APA YANG KITA SUKA, SUKA APA YANG KITA BUAT

Banyak kali juga kawan-kawan aku mengadu pada aku (aku kan kawan yang caring haha) , stress gila dengan kerja, benci giloo dengan bos dan banyak lagi aduan yang kadang-kadang the only cadangan yang aku boleh bagi aku akan cakap- "  Berhentilah kerja" atau "Cari kerja lain" .

Sebab aku sendiri nampak dia cannot go anymore dah dengan kerja dia masa tu. Bila aku cakap macam tu, diaorang akan cakap mana boleh berhenti, banyak komitmen, takde pilihan dan macam-macam yang menampakkan yang orang yang stress gilo dengan kerja  (ini hanyalah pandangan aku) adalah orang yang memang dah terpaksa kerja sebab nak gaji bukan sebab tanggungjawab, passion mahupun sebab kerjaya. Pernah tak nampak tagline, 'Bukan sekadar kerja, ianya kerjaya'.

Macam tu jugak orang yang lakukan perniagaan, happy ke dengan perniagaan sekarang? Ini just secebis kisah dalam episod hidup aku, Aku pernah bukak dobi dulu, seriously at first aku memang suka, tapi lama-lama dah rasa macam beban, rasa tak best, Alhamdulillah walaupun aku keluar dari organisasi perusahan dobi tu secara dipaksa (kalau aku tak dipaksa keluar, aku mesti buat sampai berjaya) , aku rasa happy sebab ada beban yang aku dah lepaskan, tinggalkan.

So, pada pandangan aku, please ada passion, determination, desire, tanggungjawab  dengan kerjaya kita semua sekarang. Tak kisah apa kerjaya kita sekarang.

If tak boleh jugak, please do something or find something yang mampu beri anda ketenangan dalam kerjaya.

Even kalau anda seorang cleaner di RnR pun, tanpa kerjaya anda tu, mesti RnR sangat tak selesa untuk disinggah.Terima kasih cleaner!

Kalau anda seorang doktor pasti,  passion, determination, desire, tanggungjawab adalah antara penyumbang kepada sihat nya pesakit anda, gembiranya pesakit anda.

Kalau anda seorang pensyarah ataupun guru pasti passion, determination, desire, tanggungjawab  adalah antara penyumbang lahirnya lebih ramai ilmuan, cerdik pandai dan pemimpin terhebat.

Kerjaya makan memakan ni, bagi saya tau. Haha! tau la saya setelkan with passion and gelojoh hehe


***

So buat kawan aku yang duk sibuk stalk kerjaya kawan-kawan, kindly hargai kerjaya anda sekarang, mana tau nanti boleh jadi PA orang No 1 negara. wahaha!




Tuesday, March 26, 2013

PILIH BERFIKIRAN POSITIF

Assalamualaikum

Terpanggil untuk berkongsi di blog selepas sekian lama menyepi. Aku memang sangatlah aktif meng- update status di facebook. Hehe. Setiap hari wajib ada status. Jumlah like dan comment kat status  FB memang banyak lah juga untuk aku yang bukan bertaraf selebriti ni wahahahahaha. Nak sign tak?.  :)


So setiap hari aku memang akan menghadap FB, tengok status kawan-kawan kat FB, jadi stalker yang abadi dan selalunya aku baca balik status-status FB aku sendiri.  Ye aku memang selalu baca semula status aku. Comel kan perangai aku... Bakal suami sapa lah ni....

So dari banyak nya status aku kat FB ada juga komen-komen yang aku dapat mampu mengguris jiwa aku, tapi bolayan aje lah... Ada yang lagi dasyat tu siap mesej kat inbox. Hehe... Berusaha keras betul nak mengguris hati orang... Apada....


Ada ke patut aku upload gambar aku pasang carpet setiap hari pun menjadi isu... Dah sah-sah lah aku ni pembekal karpet terulung dan menyediakan perkhidmatan pemasangan carpet. Setiap hari memang itulah yang aku lakukan, so upload la. Berkongsi. Kongsi ada org derma karpet surau sambil aku berbaring comel atas carpet, kongsi aku kerja pasang karpet tengah malam, kongsi aku olok-olok tolak karpet 1 tan berat hahahahaha. Kongsi aku tengah minum ais kacang lepas pasang karpet tengah panas... Memang aku suka lah kongsi-kongsi status, dengan harapan ada orang like wakakaka takde lah dengan harapan memeriahkan lagi wall kita semua.

Kalau bukan pasal carpet, aku update je la apa-apa status kat FB yang aku nak kongsi.


Tapi memang wujud manusia yang hanya pandang sisi negatif gambar tu je.. Ada ke cakap aku yang cute ni nak menunjuk ada job banyak.. Mangggg aihhhh kalo nak menunjuk baiklah aku menunjuk duit yang bersepah, kereta BMW X6 lapan bijik ke... Itu kalo nak menunjuklah kan... Ada jugak yang cakap, boleh lah Sukur projek banyak, dia OKU orang mesti kesian, jadi bagi projek... Amboi, jeles aku OKU ke, ko nak jadi OKU? Best ke dapat kesian orang? Setiap hari ke jumpa orang yang kesian dengan aku?

Jadi padamkan pandangan tersebut. Cuba fikir sisi positif, betapa setiap hari rajin nya aku bekerja takde lah nak g minta sedekah mahupun duduk diam-diam tak berusaha, betapa aku sedang menjalani kehidupan sebagai manusia normal yang macam korang semua, betapa kagumnya aku dengan orang yang berjaya menderma duit dengan banyaknya so kita semua jom ada banyak duit supaya boleh derma dengan banyaknya juga.


Aku hanya nak berkongsi sesuatu yang positif di FB. Entry ni juga nak ingatkan diri aku....


Aku pun kadang-kadang bila tengok status-status kawan-kawan rasa cam jelesnya dengan kebahagian dieroang, jelesnya tengok dia dah kahwin dengan gemilangnya, jelesnya tengok dia melancong satu dunia,  jelesnya tengok dia kaya raya dan jelesnya dia tu dia ni dan macam macam lagi. Ya kita manusia memang ada perasaan jolos... Cuma, macam mana cara kita gunakan perasaan jeles kita tu??? Menjadi PEMANGKIN untuk kita pun hidup bahagia dan kaya atau pun menjadi perasaan dengki dan hasad yang merosakkkan jiwa kita sendiri.

aku memang PILIH untuk memilih berfikiran positif

Pastu aku baca balik status aku, ye status aku pun kebanyakan nya menunjukkan aku sedang bergembira, tapi selain dari status tu, banyak lagi status lain yang sebenarnya berlaku dalam kehidupan aku, cuma biarlah status-status yang negatif tu aku tak sebarkan dengan berkongsi dengan lebih ramai orang di FB, cukuplah aku dan mereka yang tahu je tahu....

Sama juga dengan kawan-kawan aku yang update status gembira-gembira, pasti ada episod duka dalam hidup, cuma mereka pilih untuk berkongsi kegembiraan, bukan meroyan wahaha. 

Saban hari pelbagai cabaran aku lalui...Sangat!  Korang nak tau, korang melangkah satu tapak, aku kena langkah tiga langkah kaki aku nak sama dengan langkahan korang. Maksudnya, aku memang perlu usaha lebih untuk diri aku supaya sama dengan korang. Korang beli jubah terus boleh pakai, aku beli jubah yang sama, kena potong lebih dari separuh untuk aku pakai dan siap kena bayar upah jahit. Maksudnya aku kena earn more utk kelangsungan hidup aku untuk sama dengan korang.

Kita semua sama, hidup ada episod sedih duka dan merana, hidup juga dalam episod pelangi,ceria, bahagia dan tawa. Kita pilih hari ini episod mana yang kita nak fokus.Semaikan rasa kasih sayang yang mendalam sesama kita, nampak orang lain bahagia, kita bahagia... Mudah-mudahan aku begitu.

Buat sesiapa yang suka update status status meroyan, gaduh dengan suami isteri pun nak letak dalam FB, please hentikan. Kita sebarkan rasa positif dan kasih sayang. Lebih-lebih lagi insan macam aku perlukan kasih sayang yang lebih. Ok itu lawak...

Ok. Tu je, semoga bermanfaat. 

Thursday, January 3, 2013

SAMBUTAN TAHUN BARU 2013 TERLAMPAU

Assalamualaikum


Wah 2013 dah bermula. Alhamdulillah kita masih ada umur yang berbaki. Selamat Tahun baru korang, amacam sambut new year? KLCC? Putrajaya? ICT? Dataran Shah Alam? Rumah?

Bersama siapa? Hehehe banyak pulak tanya... ada orang nak jawab ker?


Hehehe... Untuk aku pulak meriahlah sambutan 2013 aku... Meriah sebab memang nak sambut dengan happy dan penuh kesyukuran.. Soal umur yang makin meningkat kita simpan dalam hati =)



Malam 31/12/12 aku gather dengan kawan-kawan sama-sama buat biz networking dulu. Kami masih sangat rapat seperti dolu-dolu... Sambut new year adalah sampingan, yang utama nak celebrate birthday Baiti... Disebabkan kami memang rapat dan tak berapa nak senonoh kerjanya memang gelak ketawa je sepanjang gathering tuh. Nak happy-happy.. Celebrate kat PNB Darby Park yang curlass tu hehehe... Terima kasih Azhar dan Baiti sudi jemput kami hehehe.

Aku makan sphagetti dan juga sebeban cake askrim Baskin Robin oreo. Sedap sangat! Lupa pulak makan apple pie bersama aiskrim juga. amboi lah katakan




Aku pun tak faham kenapa aku yang duduk kat centre bukan Baiti mungkin sebab mereka faham aku attention seeker. Apa kaitan???



Hai Baiti, Happy Birthday!

Nampak kebesaran kek yang aku makan... hahahha..

Hai Kak Jehan!

Tengok bunga api depan hotel. Best! Bersama ramai manusia yang lain.. 





~~


Tengah hari 1/1/2013 boleh pulak tiba-tiba je kawan aku kenal masa zaman U dulu termakan ajakan aku nak makan makanan arab. jadi aku pun ke Saba, Cyberjaya... So lunch dengan Zura dan husband die. Aku macam biasa makan Hanith Lamb sedappppppp . Minum air strawberi barbican. Berborak sakan dengan Zura yang membuatkan aku nak travel all around the world!

Ni gambar dari FB Zura, aku screen capture kat Note je inilah hasilnya. huhu.  Thanx Zura untuk info yang dikongsikan. 



~~


Petang pulak aku pergi amik Ijon kat Klang, kami berdua je kat perantauan, adik beradik lain ngan mak abah ada kat Melaka jadi marilah memeriahkan dunia perantauan dengan makan-makan lagik!Padahal KL-Melaka 1jam 30minit je kot!Perantau lah sangat! Kata je lah teringin nak makan makanan cina So, pergi la Homst yang best tu kat Prima Kajang kot....  Berbual dengan Ijon yang bakal melangkah bendul aku. Bincang sepersalinan serba berdiri yang Ijon akan bagi kat aku sebab kahwin dulu sebelum aku hahaha *aku perempuan ke*


Sup tauhu dan ketam, butter prawn, kung po ciken, broccoli sos tiram. Sedap dan harga berbaloi!



*Kesimpulannya lu pikir la sendiri! Kenapa pembukaan tahun baru penuh dengan aktiviti berfaedah iaitu makan! Haha


Salam Tahun Baru! Semangat untuk berjaya dan terus majukan perniagaan saya semakin berkobar-kobar! terima kasih 2012 yang awesome! Selamat Datang 2013 yang lebih bermakna!